Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, jutaan terima kasih kepada semua peserta cabaran iPhone 5s. Jutaan maaf kerana membiarkan peserta cabaran iPhone 5s tertunggu-tunggu sehingga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus sudah dilancarkan. Memang ramai sungguh peminat iPhone 5s walaupun ramai yang lain membenci.
148 blogger telah menyiapkan tugasan pertama iaitu menulis entri bertajuk “iPhone 5s gajet impian setiap blogger” sebagai tiket untuk meneruskan perjuangan ke tugas seterusnya. Mohon maaf kerana terdapat beberapa peserta yang tidak layak untuk meneruskan tugasan kerana entri yang dibuat tidak mengikut syarat yang ditetapkan. Berikut adalah senarai peserta yang layak untuk ketugasan ke dua.
SENARAI PESERTA CABARAN IPHONE 5S UNTUK TUGASAN KE DUA
(Jika ada senarai peserta yang tertinggal sila PM di sini)
Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5s
Untuk tugasan ke dua memang senang tapi memerlukan masa dan kesungguhan untuk mencapai impian. Peserta perlu menjadi top 70 penulis komen di blog Denaihati untuk kiraan komen bertarikh 15/9 – 15/10/2014.
- Jumlah komen akan dikira menggunakan wp top commentators widget.
- Peserta dikehendaki menggunakan username yang sama dengan nama blog untuk memudahkan pengiraan. contohnya sekiranya domain blog hasrulhassan.com maka gunalah username Hasrul Hassan atau sekiranya domain adalah wanhidayat.blogspot.com maka gunalah username Wan Hidayat.
- Jumlah setiap komen mesti melebihi 10 perkataan yang kurang akan dipadam.
- Komen mestilah bersesuaian dengan tajuk entri jangan lari topik hanya kerana nak mendapat jumlah komen yang banyak sebab ianya juga akan dipadam.
- Syarat satu banner di blog peserta masih dikekalkan dan adalah diharap semua peserta dapat menukarkan banner yang ada kepada banner “Qurban di Kemboja” yang boleh didapati di sini. Semuga sedikit sumbangan mempromosi ini menjadi asbab kita akan mendapat gajaran yang berlipat kali ganda.
- Pastikan peserta sentiasa update senarai penaja dengan backlinks supaya tidak tersingkir dari cabaran kerana admin akan sentiasa memantau entri penyertaan.
- Peserta yang masuk dalam top 70 akan layak untuk masuk pusingan terakhir.
Hadiah Cabaran iPhone 5s
Hadiah Utama : Tiga unit iPhone 5s 16GB dari penaja individu dan Satu iPhone 5s 16Gb tajaan Amariman.com
Hadiah saguhati : Wang Tunai akan diumumkan jumlah dan katogeri di entri yang lain.
Penaja Cabaran iPhone 5s
Terima kasih kepada semua PENAJA kerana sudi menjadikan impian para blogger menjadi kenyataan. Tajaan masih terbuka kepada individu dan syarikat kerana perjalanan cabaran iPhone 5s masih jauh. Ada yang tanya apa kelebihan sebagai penaja :
- Untuk tajaan individu minima rm250 kita akan masukan link blog/website penaja disemua entri blog peserta, kira dapat backlinks dari semua peserta termasuk penganjur.
- Untuk penaja utama sebiji iPhone 5s ada package terlajak best :
- Link blog penaja akan masuk di semua entri peserta.
- Satu entri advetorial untuk promosi produk atau website penaja di blog Denaihati.
- Entri promosi penaja juga akan di promosi disemua sosial media Denaihati.
- Satu banner penaja akan dipasang di blog Denaihati sehingga contest tamat.
- Memang sangat bagus kepada syarikat baru dan lama terutama usahawan online yang ingin meningkatkan penjenamaan produk mereka di kalangan komuniti siber.
- Kepada yang berminat sila PM di sini.
