Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 2013 dan 2014 adalah tahun yang agak mencabar untuk blog Denaihati apabila domain Denaihati.com di ban oleh Facebook. Ramai pembaca yang kecewa apabila tidak dapat berkongsi entri dengan kawan-kawan facebook mereka. Hikmatnya lahirlah domain https://denaihati.com.my yang telah digunakan untuk perkongsian di sosial media. Kalau tanya kenapa kena ban, aku pun tak ada jawapan kerana semua email kepada Facebook tidak berjawab. Berbagai usaha telah dilakukan sehingga telefon terus kepada Facebook Singapore tetap tiada penjelasannya. Berbagai teori yang keluar tetapi semuanya tetap jadi misteri. Alhamdulillah November 2014 bulan yang sangat mengembirakan apabila Facebook tidak lagi ban domain Denaihati.com .. syukur kepada ALLAH.
Kenapa kisah apabila URL blog Denaihati kena ban oleh Facebook? Sebabnya sudah tentu ianya mempengaruhi jumlah trafik yang masuk ke blog kerana kuasa viral facebook sangat besar. Ujian itu adalah nikmat walaupun bermasalah dengan Facebook trafik blog Denaihati tetap meningkat lebih baik berbanding trafik blog 2013 tetapi masih tidak dapat menandingi kehebatan trafik blog 2012. Apa pun syukur kerana masih ramai pembaca yang yakin dengan blog Denaihati walaupun ada yang lari merajuk membawa diri.
Jumlah Trafik 2014
- Unique Visitors : 4,898,192
- Number of visits : 7,741,976
- Pageviews : 12,382,530
Kompisisi Trafik 2014
2014 memang tahun manis untuk blog Denaihati seperti tercatat dalam entri “2014 yang indah dalam kenangan” menjadi cabaran untuk bekerja lebih kuat untuk pencapaian yang lebih baik pada tahun 2015. Antara kenangan termanis selain mendapat anugerah MSMW adalah apabila trafik blog melonjak sehingga keangka 170k dalam sehari yang tidak pernah termimpi ketika awal menjadi blogger pada 2008. 10 entri trafik tertinggi ini adalah penyumbang terbesar kepada trafik keseluruhan blog untuk tahun 2014 dengan 10 carian keywords yang berbeza-beza.
Kali pertama menulis entri pertama pada 13/7/2008 tidak pernah terbayang pencapaian blog Denaihati akan sampai ketahap ini. Cabaran untuk meneruskan momentum pada tahun 2015 pasti lebih hebat untuk memastikan ianya bukan sekadar sebuah blog tetapi menjadi gedung ilmu yang bakal menjadi rujukan bukan sahaja PU Azman malah untuk insan seluruh alam.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung samada Team Denaihati, Rakan Blogger, Pembaca Setia, Penaja, Pengiklan, Rakan Sosial Media, Media Massa dan tidak dilupakan Keluarga yang sentiasa memberi sokongan. ALLAH juga yang akan membalasa jasa kalian.
Sudikan pasang aplikasi Denaihati di smartphone iOS atau Android anda untuk membaca entri terkini.
183 Comments
Wahh tinggi nye statistik GA.
Disebaliknya pasti usaha keras yang tak kenal penat.
Tahniah denai hati.
Anda juga salah satu sumber rujukan saya untuk membuat entry dan mecari sebarng informasi.
Selamat tahun baru.
Curahan rasa Azeni Ahmad @ ..Mengapa Sukan Memanah, Berkuda dan Berenang Antara Sukan Paling Bagus Daripada Bola Sepak?
bukan mudah untuk dapatkan trafik yang begini perlu bijak mencuri hati pembaca supaya tertarik untuk membaca entry yang seterusnya
Curahan rasa iuzira @ ..pelayaran islamic pertama di dunia
Untuk mendapat trafik sebegini ini kalau jalan solo rasanya tak mampu aku lakukan….masih jauh perjalanan berblog. kalau tidak dapat trafic macam blog denaihati dapat dalam 10% pun aku rasa dah cukup bertuah.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Selamat Tahun Baru 2015
Perghh bertiang-tiang blog saya kena tinggal … hebat .. ramai pengikut blog ni … page pun cecah juta follower dah.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Trafik Blog 2.5 Juta Pageviews 2014
Tahniah team denaihati.. Pencapaian yg sgt membanggakan.. Semoga tahun ini semakin bertambah maju ke hadapan
Curahan rasa Syuhada salleh @ ..Tonton Online Manisnya Cinta di Cappadocia (2014)
Selamat melangkah ke tahun baru 2015, semoga blog Denaihati terus maju dimasa-masa akan datang. 😉
Curahan rasa Nurizan @ ..Peluang Melancong Percuma Sophie Paris 2015
memang terbaiklah warga denaihati…semoga tahun 2015 mendapat lebih kemajuan dalam pelbagai bidang
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs Asus Pegasus
ijin numpang lapak link. gan.. http://www.detexsi.com. selamet tahun baru ajah..
Curahan rasa dafa @ ..Beberapa bahan alami buat toner wajah.
tahun 2015 merupakan tahun mencabar….semoga dipermudahkan segala urusan berkaitan blog….
Curahan rasa Asraff Ruslan @ ..Pesawat AirAsia Indonesia QZ7633 Alami Masalah Teknikal
semoga tahun 2015 akan memberikan sinar yang lebih gemilang kepada semua blogger…..
Curahan rasa Berita Semasa Online @ ..Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 15 Januari 2015
tahun 2015 pengguna mobile akan miningkat lebih tinggi berbanding tahun 2014..so website kene mobile friendly 🙂
Curahan rasa Vimax Malaysia Original @ ..Vimax 3D Izon Hologram
tahniah denaihati semoga terus maju dan maju.
suke sgt baca artikel-artikel yang dishare oleh denaihati. terima kasih byk byk
Curahan rasa Leyha @ ..Homestay Ayer Keroh : Homestay Saadiah FULLY AIRCOND
Tahniah tuan, semoga tuan akan terus maju di masa depan.
Curahan rasa daddydee @ ..Impian Untuk Miliki Perpustakaan Mini dan Small Office
paparan di mobile lebih tinggi dari personal komputer, ramai pengguna prefer cara ini untuk melawat blog denai hati.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Komen Azizi Ali Tentang Belian Emas Berdiskaun
aah btul tgk kat mobile senang. lagipun zaman sekarang ramai browsing pakai mobile phone je hehehe
Curahan rasa Leyha @ ..Homestay Ayer Keroh : Homestay Saadiah FULLY AIRCOND
Betul.. Sebab jarang dapat online di laptop.. Di hp la yg slalu online pon..
Curahan rasa Syuhada salleh @ ..Tonton Online Manisnya Cinta di Cappadocia (2014)
bukan senang nak jadi mcm DH ni. bnyak cabarannya. kena banyak berkorban dan mula dari bawah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Pengalaman Banjir Kelantan 2014
setuju dengan kata-kata nik. memang bukan mudah kan. semua bermula dari bawah.
insyaAllah kita belajar dari DH
Curahan rasa Leyha @ ..Homestay Ayer Keroh : Homestay Saadiah FULLY AIRCOND
Comments are closed.