Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, jutaan terima kasih kepada semua peserta cabaran iPhone 5s. Jutaan maaf kerana membiarkan peserta cabaran iPhone 5s tertunggu-tunggu sehingga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus sudah dilancarkan. Memang ramai sungguh peminat iPhone 5s walaupun ramai yang lain membenci.
148 blogger telah menyiapkan tugasan pertama iaitu menulis entri bertajuk “iPhone 5s gajet impian setiap blogger” sebagai tiket untuk meneruskan perjuangan ke tugas seterusnya. Mohon maaf kerana terdapat beberapa peserta yang tidak layak untuk meneruskan tugasan kerana entri yang dibuat tidak mengikut syarat yang ditetapkan. Berikut adalah senarai peserta yang layak untuk ketugasan ke dua.
SENARAI PESERTA CABARAN IPHONE 5S UNTUK TUGASAN KE DUA
(Jika ada senarai peserta yang tertinggal sila PM di sini)
Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5s
Untuk tugasan ke dua memang senang tapi memerlukan masa dan kesungguhan untuk mencapai impian. Peserta perlu menjadi top 70 penulis komen di blog Denaihati untuk kiraan komen bertarikh 15/9 – 15/10/2014.
- Jumlah komen akan dikira menggunakan wp top commentators widget.
- Peserta dikehendaki menggunakan username yang sama dengan nama blog untuk memudahkan pengiraan. contohnya sekiranya domain blog hasrulhassan.com maka gunalah username Hasrul Hassan atau sekiranya domain adalah wanhidayat.blogspot.com maka gunalah username Wan Hidayat.
- Jumlah setiap komen mesti melebihi 10 perkataan yang kurang akan dipadam.
- Komen mestilah bersesuaian dengan tajuk entri jangan lari topik hanya kerana nak mendapat jumlah komen yang banyak sebab ianya juga akan dipadam.
- Syarat satu banner di blog peserta masih dikekalkan dan adalah diharap semua peserta dapat menukarkan banner yang ada kepada banner “Qurban di Kemboja” yang boleh didapati di sini. Semuga sedikit sumbangan mempromosi ini menjadi asbab kita akan mendapat gajaran yang berlipat kali ganda.
- Pastikan peserta sentiasa update senarai penaja dengan backlinks supaya tidak tersingkir dari cabaran kerana admin akan sentiasa memantau entri penyertaan.
- Peserta yang masuk dalam top 70 akan layak untuk masuk pusingan terakhir.
Hadiah Cabaran iPhone 5s
Hadiah Utama : Tiga unit iPhone 5s 16GB dari penaja individu dan Satu iPhone 5s 16Gb tajaan Amariman.com
Hadiah saguhati : Wang Tunai akan diumumkan jumlah dan katogeri di entri yang lain.
Penaja Cabaran iPhone 5s
Terima kasih kepada semua PENAJA kerana sudi menjadikan impian para blogger menjadi kenyataan. Tajaan masih terbuka kepada individu dan syarikat kerana perjalanan cabaran iPhone 5s masih jauh. Ada yang tanya apa kelebihan sebagai penaja :
- Untuk tajaan individu minima rm250 kita akan masukan link blog/website penaja disemua entri blog peserta, kira dapat backlinks dari semua peserta termasuk penganjur.
- Untuk penaja utama sebiji iPhone 5s ada package terlajak best :
- Link blog penaja akan masuk di semua entri peserta.
- Satu entri advetorial untuk promosi produk atau website penaja di blog Denaihati.
- Entri promosi penaja juga akan di promosi disemua sosial media Denaihati.
- Satu banner penaja akan dipasang di blog Denaihati sehingga contest tamat.
- Memang sangat bagus kepada syarikat baru dan lama terutama usahawan online yang ingin meningkatkan penjenamaan produk mereka di kalangan komuniti siber.
- Kepada yang berminat sila PM di sini.
Cara pemilihan pemenang
Cabaran kali memang sangat berlainan kerana cara pemilihan pemenang memang rahsia supaya peserta dapat bersaing dengan sihat. Yang penting peserta ikut arahan penganjur dan ikut sahaja semua tugasan dan aktiviti yang diberi. Diakhir cabaran penganjurkan akan menerangkan secara detail bagaimana pemenang dipilih.
