Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, jutaan terima kasih kepada semua peserta cabaran iPhone 5s. Jutaan maaf kerana membiarkan peserta cabaran iPhone 5s tertunggu-tunggu sehingga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus sudah dilancarkan. Memang ramai sungguh peminat iPhone 5s walaupun ramai yang lain membenci.
148 blogger telah menyiapkan tugasan pertama iaitu menulis entri bertajuk “iPhone 5s gajet impian setiap blogger” sebagai tiket untuk meneruskan perjuangan ke tugas seterusnya. Mohon maaf kerana terdapat beberapa peserta yang tidak layak untuk meneruskan tugasan kerana entri yang dibuat tidak mengikut syarat yang ditetapkan. Berikut adalah senarai peserta yang layak untuk ketugasan ke dua.
SENARAI PESERTA CABARAN IPHONE 5S UNTUK TUGASAN KE DUA
(Jika ada senarai peserta yang tertinggal sila PM di sini)
Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5s
Untuk tugasan ke dua memang senang tapi memerlukan masa dan kesungguhan untuk mencapai impian. Peserta perlu menjadi top 70 penulis komen di blog Denaihati untuk kiraan komen bertarikh 15/9 – 15/10/2014.
- Jumlah komen akan dikira menggunakan wp top commentators widget.
- Peserta dikehendaki menggunakan username yang sama dengan nama blog untuk memudahkan pengiraan. contohnya sekiranya domain blog hasrulhassan.com maka gunalah username Hasrul Hassan atau sekiranya domain adalah wanhidayat.blogspot.com maka gunalah username Wan Hidayat.
- Jumlah setiap komen mesti melebihi 10 perkataan yang kurang akan dipadam.
- Komen mestilah bersesuaian dengan tajuk entri jangan lari topik hanya kerana nak mendapat jumlah komen yang banyak sebab ianya juga akan dipadam.
- Syarat satu banner di blog peserta masih dikekalkan dan adalah diharap semua peserta dapat menukarkan banner yang ada kepada banner “Qurban di Kemboja” yang boleh didapati di sini. Semuga sedikit sumbangan mempromosi ini menjadi asbab kita akan mendapat gajaran yang berlipat kali ganda.
- Pastikan peserta sentiasa update senarai penaja dengan backlinks supaya tidak tersingkir dari cabaran kerana admin akan sentiasa memantau entri penyertaan.
- Peserta yang masuk dalam top 70 akan layak untuk masuk pusingan terakhir.
Hadiah Cabaran iPhone 5s
Hadiah Utama : Tiga unit iPhone 5s 16GB dari penaja individu dan Satu iPhone 5s 16Gb tajaan Amariman.com
Hadiah saguhati : Wang Tunai akan diumumkan jumlah dan katogeri di entri yang lain.
Penaja Cabaran iPhone 5s
Terima kasih kepada semua PENAJA kerana sudi menjadikan impian para blogger menjadi kenyataan. Tajaan masih terbuka kepada individu dan syarikat kerana perjalanan cabaran iPhone 5s masih jauh. Ada yang tanya apa kelebihan sebagai penaja :
- Untuk tajaan individu minima rm250 kita akan masukan link blog/website penaja disemua entri blog peserta, kira dapat backlinks dari semua peserta termasuk penganjur.
- Untuk penaja utama sebiji iPhone 5s ada package terlajak best :
- Link blog penaja akan masuk di semua entri peserta.
- Satu entri advetorial untuk promosi produk atau website penaja di blog Denaihati.
- Entri promosi penaja juga akan di promosi disemua sosial media Denaihati.
- Satu banner penaja akan dipasang di blog Denaihati sehingga contest tamat.
- Memang sangat bagus kepada syarikat baru dan lama terutama usahawan online yang ingin meningkatkan penjenamaan produk mereka di kalangan komuniti siber.
- Kepada yang berminat sila PM di sini.
Cara pemilihan pemenang
Cabaran kali memang sangat berlainan kerana cara pemilihan pemenang memang rahsia supaya peserta dapat bersaing dengan sihat. Yang penting peserta ikut arahan penganjur dan ikut sahaja semua tugasan dan aktiviti yang diberi. Diakhir cabaran penganjurkan akan menerangkan secara detail bagaimana pemenang dipilih.
Jangan sesekali putus asa sebelum berusaha sehingga saat terakhir … tatap gambar iPhone 5s di atas untuk menaikan semangat. Sifat orang dahagakan kejayaan tidak akan pernah putus asa atau takut untuk mencuba. Tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia siapa yang tahu. Memang best menggunakan iPhone 5s terutama kepada blogger kerana boleh menambah kualiti menguruskan blog. Tak percaya tanyalah rakan-rakan yang pernah menang contest iPhone dan yang pernah mendapat cabutan bertuah iPhone di Majlis Sepetang Bersama Blogger.
Selamat maju jaya kepada semua peserta cabaran iPhone 5s yang layak ke tugasan ke dua cabaran iPhone 5s.
6,837 Comments
Selamat berjuang kepada 140 blogger yang telah berjaya ke peringkat kedua.
Mrs. A tumpang seronok jer…
Curahan rasa Mrs. A @ ..Comel !!! kenapa ???
Alhamdulillah tugasan kedua cabaran iphone 5s dah bermula hehee. Baru je tau hari ni, tak de la terlambat sangat kan. Senarai penaja terkini dah pun di-update dan banner baru dah ditukar. Good luck semua!
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
Semoga berjaya blogger qtiechan. Sama-sama kita memeriahkan cabaran iPhone 5s ini dan semoga terpilih masuk dalam top 70 nanti. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Sweet September Giveaway by Mellya
Start harini cabaran ni..semoga peserta berjaya!
