Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Ariff Shah tuan punya blog.ariff Blogger Malaysia semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Sebelum ini sudah beberapa kali Ariff Shah menjadi penulis jemputan antaranya entri “Google Page Rank 2011” dan “7 Perkara Setiap Blogger Perlu Tahu“. Rakan Blogger selamat membaca :
Ramai yang selalu bertanya, theme apa yang paling sesuai kalau bertukar ke WordPress. Walaupun pada asalnya, kriteria memilih theme ni terlalu banyak seperti jenis layout (magazine atau blog), bilangan sidebar dan sebagainya, tapi pada pendapat aku, theme yang paling mudah digunakan untuk pengguna baru WordPress Twenty Eleven.
Theme Yang Ringan & Laju
Website laju adalah standard masa kini. Kalau tak laju, berkemungkinan besar site anda akan dilupakan oleh Google dan mungkin juga pembaca setia anda. Standard SEO pada masa kini sangat menitikberatkan kelajuan dan saiz laman web yang diload ke dalam browser.
Setelah betukar ke Twenty Eleven, loading time untuk blog.ariff berkurangan sebanyak 3 kali ganda. Ini jelas terbukti melalui maklumat Performance yang didapati daripada Google Webmaster tools seperti di bawah:
Rupa Yang Menawan
Kalau tengok 2011 yang asal pun sebenarnya dah memang cantik. Cuma layout asal Twenty Eleven tidak mempunyai sidebar pada single.php. Tapi itu bukan masalah kerana sekarang ni banyak dah child theme Twenty Eleven yang menyediakan sidebar serta stying yang lebih kemas dan cantik.
Untuk pengetahuan semua, penggunaan child theme adalah sama sahaja dengan penggunaan theme WordPress yang lain. Anda hanya perlu memasukkan file theme tersebut dalam folder Themes untuk blog anda, ataupun install terus zip file theme tersebut dalam WordPress.
Ini adalah senarai child theme Twenty Eleven yang aku jumpa melalui carian Google. Paling penting, semua child theme yang disediakan adalah percuma.
Timeline WP. Theme ini direka berdasarkan rekabentuk baru Facebook timeline. Didatangkan bersama Facebook comments, Like dan Send buttons yang biasanya perlu diletakkan sendiri pada theme-theme lain. Rekabentuk yang unik dan fresh.
NomNom. Antara yang terbaik dan comel. Tak percaya? Tengok blog.ariff sendiri. Cari designer yang boleh buatkan banner dengan murah dan cantik, blog korang akan jadi cantik.
dan lain-lain lagi seperti Silver dan Paper.
+ Plugin Asas Untuk Pengguna Baru WordPress
Pembaca ramai membincangkan tentang plugin penting yang diperlukan untuk sesebuah blog WordPress serta bilangan plugin yang sesuai. Sebenarnya bilangan plugin tu tak penting, yang penting adalah kualiti plugin yang digunakan.
Ada plugin yang tidak dikod dengan betul sehingga menyebabkan kebocoran keselamatan blog WordPress. Disebabkan risiko penggunaan plugin yang tidak dikod dengan betul inilah ramai web developer menasihatkan supaya mengurangkan penggunaan plugin. Mencegah lebih baik daripada merawat, betul tak?
Antara plugin yang boleh digunakan selepas memasang WordPress adalah:
- W3 Total Cache – All in one caching solution. Paling baik gunakan satu cache plugin sahaja.
- Contact Form 7 – Sekiranya perlu contact form.
- WordPress SEO – All in one SEO plugin. Lengkap.
- WP-Page Navi – Untuk menambahkan pagination dengan mudah.
- WP-Touch – Mobile theme penting. Sekarang semua orang baca blog guna smartphone.
- Ad Injection – Paling mudah untuk masukkan pelbagai jenis ads dimana jua dalam blog.
