Twitter Follower yang ke 10,000

Spread the love

8/2/2010 hari yang bersejarah untuk Denaihati apabila telah menerima twitter follower yang ke 10,000. Berdasar TwitterHolic, Denaihati mengikut follower berada pada ranking 7,692 di dunia dan ranking ke 17 di Malaysia. Anda boleh dapatkan widget twitter @ Twittercounter. Untuk pengguna wordpress yang nak gunakan widget twitter seperti  yang aku gunakan boleh gunakan plugin simple counter.

@wmr5439 terima kasih menjadi twitter follower ke 10,000

Matlamat aku adalah untuk mendapat seberapa ramai twitter follower yang boleh dan kalau boleh suatu hari nanti mungkin aku ada jutaan follower.

Kenapa aku memerlukan seramai mungkin twitter follower.

1. Mendapat berita dunia terkini daripada berbagai sumber yang lebih pantas daripada CNN atau BBC seperti peristiwa gempa bumi di Haiti, kematian artis dan tokoh dunia, keputusan pilihanraya dan sebagainya.

2. Sumber trafik kepada blog yang sekarang menjadi sumber ke 4 tertinggi untuk blog Denaihati.

3. Wadah komunikasi antara sahabat siber. Aku sering berkomunikasi secara nyata atau tidak nyata dengan ramai rakan-rakan siber. Ubahsuai rumah baru Denaihati.com juga adalah hasil komunikasi gelap bersama @Kak jie. (Ada kajian menyatakan bahawa twitter akan mengambilalih fungsi sms dalam tempoh beberapa tahun lagi).

4. Sumber pendapatan online yang hebat. Alhamdulillah nilai satu tweet untuk Denaihati boleh tahan juga USD26 @ Ad.ly, USD11.26 @ Sponsoredtweets dan RM35 @ ChurpChurp. Nilai satu tweet akan bertambah dengan pertambahan jumlah follower dan jumlah tweet yang kita lakukan. (Jangan terkejut kalau aku katakan bahawa sekarang ada ahli twitter yang dibayar sehingga USD3,600 untuk setiap tweet).

5. Tapak bisnis yang sangat hebat. Sekarang dengan follower seramai 10,000 maka aku boleh menjadikan tapak untuk mempromosi produk dan blog bisnis. Ketika ini aku gunakan database ini untuk mempromosi blog teman-teman yang menjadi penGOMEL pertama untuk setiap entri baru. Bayangkan apabila aku mempunyai Jutaan follower maka aku boleh jadikan sebagai tapak untuk mengiklankan produk dan blog/website dengan nilai tertentu. Seandainya syarikat A membayar RM500 untuk mengiklankan produk bersama follower Denaihati dan menghasilkan pulanga berlipatkali ganda pasti ianya memberi keyakinan kepada lebih banyak syarikat lain untuk juga menggunakan perkhidmatan twitter Denaihati. Apabila permintaan bertambah tidak mustahil nilai satu tweet untuk iklan juga boleh bertambah kepada nilai yang lebih tinggi. (Konsep ini hanya berNILAI kepada mereka yang berjiwa bisnis).

Terima kasih kepada semua yang telah ikut Denaihati. Terima kasih juga kepada teman-teman yang rajin Re Tweet setiap entri baru Denaihati dan mungkin budaya Re Tweet ini boleh kita kembangkan untuk faedah bersama antara rakan-rakan blog. Kepada yang belum bersama twitter joom ikut @ http://twitter.com/denaihati.

Setiap kita ada matlamat berbeza untuk join twitter, mungkin teman-teman boleh kongsikan bersama mengapa ANDA join TWITTER.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

122 Comments

  1. Pingback: Laungan #Merdeka53 dari Follower Twitter dan Facebook
      1. Salah satu cara untuk meningkatkan traffik/pengunjung blog yaitu dengan mengintegrasikan blog dengan situs jejaring sosial, seperti twitter dan facebook yang saat ini sedang naik daun.
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hakikat PernikahanMy Profile

        1. Pasti agak merepotkan jika setiap kali update blog, anda harus melakukan tweet dan membuat status untuk memberitahukan kalau blog anda telah diupdate.

  2. Mak ai.. 10K? Banyaknya tuh. Nak dapatkan 500 pun dah susah. Yang kita follow memang banyak, tapi yang follow kat kita hampa betul.
    .-= Steward John´s last blog ..Rumah Kedua? =-.

  3. hm..twitter ni tak jadi sangat ler utk blog aku..ntahler.. aku rasa macam ramai yg add aku ialah robot. =|

    to tell the truth aku guna twitter tu untuk update aktiviti blogs aku jer.. 😐 *sigh*
    .-= mr.eims @ perfume´s last blog ..Calvin Klein Euphoria Valentine Set gift for romantic couple =-.

  4. giler ramai superb! haha…ko pollow pun ramai jugak.. :mrgreen:
    .-= Roslan Nazri´s last blog ..Promosi Murah Hosting Fivio – Part 2 =-.

  5. Tahniah bro..sy bru 1k lbh..huhuhu..kumpol followers byk2 phtu buat cam bro..huhu
    .-= apiih´s last blog ..Apa akan Jadi? Manusia Dengan Singa! =-.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!