Seronoknya. Terlepas peluang dah sebab out station. Selamat berjaya kawan-kawan.
Curahan rasa Lobam @ ..Kampung Warisan Muzium Sabah
laa yeke sayang la plak. takpe insya Allah lain kali ade peluang lagi denaihati.com anjurkan segmen syok macam ni lagi kan hee
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
rasanya tugasan kedua nie lebih mencabar dari tugasan pertama.untuk mendapatkan yang terbaik,kenalah usaha yang terbaik jugak kan…all the best ye dan tahniah
Curahan rasa Kisah Si Dairy @ ..WW:My Precious Princess
Ohhh…dah sampai ke tugasan kedua ye… semoga berjaya buat semua peserta….
Curahan rasa zie fauzi @ ..Set Tilam Kekabu Bayi Cantik dan Berkualiti
Hahaha yap dah tugasan kedua dah pun, excited plak nak menang iphone 5s insya Allah. btw thanks 🙂
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
Alhamdulilah
Sujud syukur tersenarai juga
Neves plak kita sebab banyak yang powerful kat sini
Terima kasih kerana sudi memasukkan kita dalam senarai
Curahan rasa Rawlins @ ..Women’s Health : Cervical Cancer and Testimony
waahhhh… sungguh bagus strategi DH. semuanya mendapat win-win benefits.
moga sy diberi kekuatan untuk meninggalkan komen yang bermutu dan berkualiti di blog DH.
Curahan rasa sohoque @ ..Pelakon SuperMokh the Musical Di NU Sentral Mall
betul bro.. semua dapat habuan.. yang penaja dapat backlink.. yang kita ni pun dapat backlink jugak sebab ada link kita terpapar pada setiap komen.. mantap lagi kalau masuk dalam top list kat widget..
Curahan rasa Bistari Corner @ ..Panduan Dan Proses Membeli Rumah
berapa tugasan ek yang ada untuk dapatkan iPhone 5s idaman blogger ni? tertanya-tanya jugak..
Curahan rasa Bistari Corner @ ..Cara untuk Root Asus Zenfone
Tulah.. cabaran dan contest yang paling besar selama 2 tahun berblog. Yang lain semua hebat-hebat!!!! Takut pun ada.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tersenarai dalam contest cabaran iphone 5s blog Denaihati.com
Tahniah semua peserta. Ramai juga yang join ni. 🙂
Curahan rasa Norazizah @ ..Isteri yang sentiasa dara di dalam Al Quran
mau tak ramai.. dapat hadiah iphone 5s kot.. mahal tu.. kalau beli sendiri mau pikir 10-20 kali.. hehehe
Curahan rasa Bistari Corner @ ..Pengeluaran KWSP untuk Beli Rumah
Iya… semua semangat berkobar-kobar. Nak beli sendiri memang taklah atau makan masa yang lama… Jom kita bersaing secara sihat.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Iri
Yang jauh dekat-dekatkan,
Yang dekat dirapat-rapatkan,
Yang baik komen- komenkan,
Yang mahu iPhone 5S usaha-usahakan.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Cabaran Kedua iPhone 5S Sudah Bermula
banyak betul pantun bro.. nama pun dah top 1 dekat widget tu.. ada chance nak ke pusingan seterusnya ni.. good luck bro..
Curahan rasa Bistari Corner @ ..Pengeluaran KWSP untuk Beli Rumah
Hahhah.. pantun yang sesuai dengan situasi semasa.. Jom sama-sama usaha bro kamil salleh..
Insyaallah ada rezeki..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Iri
Salam perkenalan daripada saya,
Moga anda sihat sejahtera,
Jangan lupa komen anda,
Agar tersenarai top 70 ya…
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Cabaran Kedua iPhone 5S Sudah Bermula
banyak sungguh target harus di capai insyallah saya akan mencuba jika tiada aral yang melintang
Curahan rasa suri @ ..DIY Kasut Macam Retis
Rasanya macam tulah suri.. update je ebtry baru pasal cabaran kedua ni… takde dalam syarat tapi nik rasa lebih bagus kita update.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Iri
Alhamdulillah…. Baru slesai update senarai penaja yang terkini. Nasib baik perasan senarai penaja sudah ada yang takde….
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..BPL perlawanan ke-4 Arsenal vs Manchester City
wah laju sungguh kerja sobri mansor hamba sedang memperkemaskan mana yang perlu ubah.terima kasih untuk ingatkan kepada saya dan rakan yang lain
Curahan rasa suri @ ..Panaslah Ayah..Memori Minum Air Dalam Piring, Kasihmu Sejuk Memayung Jiwaku
kita wajib update senari penaja itu pada entri yang kedualah kan? hurm..masih berfikir juga hingga saat ini harap ada sahabat yang boleh berikan saya sedikit pencerahan.terima kasih.
Curahan rasa suri @ ..Gigitan Berair Hymenopetrous Formicidae
untunglah sepantas kilat anda melakukannya semoga berjaya ya sobri mansor kepada sahabat yang lain juga
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kisah Tetamu Allah : Si Ulat Beluncas Kembar
Alhamdulillah..Layak ke pusingan seterusnya..
Ok..keep it up guys!!!Good Luck semua yang layak..
Curahan rasa Bistari Corner @ ..Panduan Dan Proses Membeli Rumah
Sedap sungguh mata memandang,
Sedap lagi tangan memegang,
Buat dulu yang penting,
Moga komen di sini boleh menang.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Cabaran Kedua iPhone 5S Sudah Bermula
Comments are closed.