Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri-entri PRU14. Kali ini Abang nak berkongi tips pembangunan diri dalam Facebook. Ini bukan kali pertama Abang kongsikan idea-idea untuk membangunkan diri dalam sosial media sebelum ini sudah kongsikan ilmu “Tips pembanguna diri dalam FB gaya Dr Azizul Azli” dan “Tips pembangunan diri dalam FB gaya Sifu Khairul Hakimi“.
Alhamdulillah Page Denaihati sudah berada pada ranking top 50 Malaysia dengan lebih 2.1 juta follower. Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Kali ini Abang nak kongsikan cara Abang untuk menambah follower Facebook. Penting ke nak tambah Follower FB ni? Teringat ketika Abang membawa sahabat Abang, Prof Madya Dr Shamsul Bahri ketika bertemu Dato Hussamuddin, bos Karangkraf tujuan untuk kerjasama menerbitkan buku tentang kelulut. Soalan pertama Dato Hussam, berapa follower FB Prof? Ketika itu follower hanya 120 orang sahaja. Dato minta Prof naikan follower ke angka lebih daripada sepuluh ribu orang, insyaAllah dia akan bantu untuk terbitkan buku. Jom bantu Prof dengan follower FB beliau @Shamsul Bahri Abd Razak (Pakar Kelulut Malaysia).
Budaya pemasaran sudah jauh berubah. Kuasa sosial media sangat mempengaruhi pasaran dunia. Kepada individu yang dapat menguasai sosial media maka dia juga dapat menguasai pasaran dunia. Cara bisnis di Facebook adalah menguasai sosial media dengan mempunyai follower yang ramai. Salah satu cara untuk mendapat follower yang ramai adalah belajar dengan sifu dan guru sosial media yang sudah berjaya. Jadi Abang cadangkan kepada anak Abang, Aina Sahira (jom follow FB anak Abang ni) yang sedang belajar jurusan komunikasi di KUIS untuk join kelas Bapak Viral Kebangsaan tuan Khairul Hakimin Muhammad. Alhamdulillah sudah dua kali anak Abang join kelas sifu Khairul.
Ikut kelas bukan bermakna boleh jadi macam sifu kalau tak diamalkan segala ilmu. Jadi Abang cadangkan kepada Aina Sahira untuk membaca banyak penulisan sifu-sifu sosial media yang sudah ada lebih 50K follower. Selain kena rajin baca paling penting mesti tinggalkan komen pada status sifu-sifu viral yang lain seperti Dr Azizul Azli Ahmad, Tuan Aqif Azizan, bro paling ensem dan poyo Meor Zaidee dan senior universiti Datuk Roslan Ab Hamid. Mereka semua ada keistimewa masing-masing. Abang pilih lima sifu ini sebab sudah kenal dan pernah berjumpa mereka. Kalau sahabat-sahabat kenal sifu-sifu viral yang lain boleh juga follower mereka.
Bagus sangat bila kita dapat baca status lima idola hebat ini setiap hari dan yang paling penting tinggalkan komen yang berkualiti setiap hari kalau tak semua, sebahagian daripada status mereka. Tujuannya untuk mengukuhkan jenama anda dikalangan beratus ribu follower sifu-sifu ini. Tapi jangan pulak sibuk mempromosi produk anda diruangan komen seperti yang dilakukan oleh ramai penjual kerana itu menjengkelkan dan nampak kurang cerdik. Kita tinggalkan komen bukan untuk sifu itu kenal kita tapi kita nak beratus-ratus follower mereka kenal kita. Kekadang kalau kita bernasib baik komen yang berkualiti tersebut akan diangkat oleh sifu tersebut untuk menjadi status Facebook, memang beruntung sangat dan pasti follower kita akan laju bertambah.
Tips ini Abang guna pada awal-awal jadi blogger dulu. Abang pilih lima top blogger dan tinggalkan komen berkualiti setiap hari pada entri-entri blog mereka sehingga follower lima top blogger itu kenal Abang. Lagi satu bila ada yang komen pada komen yang kita tinggalkan pada status FB sifu tersebut jangan lupa untuk balas komen tersebut itu namanya engagement sebab follower suka pada engagement. Amalkan dengan istiqomah paling kurang enam bulan pasti ada hasil yang membuka mata dan menebalkan kocek.
Ini nasihat pendek dari insan yang baru ada lima ribu follower. Kepada yang belum follower Abang jom follow @Amir Denaihati. sebab Abang pun nak juga ada lebih lima puluh ribu follower.
