Turki aku datang

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur dengan izin Allah kali ini aku telah terpilih buat pertama kali untuk menjejaki kaki ke bumi Turki. 2012 aku bersama tiga sahabat menjejaki bumi Europe, 2013 aku bersama tiga keluarga menjejaki bumi New Zealand serta kembara Palestine dan kali ini 2014 kembara aku bersama rombongan Karangkraf yang diketuai oleh Datuk Husammuddin dan Jemaah Maahad Tahfiz Suleymaniyyah (MTS) Malaysia yang diketuai oleh Abe Mustafa asal Turki. Misi kami kali ini adalah menjejaki legasi islam di Turki yang dibina oleh Yayasan Suleymaniyyah sejak 1936. Kami akan menziarahi asrama Yayasan Suleymaniyyah dan jejak Para Nabi serta keagungan Islam di lebih 10 buah bandar selama 13 hari di Turki. Antara yang bakal kami lawati adalah tempat lahir Nabi Ibrahim a.s, makam Nabi Ayyub a.s dan makam Nabi Ilyasa a.s serta banyak lagi tapak sejarah Islam.

kembara tukri di klia pada 1/5/2014

Rombongan kami bertolak dari KLIA pada 11.15 pm, 1/5/2014. Terima kasih kepada keluarga, Kak Sweetkurma dan Eizil serta isteri kerana sudi menghantar kami. Kami menaiki pesawat Turkey Airlines yang telah ditempah lebih awal jadi taklah mahal sangat harga tiket lebih kurang RM2500 pergi balik. Alhamdulillah pesawat bertolak mengikut jadual dan tiba di Istanbul Atartuk Airport di Istanbul pada jam 5.45 am. Waktu di Turki lewat 5 jam berbanding waktu Malaysia.

Kembara turki selamat sampai di istanbul atartuk airport

kembara turki istanbul atartuk airport

Aku melangkah kanan jejaki bumi Istanbul dengan rasa penuh syukur kerana diberi peluang oleh ALLAH untuk berjalan di muka bumi-NYA. Kami disambut dengan hujan renyai-renyai dan cuaca yang sederhana sejuk. Proses imigerasi berjalan lancar dengan bantuan Abe Mustafa dan semuanya selesai lebih kurang satu jam. Dua buah kenderaan telah siap menunggu kami di luar dengan bantuan Ustaz Abdullah asal Indonesia. Destinasi pertama kami adalah menziarahi makam pengasas Yayasan Suleymaniyyah iaitu Almarhum Sheikh Suleyman Hilmi Tunahan yang juga merupakan seorang Ulama Turki yang sangat terkenal.

makam sheikh suleyman hilmi tunahan

Selat Boshporus Istanbul

Setelah selesai berdoa kami di bawa ke pejabat Yayasan Suleymaniyyah Asia pasifik untuk sarapan pagi yang disediakan oleh pelajar-pelajar. Seronok juga dapat naik feri selama 15 minit menyeberangi Selat Boshporus untuk ke Istanbul bahagian Asia dari Istanbul bahagian Europah. Selepas sarapan pagi kami dibawa menziarahi Ibu Pejabat Yayasan Suleymaniyyah. Alhamdulillah syukur ALLAH beri peluang kami bertemu dengan Ketua Umum Dunia Abe Miz, Ahmad Ariff Denison. Abe Miz ada cucu kepada Sheikh Suleyman yang pernah menjadi Menteri Pengankutan Turki tetapi kami tidak dibenarkan mengambil gambar. Khabarnya rombongan kami bernasib baik kerana bukan semua dapat bertemu Abe Miz.

ibu pejabat MTS turki

kembara turki MTS istanbul

Yayasan Suleymaniyyah sudah mempunyai lebih 5000 madrasah di Turki dan berpuluh ribu di lebih 145 negara seluruh dunia termasuk lima buah di Malaysia. Kehebatan Yayasan ialah membawa sistem dan disiplin yang sama yang dibina berpuluh tahun ke seluruh dunia. Kami bersolat jumaat bersama warga MTS Umraniye. Selesai solat kami dibawa makan di bazar anjuran Yayasan. Setiap tahun seluruh MTS di Turki akan menganjurkan bazar untuk mengutib dana dan sambutan yang diterima sangat hebat.

bazar MTS istanbul

Tepat jam petang kami bergerak ke Sabiha Gokcen International Airport untuk ke Gaziantep menaiki Pegasus Airlines. Harga tiket dari Istanbul ke Gaizantep lebih kurang RM400 tapi biasalah pesawat tambang murah boleh dibeli secara online dan lebih awal beli lebih murah. Sabiha Gokce International Airport adalah airport ke dua di Istanbul yang menampung penerbangan tempatan dan negara-negara jiran seperti Sepanyol. Kami sampai agak lewat di airport tetapi masih lagi sempat check in. Sempatlah aku lelap selelapnya dalam pesawat yang terbang lebih kurang 1 jam 10 minit. Kami sampai di Gaziantep International Airport pada jam 8.10 pm dengan disambut oleh wakil Yayasan. Kami dibawa ke bazar di Gaziantep untuk makan malam. Selesai makan kami dibawa ke tempat penginapan di sebuah asrama Yayasan.

Macam mana ensem tak kami? Di sini budaya berpakaian memang sentiasa kemas jadikalau nak pakai t-shirt pun rasa malu. Hari pertama rasa kekok juga setelah bertahun-tahun berpakaian santai, semuga hari seterusnya akan jadi lebih selesa. Semuga ALLAH permudahkan perjalan kami dan jadi asbab turunnya hidayah di seluruh alam sebagaimana usaha Yayasan Suleymaniyyah memperkasakan Islam diseluruh dunia tanpa disedari ramai.

Semuga ada ilmu yang pelajari dari kisah kembara Turki kami bermula dengan entri “Turki aku datang“.Untuk melihat keenseman kami dan keindahan tempat menarik di Turki sila ke http://instagram.com/denaihati


Spread the love

141 Comments

  1. Kembara saya dari hujung kembali kepangkal… Tiba juga dipermulaan entri kembara Turki ini. Apa yg boleh saya simpulkan, satu kembara yang sungguh menarik dan berilmu. Kembara mengenal kebudayaan dan kehidupan warga Turki disamping menikmati keindahan serta tinggalan sejarah Islam yang sungguh mengagumkan! Semoga saya juga akan dimurahkan rezeki utk menikmati dan menyaksikan sendiri apa yg telah dipaparkan dlm kembara tuan dh… Terima kasih kerana sudi berkongsi.
    Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cita-Citaku Ingin Menggapai PelangiMy Profile

  2. wahh untung nyer tuan blog denaihati dapat menjejak kaki di bumi turki..bila tahun ana dapat ke sana insyllah ada rezeki lebih akan ku jejak jua..best kan dapt tgk sejarah di turki terima kasih sudi berkongsi di laman blog untuk di baca bersama..
    Curahan rasa adna2029 @ ..Sunyi..My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!