Twitter Follower yang ke 10,000

Spread the love

8/2/2010 hari yang bersejarah untuk Denaihati apabila telah menerima twitter follower yang ke 10,000. Berdasar TwitterHolic, Denaihati mengikut follower berada pada ranking 7,692 di dunia dan ranking ke 17 di Malaysia. Anda boleh dapatkan widget twitter @ Twittercounter. Untuk pengguna wordpress yang nak gunakan widget twitter seperti  yang aku gunakan boleh gunakan plugin simple counter.

@wmr5439 terima kasih menjadi twitter follower ke 10,000

Matlamat aku adalah untuk mendapat seberapa ramai twitter follower yang boleh dan kalau boleh suatu hari nanti mungkin aku ada jutaan follower.

Kenapa aku memerlukan seramai mungkin twitter follower.

1. Mendapat berita dunia terkini daripada berbagai sumber yang lebih pantas daripada CNN atau BBC seperti peristiwa gempa bumi di Haiti, kematian artis dan tokoh dunia, keputusan pilihanraya dan sebagainya.

2. Sumber trafik kepada blog yang sekarang menjadi sumber ke 4 tertinggi untuk blog Denaihati.

3. Wadah komunikasi antara sahabat siber. Aku sering berkomunikasi secara nyata atau tidak nyata dengan ramai rakan-rakan siber. Ubahsuai rumah baru Denaihati.com juga adalah hasil komunikasi gelap bersama @Kak jie. (Ada kajian menyatakan bahawa twitter akan mengambilalih fungsi sms dalam tempoh beberapa tahun lagi).

4. Sumber pendapatan online yang hebat. Alhamdulillah nilai satu tweet untuk Denaihati boleh tahan juga USD26 @ Ad.ly, USD11.26 @ Sponsoredtweets dan RM35 @ ChurpChurp. Nilai satu tweet akan bertambah dengan pertambahan jumlah follower dan jumlah tweet yang kita lakukan. (Jangan terkejut kalau aku katakan bahawa sekarang ada ahli twitter yang dibayar sehingga USD3,600 untuk setiap tweet).

5. Tapak bisnis yang sangat hebat. Sekarang dengan follower seramai 10,000 maka aku boleh menjadikan tapak untuk mempromosi produk dan blog bisnis. Ketika ini aku gunakan database ini untuk mempromosi blog teman-teman yang menjadi penGOMEL pertama untuk setiap entri baru. Bayangkan apabila aku mempunyai Jutaan follower maka aku boleh jadikan sebagai tapak untuk mengiklankan produk dan blog/website dengan nilai tertentu. Seandainya syarikat A membayar RM500 untuk mengiklankan produk bersama follower Denaihati dan menghasilkan pulanga berlipatkali ganda pasti ianya memberi keyakinan kepada lebih banyak syarikat lain untuk juga menggunakan perkhidmatan twitter Denaihati. Apabila permintaan bertambah tidak mustahil nilai satu tweet untuk iklan juga boleh bertambah kepada nilai yang lebih tinggi. (Konsep ini hanya berNILAI kepada mereka yang berjiwa bisnis).

Terima kasih kepada semua yang telah ikut Denaihati. Terima kasih juga kepada teman-teman yang rajin Re Tweet setiap entri baru Denaihati dan mungkin budaya Re Tweet ini boleh kita kembangkan untuk faedah bersama antara rakan-rakan blog. Kepada yang belum bersama twitter joom ikut @ http://twitter.com/denaihati.

Setiap kita ada matlamat berbeza untuk join twitter, mungkin teman-teman boleh kongsikan bersama mengapa ANDA join TWITTER.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

122 Comments

  1. Tahniah, dah ramai follower tu..
    memang bagus sebenarnya twitter ni.. salah satu cara menjana traffic ke blog.. aku prasan setiap kali pos entri baru.. ramai jg yg datang ke blog drp twitter, terutamanya follower dr luar negara..
    .-= kulanz´s last blog ..Hilang Dalam Gelap =-.

      1. @Steward John, memang ada juga yang tak masuk.. tapi tak mustahil daripada 10 orang macam tu, 1-2 orang ada juga tu masuk sekali sekala..

        1. @kulanz, Tapi macam mana nak dapat jumlah followers sampai gitu banyak sekali. Yang difollow tak ramai, tapi yang follow tu ramai betul.

          1. @Steward John, dah join mrtweetdotcom? Kalau join tu lagi senang dpt follower. Rasanya blog bro bnyk kelebihan sbb tulis dlm english.. dan diorangpun boleh singgah blog bro sbb faham apa yg bro tulis..

            1. @kulanz, Sekarang ni, follower saya pun ramai jer yang otak marketing ni.. asyik2 tweet pasal bisnes.. rasanya dorang takkan pandang sangat blog saya tu. Nanti saya cuna mrtweet tu.. thanks ah.. Bro DH pernah juga bagitau pasal twitterviral tu.. Ingat macam nak cuba juga..

  2. wah, tahniah. tingkatkan usaha. majulah twitter untuk negara. 😛
    .-= mohdisa´s last blog ..Satu Emas Satu Perak Dua Gangsa =-.

  3. pergh!! semakin bertambah dan terus bertambah.. jeles.. 😛

    ehem².. pomot twitter aku weh.. lalalalala…~ 😆

  4. wow..tahniah bro..mcm mana ko bleh dpt byk tue? Kongsi la tips!
    .-= faisalhanim´s last blog ..Dari iPhone, Kini iPad. Lepas Ini Apa Pula? =-.

  5. emm…rasanya kalau dah beribu2 twitter follower..memang senang dapat job nih..
    .-= knightblogger´s last blog ..FastStone Screen Capture Software =-.

      1. @Steward John, twit viral pernah gak pakai.. tapi sekarang ni saya tak pakai, sebab security.. , walaupun twitviral tak simpan password, ada lagi masalah sekuriti kat hosting.. sekarang ni twitter tak galakkan kita compromise password.. kecualilah kalau twit viral tu guna twitter API

  6. waow … tahniah. Amat teruja. Camana nak dapatkan seramai itu ya? Tahniah lagi
    .-= Precious´s last blog ..Cakap Jangan Sembarangan =-.

    1. @Precious, Saya pun tertanya2 macam mana boleh dapat follower macam tu banyak. Followers saya ramai jer, tapi yang follow saya tak la ramai sangat..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!