Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “Jadual Piala Dunia 2018 waktu Malaysia”. Kali ini Abang nak berkongi kisah Kelab bola sepak kesayangan Arsenal. Kepada yang tak minat bola boleh baca sebagai tambahan ilmu sukan.
Alhamdulillah Page Denaihati sudah berada pada ranking top 50 Malaysia dengan lebih 2.3 juta follower. Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Selepas 22 tahun menjadi pengurus Arsenal akhirnya Arsene Wenger melambaikan tangan perpisahan kepada peminat setia Arsenal pada perlawanan terakhir di Emirates ketika Arsenal menewaskan Burnley 5 – 0. Memang sudah tiba masanya Arsene Wenger meninggalkan Arsenal kerana prestasinya yang kian menurun. Musim 2018/18 merupakan keputusan yang terburuk Arsenal sepanjang dipimpin oleh Arsen Wenger. Musim ini Arsenal tidak memenangi sebarang piala, kedudukan jatuh ke tangga ke enam keseluruhan dan paling mengecewakan tidak layak Champions League.
Arsene Wenger
Arsene Wenger di lahirkan pada 22 Okyober 1949 di Perancis merupakan seorang pemain bola sepak sebelum menjadi pengurus. Arsene mula menjadi pengurus Arsenal pada tahun 1996 sehingga 2018, merupakan pengurus bola sepak Arsenal yang paling lama. Kedatangan Arsene dari Nagoya Grampus Eight telah merevolusi bola sepak di Eropah. Sebelum menjadi pengurus di Nagoya Grampus Eight, beliau juga berjaya di AS Monaco.
Cara Arsene mencari pemain baru, teknik latihan dan cara pemakanan yang diperkenalkan di Arsenal telah mengubah kelab bola sepak Arsenal menjadi sebuah pasukan besar di Eropah. Dua tahun selepas mengambil alih Arsenal, Arsene telah membawa Arsenal menang liga keseluruhan dan menjulang Piala FA. Pada musim 2002 sekali lagi Arsenal jadi juaea liga dan menang Piala FA. Pada tahun 2004 Arsenal menang 49 perlawanan berturut-turut memecah rekod Nottingham Forest yang memegang rekod 42 perlawan tanpa kalah.
Arsene Wenger telah membawa Arsenal layak ke piala Champion League lebih 18 kali berturut-turut sehingga akhirnya gagal pada musim 2017/18 dan musim depan 2018/19. Pada tahun 2006 Arsenal layak ke final Champions League tapi tewas kepada Barcelona. Arsen Wenger telah berjaya mendidik ramai pemain bertaraf dunia seperti Thierry Henry, Patrick Vieira, Cesc Fabregas dan ramai lagi.
Pengurus Baru Arsenal
Yang datang pasti akan pergi. Selepas 22 tahun Arsnene Wenger memimpin Arsenal akhirnya dia harus pergi. Bukan mudah untuk Arsenal mencari penganti mengantikan pengurus yang mempunyai rekod sangat baik. Beberapa nama disebut bakal mengantikan Arsene Wenger antaranya Patrick Vieira, Mikel Arteta dan Luis Enrique. Pengurusan Arsenal telah temuduga Mikel Arteta tetapi di saat akhir Arsenal lebih tertarik dengan perancangan yang disediakan oleh Urai Emery. Pada 23 Jun 2018 secara rasmi Arsenal telah melantik Unai Emery sebagai penganti Arsene Wenger tetapi hanya sebagai Ketua Jurulatih bukan Pengurus Arsenal.
Unai Emery
Unai Emery dilahirkan pada 3 November 1971 di Sepanyol juga merupakan pemain bola sepak sebelum menjadi pengurus. Sebelum ke ASrsenal beliau pernah menjadi pengurus di Almeria, Valencia, Sevilla dan terakhir di Paris Saint Germain (PSG). Pada usia baru 44 tahun, emery telah membawa berbagai kejayaan di Kelab-kelab yang beliau uruskan.
Antara kejayaan beliau adalah membawa kelab Valencia menduduki tempat ke tiga La Liga selama empat musim berturut-turut. Di Sevilla beliau berjaya menjulang piala eropah selama tiga musim berturut-turut. Emery berpindah ke Paris Saint-Germain pada tahun 2016, menang Coupe de France, Coupe de la Ligue dan Trophée des Champions. Pada musim kedua di PSG, beliau menang semua empat piala iaitu juara Ligue 1, Coupe de France, Coupe de la Ligue dan Trophée des Champions.
Semuga rekoh Emery yang baik ini dapat membawa Arsenal ke level yang lebih baik berbanding era Arsene Wenger.
Jersi Baru Arsenal Musim 2018/19
Arsenal masih mengekalkan kerjasama bersama Puma untuk musim 2018/19. Jersi untuk musim 2018/19 telah dilancarkan dengan mengekalkan warna merah untuk jersi home dan warna biru untuk jersi away. Jersi ketiga akan diperkenalkan beberapa minggu lagi.