Jangan sesekali putus asa sebelum berusaha sehingga saat terakhir … tatap gambar iPhone 5s di atas untuk menaikan semangat. Sifat orang dahagakan kejayaan tidak akan pernah putus asa atau takut untuk mencuba. Tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia siapa yang tahu. Memang best menggunakan iPhone 5s terutama kepada blogger kerana boleh menambah kualiti menguruskan blog. Tak percaya tanyalah rakan-rakan yang pernah menang contest iPhone dan yang pernah mendapat cabutan bertuah iPhone di Majlis Sepetang Bersama Blogger.
Selamat maju jaya kepada semua peserta cabaran iPhone 5s yang layak ke tugasan ke dua cabaran iPhone 5s.
6,837 Comments
Cabaran nampak agak mudah,
Tspi perlu komitmen yang lebih,
Siapa yang setia sudah,
Inilah masa usaha perlu gigih.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Cabaran Kedua iPhone 5S Sudah Bermula
Yep..nampak mudah..mmg betul2 kena bagi komitmen ni.. Chayokkk!! Hehe
Curahan rasa Norfanil @ ..Download Konsert Akademi Fantasia 2014 Minggu 2
Kebiasaannya cabaran komen macam nih tak ramai yang sanggup bertahan sehingga tamat masa..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Fernando Torres dalam radar JDT?
Terutamanya saya..hehe..sebab dah banyak segmen komen terbanyak sebelum ni saya putus asa di tengah jalan..tak tahu la segmen iphone 5s ni macam mana pulak..harap2 akan dapat bertahan hingga ke akhir..In Syaa Allah..
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Peringkat Ujian Yang Perlu Dilalui Oleh Calon Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 (PTD M41)
tahnoah siapa berjaya ke peringkat seterusnya harap semangat tak akan luntur hendaknya
Curahan rasa suri @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 18/2014_Mayfair Bodyline
Nasib baik sempat berlatih masa cabaran duit raya sebelum nih..hehe..dapatlah juga rentaknya..sikit2, lama2 jadi banyak..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Indonesia 14 September
tahniah bro sebab berjaya dapat hadiah masa contest hari tu.. memang terbaek arhh.. heee
payah jugak nak stay sebulan macam nii.. kena pulak saingan hebat2 semuanya..
Curahan rasa paly @ .." Sebelum baca, harus like .. "
Alhamdulillah tersenarai juga , nampak gaya kena kerja keras nih
Curahan rasa onlajer @ ..Panduan Untuk Reset Samsung Tab 10.1
tahniah onlajer anda tersenarai. semakin mencanang ayat terbaik semoga berjaya ya
Curahan rasa suri @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 17/2014_Lactacyd Love Your V
Jika hanya 70 jer yang layak ke cabaran seterusnya, maknanya lebih separuh yang akan terkeluar..memang kena berusaha gigih nih..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
wahh.. bro cakap macam ni baru tahu, tak perasan pulak masa tengok jumlah list yang tersenarai.. memang kena gigih macam nih
Curahan rasa paly @ .." Sebelum baca, harus like .. "
bukan mudah nak masuk top 70 nih, tambah2 pulak tak tahu macam mana kita punya ranking semasa.. huhuhu.. debor2
Curahan rasa paly @ .." Sebelum baca, harus like .. "
Tahniah bro Onlajer..kena lebih bersemangat dan usaha yang tak putus2 untuk tugasan yang kedua ni..harap kita semua terus dapat bertahan hingga ke peringkat seterusnya pulak..
harap macam tu lah.. cabaran kedua mencabar jugak dan boleh buat luntur semangat.. sebulan koo.. hehehe
tahniah bro kerana tersenarai.. jom bersaing secara sihat untuk cabaran kedua pulak.. hee..
Curahan rasa paly @ .." Sebelum baca, harus like .. "
Assalamualaikum..Alhamdulillah berjaya masuk ke cabaran kedua iPhone 5s. Semakin bersemangat nak miliki iPhone 5s. moga ada rezeki dan dapat menyahut cabaran kedua ni dengan jayanya..kena usaha lebih ni nampaknya ni..InshaAllah..
Curahan rasa Azhafizah @ ..Tugasan Kedua Cabaran miliki iPhone 5s impian setiap blogger
Terima kasih Norfanil. InshaAllah..mudah mudahan usaha membuahkan hasil. sama samalkah kita usaha ye.
