Tribe Denaihati Network di Triberr update

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah sejak tribe Denaihati Network dilancarkan setelah ada yang keluar dan masuk sehingga hari ini jumlah ahli adalah 59 daripada 64 slots dengan jumlah pencapaian seramai 61,820 ahli twitter. Kehadiran tribe Denaihati Network sedikit sebanyak telah membuka mata ramai rakan blogger tentang kehadiran Triberr.com. Triberr.com yang diperkenalkan oleh Blogger Ariffshah beberapa bulan yang lepas hanya diketahui sebilangan kecil rakan blogger sahaja mula menjadi bahan perbahasan antara rakan blogger.

Kehadiran tribe Denaihati Network telah menimbulkan berbagai reaksi dikalangan rakan blogger ada yang suka, ada yang tak suka, ada yang menentang, ada yang dah masuk keluar tanpa meninggalkan sepatah  pesan dan ada juga yang nak keluar tapi takut aku berkecil hati. Hasilnya beberapa rakan blogger telah membuat review triberr Bahasa Melayu yang sebelum ini memang tidak kelihatan. Antara review yang bagus dari Blogger AffanRuslan bertajuk “Analisa Triberr.com : Antara Kelebihan dan Kekurangan” dan Blogger Ariffshah bertajuk “Spam Dari Triberr & Cara Mengatasinya“.

Terima kasih yang follow

Sebagai Chief tribe Denaihati Network tak banyak yang aku boleh buat untuk mengawal jumlah tweet tetapi chief boleh menentukan blogger mana yang boleh join tribe. Ada yang kata tribe ini sesuai untuk niche yang sama contohnya cerita gadget untuk kaki gadget, cerita resipi masakan untuk yang minat masak je dan mungkin cerita agama untuk mereka yang cari ilmu agama je. Mungkin tak salah dalam tribe Denaihati Network ada berbagai Gengren kerana kita pun nak tahu cerita gadget terbaru, resipi masakan yang sedap-sedap, ilmu agama, berita teknologi terkini dan sebagainya. Aku bersetuju dengan Affanruslan tidak sesuailah untuk entri yang tak senonoh dan Ariffshah yang tidak suka dengan entri berbayar.

Rakan tribe Denaihati Network risau kerana berlaku lambakan tweet kepada ahli twitter mereka terutama yang ada jumlah twitter follower yang sedikit. Sebenarnya kuasa mengawal tweet ini ada pada ahli triberr itu sendiri dan bukan pada Chief.

1. Mengawal kekerapan tweet : Account > Content Setting > Maximum frequency you’ll share tribemates posts?  > Tukar ke minit yang sesuai mungkin 10/20/30/40/60 minit.

2. Mengawal entri yang kurang sopan : Account > Content Setting > Share tribemates posts that contain explict words? > OFF (mungkin lebih berkesan untuk banhasa Inggeris)

3. Mengawal entri sendiri : Account > Content Setting >Share my posts on my own Twitter stream? > OFF

Content Setting yang boleh dikawal oleh member triberr.

4. Mengawal entri terpilih sendiri : Home > My Stream > Klik Pause untuk mana entri yang tak nak tweet lagi.

Warna merah tanda entri tersebut pause tweet

Klik graf pai hujung entri untuk lihat statistik tweet.

Seperti kata Syazwansarawak dalam entrinya “Buat Rakan Triberr dan Aku Sendiri” bahawa potensi Triberr tu sangat besar, terpulang pada diri masing-masing untuk sama-sama memaksimakan faedah yang boleh didapati daripada servis ni. Yang penting kita kena faham apa itu Triberr jadi kena rajin baca Triberr FAQ. Kalau Triberr.comm tak bagus masakan Ruhani Rabin king of Malaysia Social Network mempunyai network sebesar ini.

Nak kena belajar macam mana dia manage ni

Nota dari dashboard tribe Denaihati Network : Setiap blogger ada prinsip dan mungkin sebelum ini tak berapa faham sangat triberr ni apa bila dah faham tak sesuai.Kepada rakan tribe DH yg rasa nak menarik diri no hard feelling just say tqvm before leaving. Untuk menjadi sesuatu network itu sukses memang akan melalui proses pematangan itu biasa. (Ahli tribe diminta selalui login untuk berita terkini dan boleh bertanya berbagai soalan yang dijawab oleh rakan-rakan yang lain).


Spread the love

57 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!