Pemain Arsenal yang terpilih Piala Dunia Rusia 2018
Tahniah kepada pemain-pemain Arsenal yang layak ke Piala Dunai Rusia pada pertengahn Jun ini. Antara pemain yang terpilih adalah :
- Danny Welbeck
- Joel Campbell
- Mesut Ozil
- Mohamed Elneny
- Alex Owobi
- David Ospina
- Nacho Monreal
Jadual penuh Piala Dunia 2018 di Rusia JADUAL PIALA DUNIA 2018 waktu malaysia
Peminat Arsenal pasti menunggu musim baru dengar debaran. Semuga tiada kegagalan seperti Manchester United ketika David Moyes dan Louis Van Gaal menganti Sir Alex Ferguson.
Good Luck Arsenal
Peminat setia Arsenal
28 Comments
Kalau lah Wenger ke pasukan yg tidak digemari peminat arsenal spt man u. Apa perasaan peminat ye?
Dah banyak jasa beliau dengan pasukan. Susah nak terima pemergian nya dari pasukan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Semoga dengan kehadiran ketua jurulatih baru arsenal yang lebih muda, Arsenal boleh melangkah jauh. Apa kata fan Arsenal?
Fans arsenal mungkin tak dapat terima pemergian Wenger. Ada pula yg happy. Kononnya Wenger dh tak relevant lg
Bagus ke tak sebenarny Unai Emery jadi ketua jurulatih Arsenal. Meningkat ke tak prestasi Arsenal skang ni ye
Sy dah tak ikut sgn perkembangan bola sepak. Dulu minat sekaranf tak lagi
Dah jarang sangat tengok bola Liga Perdana Inggeris… Cuma yang saya tahu sekarang ni pasukan Liverpool dah jadi kuat balik…
Selamat sahur untuk semua sahabat denai hati, selamat menjalankan ibadah puasa di hari yang ke – 18
Curahan rasa Muhamad Ilyas @ ..Cara Menghapus Aplikasi Android Yang Susah Dihapus (Tidak Bisa Uninstall)
Tugas berat menanti jurulatih baru ni. Terutama sekali harapan orang ramai mesti tinggi dengan legasi yang di tinggalkan pemangku sebelum ini
Curahan rasa Mama Hakim @ ..10 Tanda Tanda Kencing Manis [BAHAYA] Bacaan Gula Tinggi!
Selamat datang Unai Emery
Semoga dengan kehadiran ketua jurulatih baru ini akan membawa gelambang yang terbaik untuk pasukan bola sepak Arsenal
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Segak dan Bergaya Di Hari Raya Dengan Kurta #KACAX
Ye betul tu, semoga dengan kehadiran ketua jurulatih baru ini akan membawa gelambang yang terbaik untuk pasukan bola sepak Arsenal
Harap peminat happy dgn jurulatih dan pengurus baharu ini. Ambil masa utl sesuaikan diri
semoga pelatih baru ini bisa membawa Arsenal Gudang Peluru terbang lebih tinggi
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Pizza Sayuran Keju
Kalau cakap pasal bola boleh bawa gaduh, lebih baik minat biasa biasa dan tak fanatik sangat sebab tak dapat apa pun
Curahan rasa Mama Hakim @ ..10 Tanda Tanda Kencing Manis [BAHAYA] Bacaan Gula Tinggi!
Bergantung pada individu, tak semua orang boleh gaduh pasal bola, tapi kalau sembang pasal politik, putus saudara pun tak mustahil.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Buat Jualan RM1 Juta
hahaha pasal politik dengan bola tak boleh dibuat perbandingan tuan. politik tu boleh putus saudara haha
hee ada yang peminat tegar memang sensitif pasal bola, nak nak masa tim feveret kalah..hehe
Saya rasa bukan prestasi Wenger yang menurun, tetapi prestasi pengurus kelab lain yang semakin meningkat. Saya rasa, jika Sir Alex stay di Man United pun beliau akan menghadapi masalah yang sama.
Curahan rasa Razis @ ..Review: Buffet Ramadhan Melaka 2018 di Taman Rama-Rama, Ayer Keroh Melaka oleh ISDA Catering Melaka.
Maknanya prestasi Wenger tak menaik seperti yang diharapkan. Kelab lain jadi lebih baik
Salam jumaat dan selamat pagi dari Ibu kepada semua pembaca denaihati. Semoga puasa kita di terima insyaallah
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Umai Cafe Putrajaya? Aduh Sedapnya! Tempat makan best di tepi tasik
Semoga dengan kedatangan jurulatih baru ini mampu melonjakkan lagi prestasi pasukan Arsenal.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29
Semoga dengan kehadiran ketua jurulatih baru arsenal yang lebih muda… Akan dapat memberi lebih banyak kejayaan kepada pasukan Arsenal…
Curahan rasa Anuar @ ..WW : Prinsip Jualan RM1 Juta Ringgit
Banyak jasa Arsene Wenger kepada Arsenal… Pasti menjadi ingatan dan kenangan terindah kepada seluruh fan club arsenal…
Curahan rasa Anuar @ ..WW : Prinsip Jualan RM1 Juta Ringgit
Arsen Wenger ni dah jadi lagenda buat peminat tegar Arsenal. Moga coach baru ni akan buat Arsenal pergi lebih jauh
Comments are closed.