Curahan rasa Azhafizah @ ..Selawat Syifa’
In sha Allah..harap jumlah penaja juga akan semakin bertambah..penaja bertambah berkemungkinan hadiahnya juga akan bertambah..maka bertambahlah peluang peserta nak dapat iphone 5S nih..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
mudah mudahan bertambah akan ada peluang lebih untuk dapatkan peluang menang ni kan. semua hebat hebat belaka
Curahan rasa Azhafizah @ ..Surah Al-Kahfi
betol betol.. maka akan bertambah laa pemenang nanti, hee.. jom bersaing secara sehat.. moga berjaya ok.. 🙂
Curahan rasa paly @ .." Sebelum baca, harus like .. "
Jom kak Fiza, kita komen semua entri di blog denaihati.com ;D hee. Semoga berjaya semua yang terpilih! 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Don’t Judge
taknak ajak ambe jugak ke ? heee. jom jom.. kasi pulun komen banyak2 untuk cabaran kedua nih..
Curahan rasa paly @ .." Sebelum baca, harus like .. "
wa’alaikumussalam.. tahniah ! hee.. bukan mudah ni.. hampir separuh akan tak tersenarai.. kena gigih dan telus 🙂
Curahan rasa paly @ .." Sebelum baca, harus like .. "
Tahniah semua peserta yg terpilih.tugasan kali ni memang sgt mencabar.jom sama2 kita bersaing secara sihat
Curahan rasa Faizal Muhamad @ ..Segmen Ambang Merdeka by Blogger Mya & DNIA House
Bersaing secara sihat itulah yang sebaiknya..semua orang berpeluang..apa yang penting usaha untuk mencapai matlamat ke peringkat seterusnya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
bukan mudah tapi tak mustahil bro.. moga yang terbaik berjaya.. usaha betol2, mungkin kita yang bertuah.. ye dak ?
Curahan rasa paly @ .." Sebelum baca, harus like .. "
setiap peserta ada peluang nak menang, usaha atau malas je yang membolehkan dapat adiah tu.. termasuk tuah yg memainkan peranan jugak, hee.. siapa tau mungkin rezeki kita atau orang lain..
Curahan rasa paly @ .." Sebelum baca, harus like .. "
In Syaa Allah bro..harap kita semua dapat bersaing secara sihat..itu lah yang sebaiknya..bersaing dalam suasana yang harmoni..
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Peringkat Ujian Yang Perlu Dilalui Oleh Calon Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 (PTD M41)
yeah.. sebulan ni.. bukan mudah nak kekalkan semangat untuk terus mengomen dengan jayanya.. harap dapat buat !
Curahan rasa paly @ .." Sebelum baca, harus like .. "
Akhirnya tugasan kedua telah diumumkan dan agak mencabar pada Sepasang Sayap kerana agak sibuk dengan kelas. Namun, Sepasang Sayap akan cuba beri yang terbaik. In shaa Allah
Curahan rasa Sepasang Sayap @ ..(VIDEO) Mengamuk Kes Kereta Bergesel Di Bandar Tasik Selatan
Sepsang sayap..cuba bahagiakan masa sebetulnya.. InsyaAllab, kelas dan komitmen untuk cabaran ni pasti boleh dilakukan.. Selamat maju jaya..
Curahan rasa Norfanil @ ..Tips Travel : Cara Pack Barang Untuk Travel
Jika time management btol, boleh jer beri komitmen kepada cabaran nih..kena bijak bahagi masa dan pilih masa sesuai..tugasan2 hakiki yang lain janganlah sampai terabai..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
In Syaa Allah boleh tu bro Sepasang Sayap..sekarang kan di mana2 dah boleh online..kalau ada masa terluang sikit boleh la tinggalkan komen..sikit2 lama2 jadi bukit bro..
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Peringkat Ujian Yang Perlu Dilalui Oleh Calon Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 (PTD M41)
alhamdullilah keputusan dah di umum kan kena rajin terjah blog ni selalu lah yer..insyaallah i try the best..