Follower ni apa? Sama ke dengan friends?. Panjang lebar Abang bercerita tapi mesti ramai kelirukan antara Friends dan Follower FB. Friends dan Follower tak sama. Friends adalah follower kita yang kita dah approve sebagai kawan. Sifu ajar Abang kalau kita tak kenal rapat follower kita biarkan sahaja mereka sebagai follower tak perlu approve sebagai friends. Maksima friends untuk satu akaun hanya lima ribu orang tetapi follower tiada batas sebab itu sifu-sifu kita mempunyak berpuluh ribu malahan ada yang beratus ribu follower peribadi.
Sekiranya ilmu ini bermanafaat sila kongsikan kepada rakan-rakan supaya mereka juga berjaya dalam bisnis yang mereka usahakan. Ada banyak lagi tips pemasaran digital, insyaAllah lain kali Abang kongsikan ilmu yang boleh bagi manafaat pada semua.
Sekian terima kasih.
115 Comments
Memang saya selalu tinggalkan komen pada status sifu-sifu viral seperti Dr Azizul Azli Ahmad, Tuan Aqif Azizan, bro paling ensem dan poyo Meor Zaidee dan Datuk Roslan Ab Hamid.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Aqif tu saya kenal. Yg lain lain mmg tak pernah dgr sebelum ni. Nanti saya cek siapa mereka
Tuan Aqif tu pun saya kenal melalui adik. Memang power bab content marekting ni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Cara bisnes di Facebook adalah menguasai sosial media dengan mempunyai follower yang ramai. Saya pun tengah berguru dengan sifu nak naikkan followers
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Paling penting, konten yang di update di Facebook mestilah berkualiti tinggi. Nak tak nak kena buat juga utk tarik ramai follower
Kadang nak followers banyak ni sebab nak naikkan trust dulu, then nak jual apa pun senang
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Kalau yg update setahun sekali mcm sy jg harap nak dpt followers tinggi hehe
Tips yang bagus tuan. Lepas ni kena rajin rajin dri status sifu sifu di fesbuk. Moga istiqamah
Memang kena rajin dan istiqamah. Nanti lebih ramai yang kenal kita fi media sosial makin senang marketing kita
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Kontent yg brkualiti mmbuatkan org tertario utk follow. Cara ini juga boleh digunakan pd media sosial lain
Semua di medai sosial ni pentingnya content yang berkualiti. Kalau boleh di Facebook, maka semua medsos yang lain pun sama juga
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
terima kasih tipsnya, memang semakin banyak follower bisa untuk memudahkan usaha kita
Ya betul tu, jika kita ada semakin banyak follower atau friend, pasti lebih memudahkan usaha kita membuat jualan
BAITI: Yup, makin follower ramai, makin senang kita utk menjual atu menyebarkan sesuatu yang bagus
Kalau ada 100,000 pengikut, hanya 1,000 ke 1,500 orang dapat baca status kita, sebab newsfeed di Facebook masih dikawal sepenuhnya.
Owh macam tu ke bro. Kalau 1000 org yang baca dan semua like tu pun dah best kan. Apa tah lagi 100k
Kalau followers 100k, yang komen like 5k, dan yang membeli apa yang kita jual tu 2k, itu pun dah bagus
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
lebih 1% je ek yang dapat membaca atu nampak status kita? Bijak btol diorg kawal
Terima kasih tuan atas perkongsian yang bermanfaat ini.
Semoga dengan ilmu ini dapat membantu meningkatkan follower saya selepas ini.
Semoga tuan juga mendapat lebih ramai follower yang berkualiti.
Curahan rasa Zulfikarullah @ ..Kunci Bahagia 3
tuan Zulfikarullah dah start buat seperti tips di post ini ke? Mesti makin bertambah follower ni kan
Kalau dah guna amalkan tips ni pastinya ia berkesan untuk tarik followers
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Kalau ada bisnes atau nao buat duit dari fb boleh ikut tips mudah ni . Smoga berjaya
Kena terus amalkan seperti perkongsian di blog post ini. Baru boleh tengok ada peningkatan ke tak
Selalu tengok dekat Facebook yang mana ada bilangan follower yang tinggi, rasa jealous pun ada jugak hahaha
Jadi itu sebagai cabaran buat diri. Kena rajinkan diri utk capai follower seramai mereka. Tak mustahil semua tu Erni
Kena tahu trick dan strategi nak naikkan followers. Memang saya pun berguru dengan tuan khairul ni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Mmg betul. Tertanya tanya juga mcm mana mrk buat dan apa yg perlu kota buat utk dpt jmlah yg sma.
Memang la jeles bila tgk orang lain nyer follower bapak ramai. List utk friend lak dah full tu
Betul ke, Kalau ada 100,000 pengikut, hanya 1% orang dapat baca status kita, sebab newsfeed di Facebook masih dikawal sepenuhnya
Terime kaseh atas kongsi ilmu yang bermanfaat ini. Saye nak cobe amalkan.