Cara pemilihan pemenang
Cabaran kali memang sangat berlainan kerana cara pemilihan pemenang memang rahsia supaya peserta dapat bersaing dengan sihat. Yang penting peserta ikut arahan penganjur dan ikut sahaja semua tugasan dan aktiviti yang diberi. Diakhir cabaran penganjurkan akan menerangkan secara detail bagaimana pemenang dipilih.
Jangan sesekali putus asa sebelum berusaha sehingga saat terakhir … tatap gambar iPhone 5s di atas untuk menaikan semangat. Sifat orang dahagakan kejayaan tidak akan pernah putus asa atau takut untuk mencuba. Tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia siapa yang tahu. Memang best menggunakan iPhone 5s terutama kepada blogger kerana boleh menambah kualiti menguruskan blog. Tak percaya tanyalah rakan-rakan yang pernah menang contest iPhone dan yang pernah mendapat cabutan bertuah iPhone di Majlis Sepetang Bersama Blogger.
Selamat maju jaya kepada semua peserta cabaran iPhone 5s yang layak ke tugasan ke dua cabaran iPhone 5s.
6,837 Comments
Tahniah kepada yang berjaya ke pusingan kedua. Saya rasa sangat bersyukur terpilih untuk cabaran yang kedua ini.
Pasal nama tukang komen nanti. Maknanya jika blog saya mindakabur.blogspot.com jadi kena komen guna nama mindakabur lah ye. So, maknanya tak boleh guna nama Jia Rizaira.
Curahan rasa Jia Rizaira @ ..Blog Tidak Terusik
ya, betul.tu, tujuannya mudah nak kira dan semak nanti…
Curahan rasa Denaihati @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
Orait, terima kasih Denaihati. Kena alert dengan nama bila komen nanti ni.
Curahan rasa Jia Rizaira @ ..Tugasan Kedua Untuk Cabaran iPhone 5s
Atau mungkin juga boleh tambahkan nama blog dihujung nama Jia Rizaira @ MindaKabur..at least tak ler pening penganjur nak semak nanti..boleh macam tuh tuan DH?
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Indonesia 14 September
tahniah pada semua yang layak ke pusingan seterus nya moga korang berjaya ye …
nampaknya tugasan kali ini memang lain dari yang lain … gaya nya kena bertapa dalam blog denaihati smapai bulan depan lah untuk melayakkan diri ke pusingan akhir ..
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Blog Kegemaran Saya
selamat bertapa…heee. guna hphone laju je nak komen tu….
Curahan rasa Denaihati @ ..iPhone 6 Dan iPhone 6 Plus produk terbaru Apple
Wah..sis namia siap nak bertapa kat sini..yg berkampung dah ramai dah..hehe..selamat bertapa sis namia..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Tahniah buat semua peserta yang telah berjaya untuk memasuki peringkat kedua ..Semoga usaha dan kesungguhan anda untuk mendapat HADIAH HEBAT ini akan terlaksana.. Semoga anda semua dapat berusaha sehabis mungkin untuk menikmati sebuah kejayaan ..Ingat ya ..kejayaan tak pernah datang tanpa USAHA ..Oleh itu USAHALAH dengan tekun dan bersungguh2 … All The Best Buat anda semua ……….. Go go go …….
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ CPUV Nuffnang RWG – Ice Age Adventure ❤
Kita hanya mampu merancang dan berusaha..selebihnya kita berserah dan berdoa kepada-Nya..kalau ada rezeki insha Allah tak ke mana iPhone 5s dikejar..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Tahniah kepada blogger2 yang tersenarai. Tugasan kedua sudah bermula, saingan dah mula terasa. Selamat berjuang untuk semua.
Curahan rasa pipoq @ ..Ragam orang kita
berjuang hingga ke saat akhir, ada banyak masa lebih kurang sebulan.
