Top 20 Orang Paling Kaya di Malaysia 2013

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, senarai 20 orang paling kaya di Malaysia 2013 telah dikeluarkan oleh Majalah The Malaysian Insider berdasarkan aset pegangan syarikat pada 20/1/12. Tan Sri Syed Mokthar Al Bukhary kekal sebagai individu Melayu paling kaya dengan jumlah aset RM6.01 billion (2010), RM8.84 billion (2011),  RM9.53 billion (2012) kepada RM10.60 billion pada tahun 2013. Kedudukan Tan Sri Mokhtar keseluruhan top 20 orang paling kaya di Malaysia kekal di tangga ke lima keseluruhan.

Tan Sri Robert Kuok kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM46.1 billion naik 0.88% berbanding jumlah aset beliau pada tahun 2012. Tan Sri Ananda Krisnan juga kekal sebagai orang kedua paling kaya di Malaysia dengan kekayaan berjumlah RM32.904 Billion.

Top 20 Orang Paling Kaya di Malaysia 2013

Mengikut biografi semua orang terkaya di Malaysia kejayaan yang mereka kecapi sekarang hasil kerja kuat, disiplin dan tidak takut gagal. Walaupun telah mengumpul berbillion ringgit mereka terus bekerja kuat menyediakan peluang pekerjaan kepada beratus ribu rakyat Malaysia. Mereka juga bukan seorang yang banyak cakap tetapi memberi motavasi melalui hasil kerja dan kejayaan mereka.

Senarai 20 Orang Paling Kaya di Malaysia 2012.

BIL
NAMA
KEKAYAAN
(RM BILLION)
SYARIKAT
1
Robert Kuok Hock Nien
46,100.00
Kerry Group / Kuok Group
2
T Ananda Krishnan
32,904.28
Usaha Tegas
3
Tan Sri Teh Hong Piow
13,734.25
Public Bank
4
Tan Sri Quek Leng Chan
11,090.00
Hong Leong Group
5
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
10,600.00
Al-Bukhary Foundation
6
Tan Sri Lee Shin Cheng
10,557.48
IOI Group
7
Tan Sri Lim Kok Thay
8,120.57
Genting Group
8
Puan Sri Lee Kim Hua
7,235.44
Genting Group
9
Tan Sri Tiong Hiew King
6,346.53
Rimbunan Hijau
10
Ong Beng Seng
4,016.40
Hotel Properties Ltd
11
Tan Sri Azman Hashim
3,840.00
Arab-Malaysian Corp
12
Tan Sri Yeoh Tiong Lay
3,467.13
YTL Group
13
Datuk Mokhzani Mahathir
2,669.11
SapuraKencana Petroleum
14
Tan Sri Vincent Tan
2,256.08
Berjaya Group
15
Datuk Desmond Lim
1,869.20
Pavilion REIT
16
Datuk Lee Yeow Chor
1,742.47
IOI Group
17
Lee Yeow Seng
1,699.14
IOI Group
18
Tan Sri Lau Cho Kun
1,697.84
Hap Seng Consolidated
19
Datuk Shahril Shamsuddin
1,642.22
Sapura Group
20
Datuk Shahriman Shamsuddin
1,641.03
Sapura Group

 

Hampir semua orang kaya yang tersenarai ini mempunyai sifat pemurah yang mempunyai yayasan dengan menyumbang jutaan ringgit untuk kepentingan masyarakat dan kumpulan yang memerlukan. In shaa Allah eQurban Resources sedang bekerjasama dengan Yayasan Al Bukhary untuk membina sebuah sekolah vokasional di Kemboja .. doakan kejayaan kami.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia membina kerjaya berjaya dari rumah!!! Klik Sini

Rahsia Menambah Pendapatan dengan Menulis! Klik Sini

Rahsia sedekah membuka pintu rezeki! Klik Sini[/box]

Jangan melihat berapa banyak kekayaan mereka tapi belajar bagaimana mereka bersusah payah mencapai ketahap ini. Tidak mustahil Blogger menjadi jutawan seperti Blogger Jutawan dunia.

106 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!