Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Tips menjadi blogger sempurna“. Kali ini Abang nak berkongsi tips menjemput rezeki yang berganda-ganda.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Kekadang terasa yang kita sangat hebat. Atas usaha kita maka kita jadi pandai, atas usaha kita maka kita jadi terkenal, atas usaha kita maka kita jadi kaya, pendek kata kita merasa kehebatan kita kerana usaha kita seratus peratus.
Sebenarnya semua rezeki samada pandai, terkenal, kaya, bahagia dan sebagainya hanya datang daripada satu sumber sahaja seperti maksud ayat 24 surah Saba.
Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): “Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?” Terangkanlah jawabnya: “Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik – (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata “.
Kawan-kawan Abang ramai yang minat berniaga cuma ketakutan mereka adalah rugi. Untung dan rugi adalah resam dalam bisnis. Rugi mengajar kita untuk memperbaiki sistem perniagaan yang kita lakukan. Untung mendidik kita untuk menguruskan kewangan supaya duit boleh buat duit, bukan berbelanja untuk menunjuk kemewahan.
Kalau nak untung sahaja tanpa rugi dalam berniaga, boleh tetapi mesti kena ikut nasihat yang telah diberi seperti maksud ayat 29 surah Fatir
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;
Pernah tak kawan-kawan cakap pada kita, nak makan pun kena usaha walaupun makanan sudah terhidang depan kita. Makanan tak boleh masuk dalam mulut ke perut kalau tidak disuap dengan tangan ke mulut.
Dalam Al Quran berulang-ulang kali disebut, untuk berjaya manusia mesti berusaha antaranya maksud ayat 10 surah Fatir.
Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.
Berusaha, berusaha dan berusaha jangan pernah kecewa dengan ujian TUHAN untuk nikmat yang terindah.
Semuga TUHAN sentiasa memelihara hidayah kepada kita hambanya yang sangat lemah tiada berkuasa, dan semuga TUHAN sentiasa menjadikan kita antara hambanya yang beribadah ibarat esok kita akan mati dan bekerja bersungguh-sungguh bagaikan kita akan hidup seribu tahun lagi.
Redha TUHAN yang kita cari.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaisell (kedai online kami)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
74 Comments
tAMBAHAN JUGA DISERTAI DOA KARENA USAHA TANPA DOA JUGA AKAN SIA SIA, DENGAN BERDOA KITA JUGA SEKALIGUS BERIBADAH KEPADANYA.
Curahan rasa Blog TU @ ..INFO LOWONGAN KERJA PT. PAMA PERSADA NUSANTARA MEI 2015
“Pernah tak kawan-kawan cakap pada kita, nak makan pun kena usaha walaupun makanan sudah terhidang depan kita. Makanan tak boleh masuk dalam mulut ke perut kalau tidak disuap dengan tangan ke mulut.”
Sangat terkesan dengan perenggan ini!
Semoga Allah pimpin kita untuk berjaya dalam perniagaan kita.
Curahan rasa Faezah @ ..Petua Nak Hilangkan Whitehead dan Blackhead, Mudahnya!
sa lebih termotivasi selepas membaca tips ni.terima kasih banyak atas tips ini…
Curahan rasa Lydia bungkak @ ..MINUMAN DAN VITAMIN PEMBERI TENAGA UNTUK IBU MENYUSU
Alhamdulillah…setakat ni tak pernah kenal erti kecewa..
sebab Allah bagi ganjaran pada mereka yang berusaha…
syukur padamu ya Allah
Curahan rasa umiadam @ ..Paras Gula Mak Naik Sampai Kena Warded
rezeki tak pernah salah alamat. yakini rezeki semua dari Allah. tak perlu kita cemburu walaupun kita jual benda yang sama.
Curahan rasa Ummi Nurul @ ..Benarkah Nutrisi Penting Untuk Ibu Hamil? Jom Semak Jenis Nutrisi Yang Diperlukan.
rezeki ni datang dalam pelbagai bentuk tapi kita manusia ni selalu nampak rezeki tu hanya pada duit. sedangkan nikmat sihat, berselera makan, dipermudahkan urusan, itu juga dikira rezeki.
Bila baca artikel ni teringat dekat seorang rakan sekerja saya yang berhenti kerja kerajaan untuk fokus kepada perniagaan dia..
Curahan rasa anuar @ ..Jangan Bertangguh untuk membeli Rumah
Sebelum berhenti dengar ceritanya syarikat perniagaan dia berjaya buat sales sampai RM7 juta..
Curahan rasa anuar @ ..Jangan Bertangguh untuk membeli Rumah
Bila rakan-rakan tanya rahsia kejayaan beliau..
Dia cakap jaga solat.. sentiasa solat di awak waktu.. bila kita jaga solat, Allah akan jaga bisnes kita..
Curahan rasa anuar @ ..Jangan Bertangguh untuk membeli Rumah
Lepas tu dia pesan lagi jangan tinggal solat Dhuha.. dan peruntukkan 10% daripada keuntungam bisnes untuk disedekahkan atau belanja orang makan.
Curahan rasa anuar @ ..Jangan Bertangguh untuk membeli Rumah
Sebelum beliau berhenti kerja kerajaan, beliau spend duit untuk kos pengiklanan di facebook RM30k sebulan.
Curahan rasa anuar @ ..Jangan Bertangguh untuk membeli Rumah
Kadang-kadang selalu alpa. Ingat dengan usaha kita semata, baru Allah turunkan rezeki. Padahal Allah tak perlukan apa jua alasan pun nak turunkan rezeki pada hambaNya kan.
Sebab tu penting, berkawan dengan orang yang sentiasa dan saling mengingatkan.
Thanks Abang Denaihati
Curahan rasa Sithyazid @ ..8 Tips Yang Membuat Jantung Wanita Sihat
Informasi bermanfaat. Rezeki tu dalam pelbagai bentuk dan sifat. Dalam rezeki tu, ada kalarezeki orang lain juga. Sebab tu kena berkongsi dengan orang lain.
Bersedekah dan bersyukur itu penting untuk menjemput reseki berganda..
Curahan rasa Dedaun Comel | Buat Duit Online @ ..Selamat Tinggal H12-Media…
Tingkatkan takwa kepada Allah maka Allah memberi jaminan rezeki…
Takwa besar pengertiannnya.. Bukan sekadar berusaha.. Lebih dari i tu.
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Dapat BR1M 2017 Untuk Beli Aplikasi Duit
ameen. semoga dapat manfaat daripada semua nasihat ni. insha Allah
Semoga kita semua dimurahkan rezeki seiring dengan usaha kita aminnnn
Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian yang berguna. Semoga kita beroleh manfaat atas info yang diberikan & semoga kita semua dimurahkan rezeki
Alhamdulillah info yang berguna. saya pun ada aply benda yang sama untuk menjemput rezeki. semoga admin dimurahkan rezeki.
Terima kasih untuk info yang berguna. Moga rezeki kita berganda-ganda pada kita semua ya amin amin 🙂
Comments are closed.