Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah sejak tribe Denaihati Network dilancarkan setelah ada yang keluar dan masuk sehingga hari ini jumlah ahli adalah 59 daripada 64 slots dengan jumlah pencapaian seramai 61,820 ahli twitter. Kehadiran tribe Denaihati Network sedikit sebanyak telah membuka mata ramai rakan blogger tentang kehadiran Triberr.com. Triberr.com yang diperkenalkan oleh Blogger Ariffshah beberapa bulan yang lepas hanya diketahui sebilangan kecil rakan blogger sahaja mula menjadi bahan perbahasan antara rakan blogger.
Kehadiran tribe Denaihati Network telah menimbulkan berbagai reaksi dikalangan rakan blogger ada yang suka, ada yang tak suka, ada yang menentang, ada yang dah masuk keluar tanpa meninggalkan sepatah pesan dan ada juga yang nak keluar tapi takut aku berkecil hati. Hasilnya beberapa rakan blogger telah membuat review triberr Bahasa Melayu yang sebelum ini memang tidak kelihatan. Antara review yang bagus dari Blogger AffanRuslan bertajuk “Analisa Triberr.com : Antara Kelebihan dan Kekurangan” dan Blogger Ariffshah bertajuk “Spam Dari Triberr & Cara Mengatasinya“.
Sebagai Chief tribe Denaihati Network tak banyak yang aku boleh buat untuk mengawal jumlah tweet tetapi chief boleh menentukan blogger mana yang boleh join tribe. Ada yang kata tribe ini sesuai untuk niche yang sama contohnya cerita gadget untuk kaki gadget, cerita resipi masakan untuk yang minat masak je dan mungkin cerita agama untuk mereka yang cari ilmu agama je. Mungkin tak salah dalam tribe Denaihati Network ada berbagai Gengren kerana kita pun nak tahu cerita gadget terbaru, resipi masakan yang sedap-sedap, ilmu agama, berita teknologi terkini dan sebagainya. Aku bersetuju dengan Affanruslan tidak sesuailah untuk entri yang tak senonoh dan Ariffshah yang tidak suka dengan entri berbayar.
Rakan tribe Denaihati Network risau kerana berlaku lambakan tweet kepada ahli twitter mereka terutama yang ada jumlah twitter follower yang sedikit. Sebenarnya kuasa mengawal tweet ini ada pada ahli triberr itu sendiri dan bukan pada Chief.
1. Mengawal kekerapan tweet : Account > Content Setting > Maximum frequency you’ll share tribemates posts? > Tukar ke minit yang sesuai mungkin 10/20/30/40/60 minit.
2. Mengawal entri yang kurang sopan : Account > Content Setting > Share tribemates posts that contain explict words? > OFF (mungkin lebih berkesan untuk banhasa Inggeris)
3. Mengawal entri sendiri : Account > Content Setting >Share my posts on my own Twitter stream? > OFF
4. Mengawal entri terpilih sendiri : Home > My Stream > Klik Pause untuk mana entri yang tak nak tweet lagi.
Klik graf pai hujung entri untuk lihat statistik tweet.
Seperti kata Syazwansarawak dalam entrinya “Buat Rakan Triberr dan Aku Sendiri” bahawa potensi Triberr tu sangat besar, terpulang pada diri masing-masing untuk sama-sama memaksimakan faedah yang boleh didapati daripada servis ni. Yang penting kita kena faham apa itu Triberr jadi kena rajin baca Triberr FAQ. Kalau Triberr.comm tak bagus masakan Ruhani Rabin king of Malaysia Social Network mempunyai network sebesar ini.
Nota dari dashboard tribe Denaihati Network : Setiap blogger ada prinsip dan mungkin sebelum ini tak berapa faham sangat triberr ni apa bila dah faham tak sesuai.Kepada rakan tribe DH yg rasa nak menarik diri no hard feelling just say tqvm before leaving. Untuk menjadi sesuatu network itu sukses memang akan melalui proses pematangan itu biasa. (Ahli tribe diminta selalui login untuk berita terkini dan boleh bertanya berbagai soalan yang dijawab oleh rakan-rakan yang lain).