Curahan rasa adna2029 @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s di Blog Denaihati.com
Betul tu.. Kena rajin lawat blog ni la sepanjang sebulan ni.. Huhu.. Saya pun sbnrnya jarang masuk blog abg denai.. Sekarang rajin dah sikit..tapi tetap jrg tinggalkan komen..kene gigihkan usaha ni..
Curahan rasa Norfanil @ ..Bila bercinta, lelaki atau perempuan lebih show off?
Lepas nih kena lah rajin masuk blog abam denai..ada hadiah iphone 5S menanti kepada sesiapa yang berjaya ke peringkat seterusnya..cabaran kedua nih tak semudah yang disangkakan..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Saya doakan yang terbaik untuk Adna2029..harap kita sama2 dapat pergi ke pusingan yang seterusnya..
Nampaknya cabaran kedua ni agak mencabar jugak untuk aku. Sekarang ni takde masa sangat mengadap blog tapi akan aku usahakan dengan semangat yang kental…ahahahahaha….semoga aku tergolong dalam salah seorang daripada 70 blogger yang terpilih nanti. 😀
Curahan rasa Eshamz Halim @ ..Moh Ke Perak: Keunikan Menara Condong Teluk Intan #VMY2014
Semoga kita sama sama tegolong dalan top 70.. Tahniah masuk ke peringkat seterusnya.. Hehe..
Semoga ada rezeki untuk memiliki iphong..
Curahan rasa Norfanil @ ..Syarif Sleeq Berlakon Drama Hanya Satu
In sha Allah..berkat usaha yang tak mengenal jemu, 70 peserta bertuah akan berjaya ke peringkat seterusnya..mana tahu ada rezeki kita miliki iPhone 5S..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Indonesia 14 September
In Syaa Allah boleh bro Eshamz..saya jugak sama macam bro..bagi saya tugasan ni memang mencabar sebab perlu tinggalkan seberapa banyak komen di blog Denaihati..perlukan komitmen yang lebih untuk tugasan ni..
Alhamdulillah tersenarai juga akhirnya. Berdebar pun ada .. teruja pun ada. Harap dapat memberikan yang terbaik untuk cabaran kedua ini. Chaiyokkkk! ^^
Curahan rasa Hanim Hashim @ ..Photoshoot Kedua Selepas Dua Minggu!
Bila dah tersenarai kena bersiap sedia dengan tugasan kedua..pastikan pula kita tersenarai menjadi antara 70 yang terpilih ke peringkat seterusnya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Indonesia 14 September
Semoga berjaya ye Hanim?sama jugak macam Hanim..rasa teruja bila dah berjaya masuk ke pusingan kedua ni..
Semoga berjaya ye blogger Hanim. Jom bersaing secara sihat untuk memenangi iPhone 5s ini. ^_^
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Sweet September Giveaway by Mellya
tugasan kedua lebih mencabar. harap dapat buat yang terbaik untuk tugasan kedua ini. dan menjadi top 70
Gud luck misz aa.. Saya pon takut tak de masa nak buat peribgkat kedua ni..tpi tetap jugak cuba.. Peluang hanya sekli..so buat betul2..
Curahan rasa Norfanil @ ..Bila bercinta, lelaki atau perempuan lebih show off?
Jika hanya 70 yang berjaya ke peringkat seterusnya, maknanya lebih separuh yang akan terkeluar..perghh..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Indonesia 14 September
In Syaa Allah boleh..sama2 kita bersaing secara sihat untuk menuju ke dalam top 70 commentor..lebih mencabar nampaknya tugasan kedua ni..
Semoga kita berjaya menjadi top 70 commentor dan berjaya ke peringkat yang seterusnya ya, misz aa. Salam kenal 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Don’t Judge
Semangat yang jitu harus diteruskan,
Untuk menyahut cabaran hari ini,
Marilah rakan kita jalankan,
Cabaran berterusan tanpa henti.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Cabaran Kedua iPhone 5S Sudah Bermula
Peringkat 1 dah selesai,
Peringkat 2 baru bermula,
Nak jadi komentor kena pandai..
Supaya iphone jadi milik kita..ehh..
