Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, jutaan terima kasih kepada semua peserta cabaran iPhone 5s. Jutaan maaf kerana membiarkan peserta cabaran iPhone 5s tertunggu-tunggu sehingga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus sudah dilancarkan. Memang ramai sungguh peminat iPhone 5s walaupun ramai yang lain membenci.
148 blogger telah menyiapkan tugasan pertama iaitu menulis entri bertajuk “iPhone 5s gajet impian setiap blogger” sebagai tiket untuk meneruskan perjuangan ke tugas seterusnya. Mohon maaf kerana terdapat beberapa peserta yang tidak layak untuk meneruskan tugasan kerana entri yang dibuat tidak mengikut syarat yang ditetapkan. Berikut adalah senarai peserta yang layak untuk ketugasan ke dua.
SENARAI PESERTA CABARAN IPHONE 5S UNTUK TUGASAN KE DUA
(Jika ada senarai peserta yang tertinggal sila PM di sini)
Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5s
Untuk tugasan ke dua memang senang tapi memerlukan masa dan kesungguhan untuk mencapai impian. Peserta perlu menjadi top 70 penulis komen di blog Denaihati untuk kiraan komen bertarikh 15/9 – 15/10/2014.
- Jumlah komen akan dikira menggunakan wp top commentators widget.
- Peserta dikehendaki menggunakan username yang sama dengan nama blog untuk memudahkan pengiraan. contohnya sekiranya domain blog hasrulhassan.com maka gunalah username Hasrul Hassan atau sekiranya domain adalah wanhidayat.blogspot.com maka gunalah username Wan Hidayat.
- Jumlah setiap komen mesti melebihi 10 perkataan yang kurang akan dipadam.
- Komen mestilah bersesuaian dengan tajuk entri jangan lari topik hanya kerana nak mendapat jumlah komen yang banyak sebab ianya juga akan dipadam.
- Syarat satu banner di blog peserta masih dikekalkan dan adalah diharap semua peserta dapat menukarkan banner yang ada kepada banner “Qurban di Kemboja” yang boleh didapati di sini. Semuga sedikit sumbangan mempromosi ini menjadi asbab kita akan mendapat gajaran yang berlipat kali ganda.
- Pastikan peserta sentiasa update senarai penaja dengan backlinks supaya tidak tersingkir dari cabaran kerana admin akan sentiasa memantau entri penyertaan.
- Peserta yang masuk dalam top 70 akan layak untuk masuk pusingan terakhir.
Hadiah Cabaran iPhone 5s
Hadiah Utama : Tiga unit iPhone 5s 16GB dari penaja individu dan Satu iPhone 5s 16Gb tajaan Amariman.com
Hadiah saguhati : Wang Tunai akan diumumkan jumlah dan katogeri di entri yang lain.
Penaja Cabaran iPhone 5s
Terima kasih kepada semua PENAJA kerana sudi menjadikan impian para blogger menjadi kenyataan. Tajaan masih terbuka kepada individu dan syarikat kerana perjalanan cabaran iPhone 5s masih jauh. Ada yang tanya apa kelebihan sebagai penaja :
- Untuk tajaan individu minima rm250 kita akan masukan link blog/website penaja disemua entri blog peserta, kira dapat backlinks dari semua peserta termasuk penganjur.
- Untuk penaja utama sebiji iPhone 5s ada package terlajak best :
- Link blog penaja akan masuk di semua entri peserta.
- Satu entri advetorial untuk promosi produk atau website penaja di blog Denaihati.
- Entri promosi penaja juga akan di promosi disemua sosial media Denaihati.
- Satu banner penaja akan dipasang di blog Denaihati sehingga contest tamat.
- Memang sangat bagus kepada syarikat baru dan lama terutama usahawan online yang ingin meningkatkan penjenamaan produk mereka di kalangan komuniti siber.
- Kepada yang berminat sila PM di sini.
Cara pemilihan pemenang
Cabaran kali memang sangat berlainan kerana cara pemilihan pemenang memang rahsia supaya peserta dapat bersaing dengan sihat. Yang penting peserta ikut arahan penganjur dan ikut sahaja semua tugasan dan aktiviti yang diberi. Diakhir cabaran penganjurkan akan menerangkan secara detail bagaimana pemenang dipilih.
