Ultrabook Toshiba Portege Z830 Termimpi-mimpi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, memang ramai Rakan Blogger yang tak kenal ultrabook yang baru masuk pasaran dunia beberapa bulan yang lepas. Mengikut penjelasan Pn Zalinda Zainon, PR Manager Intel Malaysia seperti dalam entri “Bertemu teman lama di Intel Malaysia” ultrabook ini projek Intel. Lebih USD300juta budget dikeluarkan oleh Intel Electronic untuk projek ultrabook dengan usahasama syarikat pengeluar komputer termasuk Toshiba.

20120212-124446.jpg.

Kita baru nak kenal ultrabook tapi bos besar Al-Ansar Properties sudah sebulan bermain dengan gadget terbarunya Ultrabook Toshiba Z830. Katanya Toshiba Portege Z830 ie7 memang terbaik ringan lebih kurang 1.12kg, nipis, bateri tahan 8 jam, lebar 13.3 inchi mudah nak present projek property dan paling best keyboards kalis air jadi tak risau kalau air tertumpah.

Pasti Toshiba Z830 akan jadi saingan hebat kepada MacBook Air yang menjadi gadget impian kepada ramai peserta akhir contest gadget impian. Baru ada survey di Toshiba Store katanya Intel bagi subsidi RM100 untuk setiap pembelian Portege Z830. Best juga tu.

20120212-125456.jpg

Mungkinkah akan berlaku bila sebut ultrabook tiada lain yang termimpi-mimpi melainkan Toshiba Portege Z830? Tak mustahil juga Toshiba Portege Z830 akan menjadi hadiah untuk contest yang akan datang.


Spread the love

193 Comments

  1. Sudah lama ketahui laptop produk keluaran Toshiba antara yang terbaik di pasaran. Cuma harganya agak mahal berbanding jenama lain yang sama spesfikasi dengannya.

  2. tengok gambar bos besar alansar tetiba teringat kali pertama jumpa beliau, jumpa kali kedua beliau dah cam, beliau yang tegur dulu masa majis hi tea di equatorial bangi hari tu 😀

    hope dapat jumpa untuk kali ke 3 heheee, hari tu haji nasir pun masih cam kakyan jugak hikhik, kimsalam kat diorang, semoga sukses selalu, amin 😀

  3. Salam, jap2 wiwiiittt nak ngorat en.khanafi jap heheehee.
    untunglah dapat guna gadget termahal dan tercanggih macam ni, belum mampu lagi nak guna, tunggu termimpi2 je hehee 😀

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!