Cepat cepat amalkan ilmu drp perkongsian ini. Makin cepat kita buat, makin cepat follower masuk kan
seonok juga kalau ada ramai follower…
seolah-olah kita public figure…
tidak mustahil follower juga membolehkan kita ada banyak money figure..
hahahahaha
Curahan rasa mrhanafi @ ..Artikel Bulan Ramadan Berbentuk Cerita
hehe.. seolah olah public figure tu dah betul. Yang tak best, mesti banyak mata memerhatikan. Kena jaga banyak perkara
Bila dah ramai follower ni memang gerak geri kita dan apa yang ditulis di medsos tu akan diperhatikan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Sekarang ni itulah tujuan utama utk dpt kan followers tinggi. Spy senang buat duit.
Kalau follower dah beratus ribu/ juta, memang dah jadi public fifure. Pergi mana mana mesti orang minta nak berselfie hehe
Facebook sangat penting terutama buat yg jualan produk karena penggunanya makin ramai dan biaya iklannya murah.
betul… Setuju sangat… Pada hari ni media sosial (facebook) sangat penting… Sebab di situlah tempat paling ramai orang bersosial..
Curahan rasa Anuar @ ..Cara Alternatif Nak Dapatkan Wang Tunai RM30 Ribu ++ sebagai modal perniagaan
Ye, kalau dulu dul orang lepak kedai kopi, sekarang tren lepak di sosial media. 1001 peluang ada di situ
Banyak yang sudah lepak di facebook, sana lah temoat bersembang, berkongsi info dan juga menjual
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Facebook ni dah macam kepada mereka yang ada bisnes online. Boleh dijadikan lubuk duit
Seelok eloknya guna pelbagi platform yang ada di media sosial. Rugilah jika hanya guna Facebook.
dulu tak terfikir fb boleh buat duit. sekarang kita dah boleh tengok sendiri bagaimana seorang boleh berniaga hingga belasan ribu ringgit sebulan hanya dengan fb sahaja.
Curahan rasa encikhafiz.com @ ..Resipi Mudah Kuih Tepung Bungkus Ramadhan 2018
Betul tu…
Semalam saya berpeluang pergi ke Pos Laju Selangor…
Kagum melihat kebanyakan peniaga online yang mengeposkan barang jualan mereka kepada pelanggan..
Curahan rasa Anuar @ ..Cara Alternatif Nak Dapatkan Wang Tunai RM30 Ribu ++ sebagai modal perniagaan
Mesti berpulh -puluh ite, yang mereka pos setiap hari kan. Suka gak menunggu di pos ofis sambil tengok peniaga online pos brg jualan mereka
Betul tu tuan, Ikut kelas bukan bermakna boleh jadi macam sifu kalau tak diamalkan segala ilmu.
kan..ingatkan dunia social ini hanya tempat bersosia..rupanya boleh duit secara real. Nak taknak je
Memang tempat menjual dah facebook ni, free cost marketing. Kalau nak yang ada kos, ramai guna fb page.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Sama la kita. dulu tak terfikir facebook atau sosial media ni boleh buat duit. rupanya memang terbukti boleh
Follower yang ramai adalah satu kelebihan dalam dunia pemasaran online..
mereka boleh ditukar menjadi pelanggan..
jika tidak sekalipun sebagai sumber untuk membina network
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pakej Fotografi Perkahwinan Yang Paling Disarankan
Aah selalunya kita bina trust dulu dengan follower yang ada, then baru tebar umpan untuk menjual
Betul tu. Ada follower ramai memang sedpa la. Jual apa je pasti ada yang akan membeli.
Pada hari ni media sosial sangat penting… Sebab di situlah tempat paling ramai orang bersosial..
tips yang bgus.. boleh diguna pakai.
sebelum ni tak berapa paham follower dan friends.
follower dan friends. Nampak benda macam sama tetapi act tak sama. Kena pandai manipulate dua benda ni kaw kaw sblm buat duit kan
memang boleh digunakai. Alhamdulillah dah fahm ap potensi friend & followers di facebook ni ye
yup, individu yang dapat menguasai sosial media maka dia juga dapat menguasai pasaran dunia. nak ke tak nak je
Facebook dikatakan sangat penting terutama buat yg jualan produk karena penggunanya makin ramai dan biaya iklan masih murah.
satu tip yang sangat berharga..
cuma sekarang semakin kurang aktif di FB.
dalam dunia blog masih konsisten
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pakej Fotografi Perkahwinan Yang Paling Disarankan
Di facebook memang nampak gah sebab pengikut ramai, masalah yang timbul adalah kita tak punya statistik untuk lihat siapa yang aktif mengikut perkembangan status kita.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
kena lebih bijak untuk memanfaatkan data / statistik drp Facebook kan. Kena rajinkan diri lebih sket hehe
Saya pun dah terjebak dengan content marketing di facebook ni sampai blog pun tak sempat nak menjengah
Comments are closed.