217 Comments
new blogger jugak…wp of course…dh tukar theme tu..hehe
good info…aku dah lama guna wordpress,tapi masih byk aku perlu belajar…huhu
Curahan rasa sollehahn @ ..Lawak Dunia IT Versi 2.0
belum smp seru agi nak pakai wordpress…:)
Curahan rasa aibat @ ..Man Utd vs Liverpool Live
bagus nih utk para blogger
sepakara lagi, saya nak minta bantu. tolong ajarkan saya macam mana nak wujudkan link pada entry. maksud saya, nak wujudkan link dari mana kita dapat sumber yang kita nak post kat blog kita.misalkan, saya nak copy paste sesuatu yang menarik dari blog denaihati.com. link untuk ke blog denaihati tu tak ada. cuma yang ada ialah, perkataan denaihati.com sahaja. harap ada yang sudi bantu saya.
Curahan rasa watful @ ..Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…
perkara paling asas tu. cuba cuba cari bahan bacaan untuk html. mudah je sebenarnya
Curahan rasa ariff @ ..Pemandangan Indah Musim Luruh Di Tsaritsino (20 Gambar)
saya salah sorang yang menggunakan wordpress. saya merasakan blog saya tu masih terlalu banyak yang kurang, maklumlah, saya ni masih terlalu baru lagi dalam dunia berblogging ni.
Curahan rasa watful @ ..Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…
belum biasa lagi…
Curahan rasa yangbaik @ ..Perjalanan yang lalu menghitung hari muka
tips yang bagus dan berguna, namun perkara yang paling penting ialah isi atau content blog post. jika sekadar buat blog lepas tu malas nak update sampai bila pun blog tak akan kemana jadi nya…….jadi rajin-rajinlah update blog post supaya setiap pengunjung akan merasa tertarik terhadap apayang dipaparkan….insyaalllah..
Curahan rasa Syarih @ ..Ketenangan Senja Di Kuala Kedah.
Dalam banyak2 plugin tu, lagi tertarik dengan WP-Touch, Yer la semakin ramai yang ada smartphone sekarang ni.. Kalau jalan2 dekat luar pun boleh access blog guna benda tu jer.. bayangkan kalau blog tak support benda tu.. Agaknya blog DH pun dah lama guna benda tu sebab pernah access guna mobile ari tu
saya masih tak pandai nak masukkan plugin ni dlm WP saya…
Curahan rasa manmala @ ..PC Tewas Kepada IPad Dan Telefon Pintar
search plugin tu dalam wordpress, then click install. tak payah download zip file.
Curahan rasa ariff @ ..Pemandangan Indah Musim Luruh Di Tsaritsino (20 Gambar)
tips ty bgus…bleh diamalkan
nice info, baru jejakkan kaki guna wordpress..tq
Curahan rasa Ilhamix90 @ ..Web – Domain Dot Com PERCUMA | Miliki Web Sendiri
sama2 belajar …
Curahan rasa manmala @ ..PC Tewas Kepada IPad Dan Telefon Pintar
1st time dengar Ad Injection… nak cubalah
Curahan rasa Mus @ ..Kebiruan Air Laut Dan Keputihan Pantai Rang Bulan, Kota Belud
Tips yang sangat bagus. Rasanya ramai yang tak tau ni, termasuk la AI. Tq Denaihati & Ariff Shah.
Curahan rasa Ahmad Ijat @ ..Tips Jimatkan Pinjaman Kereta
yg memberi akan lebih byk manfaatnya diterima…
Curahan rasa manmala @ ..PC Tewas Kepada IPad Dan Telefon Pintar
Tips yang sangat berguna walaupun dah lama guna WP. Kalau dapat nak juga mintaDenaihati & Ariff Shah kritik blog Kak Long sambil masuk peraduan Tulis dan Menang Hadiah penginapan Percuma dan Wang Tunai.
Curahan rasa Kak Long Mawar Merah @ ..Menangi Hadiah Penginapan Percuma dan Wang Tunai dalam Peraduan Tulis dan Menang di mawarmerah2008.com
Comments are closed.