57 Comments
Apa sebenarnya ni bro? aplikasi untuk urus twitter ker? atau nak dapat pengikut twitter?
Curahan rasa Steward John @ ..How to monetize your blog | Earn with Nuffnang
Tribber ini adalah network twitter dimana setiap ahli yg join akan bantu tweet setiap entri ahli kepada twitter follower masing2. Maknanya kalau kita ada 500 twitter follower setelah join tribe ini entri kita akan di tweet kepada puluhan ribu ahli twitter.
Curahan rasa denaihati @ ..Perodua Myvi baru 1.5 Extreme Majestic Yellow
Macam tiada pun button nak signup.. apa2 pun sedang dalam usaha nak tambah follower twitter.. Nak cakap 10k.. tak pe kalau makan masa sampai bertahun.
Curahan rasa Steward John @ ..Alamat Rumah Cikmin?
Follower twitter saya tidak bisa nambah bro…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daun Gandarusa, Kontrasepsi Untuk Pria
Mungkin aja bang iwan sudah add melebihi had yang ditetapkan
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
masih ada slot kosong tak bro? nak join network under DH boleh tak lagi.. hehe
Curahan rasa Zaid @ ..Tengah layan kuih muih yang bebudak…
Salam bro! Boleh join lagi ke??
.
Curahan rasa Fitrihadi @ ..(Video) Semarakkan Kemerdekaan Dengan Lagu Malaysian Boy Yang Gempak!
Nak join jugak dah bagi dah twitter, tapi takde invitation pun
Curahan rasa BloggerHowtt @ ..Pelaburan Yang Menguntungkan $$$
sejak join nih, memang meletop blog sy..aha
Curahan rasa lAl @ ..Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak tweet?
Alamak, itu yang nak dengar tu.. traffic melimpah2
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
Wah baru pernah denger tuh. Btw thanks ya infonya.
nak join gak huhu
triberr? banyak rupanya yg saya ketinggalan sejak lama menyepi dr dunia blog … 🙁
Curahan rasa Acik @ ..Photoscape Hasilkan Banner Blog yang Cun
saya dah join tribber bro,tapi akaun lama masih lagi aktif
Curahan rasa wazy @ ..Wordless Wednesday #8 : Google Plus
Aku sekarang ada dalam 3 tribe. Blogger Malaysia, Denaaihati dan Mariuca.
Curahan rasa Denaihati @ ..Wordless Wednesday #9 : Pagerank Update lagi?
owhh banyak jugak tu
Curahan rasa wazy @ ..Sujudlah Kepada Penciptamu
Pasti Network semakin berkembang.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daun Gandarusa, Kontrasepsi Untuk Pria
Maaf bro DenaiHati terpaksa menarik diri kerana tidak sentiasa dapat mengawal entri walaupun telah diset tapisan dan jarak masa Tweeter sebab bukan sentiasa mengawasi skrin dashboard Twitter.
chief tribber mengolah lagi.. 🙂
memang ada pro & kontra tapi pro tu dari manfaat tribber tu sendiri.. win-win.. kontra tu kalau blog yg update sehari 10 kali sy pening gak nak jawab kat member2 yg tengok timeline duk RT blog yg sama je.
sekarang dah tukar setting..memg potensi tribber ni leh berkembang lagi..
so far masih 1 tribe je yg br join. tribber DH masih ada kekosongan x?
Curahan rasa ekspresiruang @ ..The Watson Table: Inspirasi Paul Loebach Daripada Struktur DNA
haa kan bagus macam ni, kalau tak menyepam..haha
haaaa ok dah jelas dgn tutorial nie, nak aktifkan blk akaun twitter tu. thanks 😀
Curahan rasa yanmie @ ..Live Blog : Urusan Rasmi Di Pejabat Pendaftaran Negara (JPN)
Comments are closed.