Jangan sesekali putus asa sebelum berusaha sehingga saat terakhir … tatap gambar iPhone 5s di atas untuk menaikan semangat. Sifat orang dahagakan kejayaan tidak akan pernah putus asa atau takut untuk mencuba. Tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia siapa yang tahu. Memang best menggunakan iPhone 5s terutama kepada blogger kerana boleh menambah kualiti menguruskan blog. Tak percaya tanyalah rakan-rakan yang pernah menang contest iPhone dan yang pernah mendapat cabutan bertuah iPhone di Majlis Sepetang Bersama Blogger.
Selamat maju jaya kepada semua peserta cabaran iPhone 5s yang layak ke tugasan ke dua cabaran iPhone 5s.
6,837 Comments
Jangan lupa untuk semak senarai penaja kontest Cabaran iPhone 5s ini ya. Semoga kita layak masuk pusingan seterusnya.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Fakta Anak Bongsu.
Syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Denaihati mengenai tugasan kedua ini kenalah kita patuhi selalu ya. Semoga berjaya.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Fakta Anak Bongsu.
Jangan berhenti untuk memberi komen dalam entri blog Denaihati ini. Usahalah selagi kita masih ada masa untuk berusaha.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Fakta Anak Bongsu.
Sesiapa yang berusaha dengan gigih untuk tugasan kedua ini, pasti akan berpeluang untuk layak masuk pusingan akhir nanti.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Fakta Anak Bongsu.
Kita masih berpeluang untuk merubah kedudukan kita dalam Top 100 tersebut. Tingkatkan lagi usaha untuk tersenarai dalam Top 70.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Fakta Anak Bongsu.
Persaingan semakin sengit menjelang hari terakhir tugasan kedua ini berlangsung. Kita kenalah berusaha untuk menempatkan diri dalam Top 70.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Fakta Anak Bongsu.
Berusahalah dengan sebaik yang mungkin agar tersenarai dalam Top 70 penulis komen terbanyak pada akhir tugasan nanti ya.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Fakta Anak Bongsu.
Malam ini kita gandakan lagi usaha kita untuk tugasan kedua ini agar layak masuk Top 70 pengomen terbanyak nanti.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Fakta Anak Bongsu.
Usahalah sehingga ke garisan penamat tugasan kedua ini. Jangan berputus asa dan menyerah kalah untuk tugasan ini kerana hadiah menarik menanti anda semua.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Fakta Anak Bongsu.
Malam esok tugasan kedua Cabaran iPhone 5s ini akan tamat. Marilah kita berusaha dengan lebih gigih untuk berada dalam kedudukan Top 70.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Fakta Anak Bongsu.
Besok hari terakhir untuk cabran kedua harap-harap sempat masuk dalam senarai top 70.
Curahan rasa amirul hakim @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
dah tak sabar pulak nak tunggu tugasan kedua ini berakhir..sebab jika berhenti komen takut pulak ranking jatuh merudum..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Temuramah Pelajar UNIMAS Bersama Hero Borneo
haaa.. saya pun. kalau berenti sejam pun runsing dah.. takut di pintas.. hehehehe
gara-gara iphone.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Betul tu. Apabila tengok kesungguhan peserta lain memberi komen banyak-banyak ni, kita pun kenalah berusaha gigih jugak.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Fakta Anak Bongsu.
tugasan kedua dah semakin dekat untuk berakhir..boleh dikatakan para peserta sekarang berperang komen dalam blog denaihati,…memang meriah sangatlah gayanya
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Temuramah Pelajar UNIMAS Bersama Hero Borneo
oh rupanya kena join contest yang pertama dulu. sungguh ku tertinggal LRT. rugi nya. sedih 🙁
Curahan rasa nazra @ ..Pesakit Diabetes Boleh Ambil Protein Soya Tak?
Laaa. sis nazra tak tahu ya pasal kena buat entry tu dulu.
takpe, tunggu next contest.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
wawa baru je selesai check senarai penaja cabaran iphone ni. takut juga tersilap pandang nanti. korang semua cepat la check, cabaran ni dah nak berakhir esok. nanti tk sempat pula
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..Segmen Bloglist 10 Blog Pilihan HASRULHASSAN.COM
belum ada penambahan penaja baru kan wawa hari ni? nik pon ada cek tadi..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Comments are closed.