Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri-entri PRU14. Kali ini Abang nak berkongi tips pembangunan diri dalam Facebook. Ini bukan kali pertama Abang kongsikan idea-idea untuk membangunkan diri dalam sosial media sebelum ini sudah kongsikan ilmu “Tips pembanguna diri dalam FB gaya Dr Azizul Azli” dan “Tips pembangunan diri dalam FB gaya Sifu Khairul Hakimi“.
Alhamdulillah Page Denaihati sudah berada pada ranking top 50 Malaysia dengan lebih 2.1 juta follower. Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Kali ini Abang nak kongsikan cara Abang untuk menambah follower Facebook. Penting ke nak tambah Follower FB ni? Teringat ketika Abang membawa sahabat Abang, Prof Madya Dr Shamsul Bahri ketika bertemu Dato Hussamuddin, bos Karangkraf tujuan untuk kerjasama menerbitkan buku tentang kelulut. Soalan pertama Dato Hussam, berapa follower FB Prof? Ketika itu follower hanya 120 orang sahaja. Dato minta Prof naikan follower ke angka lebih daripada sepuluh ribu orang, insyaAllah dia akan bantu untuk terbitkan buku. Jom bantu Prof dengan follower FB beliau @Shamsul Bahri Abd Razak (Pakar Kelulut Malaysia).
Budaya pemasaran sudah jauh berubah. Kuasa sosial media sangat mempengaruhi pasaran dunia. Kepada individu yang dapat menguasai sosial media maka dia juga dapat menguasai pasaran dunia. Cara bisnis di Facebook adalah menguasai sosial media dengan mempunyai follower yang ramai. Salah satu cara untuk mendapat follower yang ramai adalah belajar dengan sifu dan guru sosial media yang sudah berjaya. Jadi Abang cadangkan kepada anak Abang, Aina Sahira (jom follow FB anak Abang ni) yang sedang belajar jurusan komunikasi di KUIS untuk join kelas Bapak Viral Kebangsaan tuan Khairul Hakimin Muhammad. Alhamdulillah sudah dua kali anak Abang join kelas sifu Khairul.
Ikut kelas bukan bermakna boleh jadi macam sifu kalau tak diamalkan segala ilmu. Jadi Abang cadangkan kepada Aina Sahira untuk membaca banyak penulisan sifu-sifu sosial media yang sudah ada lebih 50K follower. Selain kena rajin baca paling penting mesti tinggalkan komen pada status sifu-sifu viral yang lain seperti Dr Azizul Azli Ahmad, Tuan Aqif Azizan, bro paling ensem dan poyo Meor Zaidee dan senior universiti Datuk Roslan Ab Hamid. Mereka semua ada keistimewa masing-masing. Abang pilih lima sifu ini sebab sudah kenal dan pernah berjumpa mereka. Kalau sahabat-sahabat kenal sifu-sifu viral yang lain boleh juga follower mereka.
Bagus sangat bila kita dapat baca status lima idola hebat ini setiap hari dan yang paling penting tinggalkan komen yang berkualiti setiap hari kalau tak semua, sebahagian daripada status mereka. Tujuannya untuk mengukuhkan jenama anda dikalangan beratus ribu follower sifu-sifu ini. Tapi jangan pulak sibuk mempromosi produk anda diruangan komen seperti yang dilakukan oleh ramai penjual kerana itu menjengkelkan dan nampak kurang cerdik. Kita tinggalkan komen bukan untuk sifu itu kenal kita tapi kita nak beratus-ratus follower mereka kenal kita. Kekadang kalau kita bernasib baik komen yang berkualiti tersebut akan diangkat oleh sifu tersebut untuk menjadi status Facebook, memang beruntung sangat dan pasti follower kita akan laju bertambah.
Tips ini Abang guna pada awal-awal jadi blogger dulu. Abang pilih lima top blogger dan tinggalkan komen berkualiti setiap hari pada entri-entri blog mereka sehingga follower lima top blogger itu kenal Abang. Lagi satu bila ada yang komen pada komen yang kita tinggalkan pada status FB sifu tersebut jangan lupa untuk balas komen tersebut itu namanya engagement sebab follower suka pada engagement. Amalkan dengan istiqomah paling kurang enam bulan pasti ada hasil yang membuka mata dan menebalkan kocek.
Ini nasihat pendek dari insan yang baru ada lima ribu follower. Kepada yang belum follower Abang jom follow @Amir Denaihati. sebab Abang pun nak juga ada lebih lima puluh ribu follower.