Curahan rasa Denaihati @ ..iPhone 6 Dan iPhone 6 Plus produk terbaru Apple
Masa yg panjang nih memberikan cabaran berbeza buat peserta..siapa yg mampu bertahan dan berjuang hingga ke akhirnya dialah yg berhak ke peringkat seterusnya..demi mengejar impian.. 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Exam Kastam W41 6 Sept – Ingat 3 Strategi ini!
separuh bakal tersingkir utk ke peringkat akhir. apa2 pun jgn putus asa utk dapatkan iphone 5s!
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Btol tuh..jangan tunggu hingga minit terakhir baru nak mengomen..last2 dapat tempat ke-71..tak ke menangis dibuatnya..hehe..kalau dah tak der rezeki nak buat camaner..apa yg penting usaha dan berjuang hingga ke akhirnya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Tahniah kepada yg berjaya. Semoga berjaya kepada semua peserta.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..iPhone 6 Keluaran Terbaru Daripada Apple
Dah berjaya lepas tugasan pertama..kini bermula pula tugasan kedua..lama juga tuh sebulan..selamat mengomen semua..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
alhamdulilah terpilih untuk ke cabaran ke 2 iphone 5s .. tahniah buat blogger2 lain yang layak 🙂
all the best
Curahan rasa faizuddin fuad @ ..iPhone 6 Memukau Pengguna Apple
Persaingan untuk tugasan kedua lagi hebat..nampak jer mudah tapi tak semudah yang disangkakan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Indonesia 14 September
Cabaran kedua akan bermula esok, teruskan penguasaan anda. Jalankan amanah seperti yg disyaratkan.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..iPhone 6 Keluaran Terbaru Daripada Apple
semoga semuanya berjalan lancar dan jgn lupa semak blog DH, kot2 ada update penaja 🙂
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Memang kena semak dari masa ke semasa sebab jumlah penaja pun dah makin bertambah..bertambah penaja maknanya hadiah bertambah dan makin bertambah peluang la peserta nak miliki iphone 5s nih..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Wah…tugasan kedua telah pun keluar ni..jutaan tahniah buat semua yang layak ke pusingan kedua…
Curahan rasa Pondok Papan @ ..Panduan Asas Affiliate Untuk Newbie
Terima kasih kerana beri peluang untuk pusingan kedua. Good luck kepada semua peserta.
Curahan rasa Mohd Zarin @ ..ICT di Pantai Timur
rahsia tu yang best…selamat berjaya kepada semua peserta…. 😉
Curahan rasa syamila @ ..My Breastfeeding Journey #1
Tak pasti dapat meluangkan masa untuk cabaran kedua dengan komitmen lain apa pun akan cuba yang terbaik dan memberi saingan terbaik kepada yang lain.
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
nampaknya tugasan kedua sudah bermula…dah agak dah..memang yang kedua ni bukan berkaitan dengan SEO,kalau tak memang ramai la rasa tak adil nanti kalau dah separuh blogger lain dah mulakan SEO walaupun tugasan kedua belum lagi diberitahu…apa2 pun all the best kawan-kawan semua…kita bertanding secara sihat.
Curahan rasa oh kiji @ ..Iphone 5s, Gajet Impian Setiap Blogger
cabaran tugasan kedua bermula esok, mungkin top 70 komentor lebih mencabar, tapi tak mustahil…
Curahan rasa Denaihati @ ..Denaihati ditemubual oleh Astro Awani
Nasib baik penganjur tak letak Top 30 or Top 20 jer..kalau tak dah menderu komen masyuk sebab berebut tempat..hehe..nampak macam banyak lagi peringkat cabarannya..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Alhamdulillah…. tugasan kedua abaran iphone 5s gajet impian setiap blogger sudah keluar. Kena sentiasa update dgn blog DH untuk dapat informasi dan cerita terkini. Usaha tangga kejayaan….
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Ar-rahnu Yapiem alternatif Ar-rahnu Bank Tempatan
akhirnya…tugasan kedua cabaran iphone 5s diumumkan…yang ditunggu-tunggu telah tiba. sekarang masa untuk teruskan tugasan.
Curahan rasa ainun @ ..Amalan Sehari Sebelum UPSR
Comments are closed.