Assalamualaikum, Salam Hari Malaysia & salam sejahtera, awal pagi 16/9/2016, Abang mendapat perkhabaran sedih Tuan Guru sedang sangat kritikal. Semasa belajar di UKM dahulu sudah mula mengenali beliau, insan hebat sangat merendah diri dan berakhlak mulia. Tuan Guru sebenar yang telah mengajar entah berapa ramai murid tak terbilang dengan jari.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un
Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah kembali ke rahmatullah di Hospital Stanford University Amerika Syarikat. Semoga Allah swt mencucuri rahmat-Nya dan mengampuni Almarhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang soleh.
Dunia kehilangan seorang lagi ulama yang tiada gantinya.
Jenazah Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars, 1761 Laughlin Road, Livermore, California, Amerika Syarikat. Jenazah Allahyarham Haron, 76, disemadikan pada pukul 5.57 petang Jumaat waktu tempatan (8.57 pagi Sabtu waktu Malaysia) selepas selesai solat jenazah yang diimamkan anaknya, Hamdi di Masjid An Noor Santa Clara, San Francisco.
Kira-kira 5,000 jemaah hari ini menyertai solat jenazah ghaib untuk Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Dr Haron Din yang meninggal dunia semalam. Solat jenazah ghaib itu diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah diimamkan oleh cucu arwah, Hakeem Hamdi, 17 tahun.
Al Fatihah
Abang Denaihati
Denaihati.com
24 Comments
Tanda-tanda kiamat. Nabi kata Allah akan mencabut ilmu bukan dengan mencabutnya terus dari dada. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan mematikan ulama.
Ulama bersemadi bersama dengan ilmunya yang tidak diwarisi. Akhirnya tinggallah manusia yang jahil belaka.
Curahan rasa Perawat Sihir @ ..Bagaimana Mengembalikan Sihir?
Allah s.w.t mematikan para ulama kerna apa yang dibawa oleh mereka itulah apa yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w . Ditariknya ilmu itu oleh Allah s.w.t dengan cara mematikan para ulama kerana mereka membawa risalah dan kefahaman apa yang ditinggalkan oleh Nabi iaitu Al-Quran dan Sunnah..
https://globalthinkersconsultancy.blogspot.my/
Perginya seorang ulama yang tak pernah kedekut ilmu. Semoga rohnya di cucuri rahmat , insyallah.
Curahan rasa Supernifz @ ..Up & Down
innalillahi wa inna ilaihi rooji`uun. Perginya seorang tokoh dan ulama hebat. Moga ALlah ruhnya dirahmati Allah dan ditempatkan di kalangan solehin..
Curahan rasa Oja Samid @ ..Bahaya Scrub Muka Dipakai Terlalu Kerap | Pencuci Muka Yang Bagus
takziah kepada keluarga TGHD. Semoga beliau ditempatkan di kalangan kekasih Allah.
Curahan rasa Raihanah @ ..Vivix Dan Penyakit Berkaitan Neuro
hilang seorang lagi tokoh yang hebat.
hanya doa anak anak dan segala amal tinggalnya yang menjadi saham untuk dibawa ke sana
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..14 Perkara Yang Anda Boleh Buat Kalau Anda Ke Perth
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un . Al Fatihah buat Allahyarham Dato Dr. Harun Din. Beliau seorang Tokoh Islam yang banyak berjasa dalam memberi sumbangan terhadap pembangunan agama. Takziah terhadap ahli keluarga Allahyarham.
Curahan rasa Abg Aiskrim @ ..Abang Aiskrim Jadi Duta OneXox Pulak
besar jasa arwah.. semoga mendapat tempat sebaik baiknya di akhirat. al fatihah
Curahan rasa nikkhazami @ ..ULASAN FILEM: Train To Busan
DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Semoga pemergian kita kesana kelak… turut sama membawa bekal kebaikan yang sarat..
Curahan rasa yangbaik @ ..Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un, sebak rasa hati,
“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka diantara mereka ada yang gugur . Dan diantara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah (janjinya)”. Maka allah memberi balasan pahala kepada golongan siddiqin yang bersikap benar, dan allah memberikan azab kepada orang yang munafik jika ia kehendaki atau mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..” [ Ahzab ayat 23-24]
Semoga kita semua dapat mengotakan janji kita sebagai seorang muslim. Amin.
Curahan rasa Ubat Kuat Lelaki Gambir Emas @ ..Gambir Emas Performance Gel 4 in 1
Kita kehilangan seorang ulama yang hebat dan terbilang, sukar dicari ganti dengan kepakaran beliau dalam ilmu perubatan Islam.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..10 Tip Beli Barang Online
Salam…. Al-Fatihah buat Tuan Guru Datuk Harun Din yang telah pergi ke rahmatullah. Moga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
Takziah buat keluarga beliau.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..10 Tip Beli Barang Online
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un …al fatihah kepada pemergian ulamak kita Dato Dr. Harun Din segala jasa dan sumbangan beliau kita patut kenang .
Curahan rasa lokmanamirul @ ..Pentingkah blogwalking bagi seorang blogger?
Al Fatihah.. semoga arwah tuan guru Haron Din ditempatkan dalam golongan para Syuhada..
Curahan rasa anuar @ ..7 Kerja Part Time PALING HOT yang Boleh Dilakukan dari Rumah
Jasa tuan guru pasti akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia, terutamanya dalam ilmu perubatan Islam…
Curahan rasa anuar @ ..7 Kerja Part Time PALING HOT yang Boleh Dilakukan dari Rumah
Hilanglah sebutir lagi permata ilmuwan Islam yang disegani dan dihormati ramai. Pemergiannya sangat dirasai oleh umat Islam
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kenapa Air Kencing BERBUIH? Normal atau Tanda Penyakit?
innalillahi wainna ilaihirujiun..semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh..aminnn
Curahan rasa zara @ ..5 Senaman Yang Anda Boleh Lakukan Sambil Bersantai Di Rumah
Comments are closed.