Gud luck bro kamil salleh
Curahan rasa Norfanil @ ..Syarif Sleeq Berlakon Drama Hanya Satu
Wah..berpantun pantun semua..anyway Good Luck juga buat semua peserta..jom kita bersaing secara sihat untuk rebut tempat Top 70..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Indonesia 14 September
Bro Kamil kalau dah berpantun memang terbaik..nak tambah koleksi iphone ke bang kamil? hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Indonesia 14 September
Hari ini bermulanya cabaran,
Pusingan kedua menjadi pertaruhan,
Apa yang penting perlu tumpuan,
Agar impian menjadi kenyataan.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Cabaran Kedua iPhone 5S Sudah Bermula
sesungguhnya usaha itu satu kejayaan dan percubaan untuk mendapatkan sesuatu
Curahan rasa suri @ ..Cara Membuat Pau Kukus Atau Pau Bakar Dalam Oven
Usaha memang tangga kejayaan..teringat cabaran komen masa contest duit raya tempoh hari..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Indonesia 14 September
Alhamdulillah dah keluar Tugasan Kedua Contest Iphone 5s ni. inshaa Allah, saya akan cuba bersungguh-sungguh untuk menjadi salah seorang dari 70 penulis komen….
Curahan rasa Jaakechik @ ..Aiskrim Kelapa (Nyiur) di Wakaf Bharu
Gudluck jaa kecik… InsyaAllah ada usaha adalab hasilnya. Yang penting jangan berhenti berusaha.. Ye dak..eh tengah komen ye..hehe.. Keep it up..
Curahan rasa Norfanil @ ..Tiket Konsert Akademi Fantasia 2014 Percuma
Bukan semua orang yang berusaha itu akan berjaya, tetapi setiap yang berjaya itu adalah orang yang berusaha..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Indonesia 14 September
Semoga berjaya untuk cabaran ini, Kak Jaakechik. Sama-sama kita bersaing secara sihat, ya. Hee ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Don’t Judge
Alhamdulillah terpilih juga untuk cabaran seterusnya. Kena rajin kan diri komen disini setiap masa. Terima kasih Denaihati 😀
Curahan rasa MK Hakimi @ ..Kaset Suatu Ketika Dahulu
MK Hakimi, betul tu 🙂 kena rajin komen kat semua entri DH. penangan iPhone 5s memang menjadi igauan pada kesemua peserta. Jangan lupa rajin-rajin komen kat semua entri DH. kalau boleh, jangan tinggalkan satu pun entri DH tanpa komen dari kita. hehe
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
jom kita sama-sama double-kan usaha, haiah menarik, cabaran pun tentulah “menarik” jugak.. wehihi… are you ready guys…?
Curahan rasa Jaakechik @ ..Aiskrim Kelapa (Nyiur) di Wakaf Bharu
Nak dapatkan sesuatu mestilah ada cabarannya..70 peserta terbaik dalam tugasan kedua akan ke peringkat seterusnya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Indonesia 14 September
Tahniah sebab terpilih untuk cabaran yang seterusnya ini. Jom komen semua entri di blog denaihati. Hee ^_^
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Don’t Judge
Tahniah ye sebab terpilih. Semoga berjaya untuk tugasan kedua cabaran 1Phone 5s ini. Sama-sama kita berusaha. ^_^
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Don’t Judge
tahniah kepada para peserta yang telah berjaya dalam pusing pertama..sekarang tiba pula pusingan kedua..lebih mencabar
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kenapa Mesti Obses iPhone 6
Semangat berkobar-kobar untuk sebuah impian. Jom bro kita bersaing secara sihat.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Cabaran Kedua iPhone 5S Sudah Bermula
wahhh semangat betul en.kamil nih. saya pun turut rasa bersemangat dengan ayat dia… hehehe…
Curahan rasa Jaakechik @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Good morning 🙂
agak mencabar juga sebenarnya, lebih-lebih lagi internet dekat office disekat untuk melayari sesetengah laman web. tapi apa pun, usaha tangga kejayaan kan 🙂 serius sangat mencabar! demi iPhone 5s. hehe.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Haha.. Bila internet low ni buat jadi kalut ni..
Tapi takpe..kat office tak ada kita usaha kot lain
. mase bnyak lagi.. Gudluck..
Curahan rasa Norfanil @ ..Katering Kenduri Kahwin dari Pozi Catering Kuala Terengganu
Pengalaman masa cabaran duit raya tempoh hari boleh lah digunakan Hero Borneo..hehe..Good Luck!
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Indonesia 14 September
Comments are closed.