Follower ni apa? Sama ke dengan friends?. Panjang lebar Abang bercerita tapi mesti ramai kelirukan antara Friends dan Follower FB. Friends dan Follower tak sama. Friends adalah follower kita yang kita dah approve sebagai kawan. Sifu ajar Abang kalau kita tak kenal rapat follower kita biarkan sahaja mereka sebagai follower tak perlu approve sebagai friends. Maksima friends untuk satu akaun hanya lima ribu orang tetapi follower tiada batas sebab itu sifu-sifu kita mempunyak berpuluh ribu malahan ada yang beratus ribu follower peribadi.
Sekiranya ilmu ini bermanafaat sila kongsikan kepada rakan-rakan supaya mereka juga berjaya dalam bisnis yang mereka usahakan. Ada banyak lagi tips pemasaran digital, insyaAllah lain kali Abang kongsikan ilmu yang boleh bagi manafaat pada semua.
Sekian terima kasih.
115 Comments
perlu belajar banyak ini hal ini terbukti follower page denaihati dah nombor 50 di Malaysia tahniah
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Choco Banana Roll Cake
Follower DH memang laju je. Walaupun pernah hilang, tapi sekarang makin bertambah dgn laju skali
Alhamdulillah dapat ilmu follower fb. Kalau follower ramai memang sangat membantu kita tingkatkan jualan.
Curahan rasa Kauthar mohd @ ..7 Tips Hilangkan Parut Jerawat Dengan Selamat & Mudah
Follower ramai, ibarat pelanggan kita yng ramai lah kan. Senang nak menjual produk kita
bagus juga tips ni saya nak cuba amalkan, mana tau ada follower setia
Kena amalkan baru boleh tahu berkesan ke tidak kan. So far saya buat, memang berhasil
bila dah ramai follower senanglah orang nak dapatkan info tentang produk atau khidmat kita..usaha tangga kejayaan
Curahan rasa Belang Tarung @ ..6 Kelebihan Menanam Pokok Durian Musang King (D197)
Bila pengikut pun dah ramai, boleh buat servis review produk atau servis, lagi ramai lagi tinggi boleh caj.
Curahan rasa Ikhwan @ ..3 Tips Mulakan Bisnes Tudung Dengan Mudah
Ramai yang buat servis review dengan bayaran tertentu dikenakn. Yang ada follower beribu-ribu takpe la jugak, ada gak baru ratusan follower dah offer servis ni
bila follower ramai, makin senang nak target menjual. Ye la, ibarat satu kedai dah ramai pelanggan ada
Jika di blog kita blogwalking, di FB kita FB-walking gitu lah yea, sambil tinggalkan komen berkualiti. Tak pernah tau ada impak pada followers rupanya bila kita rajin tinggalkan komen sebegitu. Terima kasih tipsnya tuan..
Curahan rasa arnie @ ..Anak Lembab Belajar Mungkin Dyslexia, Ini 10 Ciri-Ciri Anak Disleksia
Ingatkan blogwalking je penting, FBwalking pun wajib jga kan utk tambah follower. Kami pun baru tahu
Alhamdulillah.. Suatu perkongsian dan tips yang penuh berguna untuk mendapat ramai follower di Facebook.
Curahan rasa Harapan Manir @ ..Selamat Hari Pekerja 2018 Buat Rakyat DUN Manir
saya struggle jugak nak dapatkan follower page fb. akhirnya page tu terbengkalai dan tak aktif sangat. followers ni satu pelaburan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Halalkan Hati Yang Ku Curi Tv3
Saya bila tak ada follower baru, terus pergi cari status sifu-sifu, bagi komen baik2 insyallah adalah follower baru. Tu yg share tips ni.
Curahan rasa denaihati @ ..9 Perkara yang mungkin anda ingin padamkan daripada laman sosial
Assalamualaikum, Mama singgah blog walking di petang khamis. Semoga tuan semakin murah rezeki.
Komen di page sifu pun dapat tempias ya tuan.
Mesti komen tuan tu bawa manfaat
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Ubat kencing manis tradisional? Bagusnya Petua! Ini 10 Herba untuk kawal gula
Komen komen yang ada info yan bemanfaat, pasti akan dikongsi oleh netizen netizen lain. Silap silap boleh viral kan
Memang betul dgn tips DH ni. Komen dekat sifu sifu, pasti akan ada follwer baru like kite
Berapa follower dah sekarang ni NK? Ramai gak blogger yang ada page juta juta follower skang ni
infomasi yang sangat bermanfaat dan dapet ilmu baru lagi dari denaihati.,
terimakasih:)
Semacam blog juga…tulis ikut niche, kena konsisten menulis dan kena FBwalking juga. Sya punya follower 100 pun belum sampai lagi… Salah sendiri juga…tulis cincai cincai tidak bersusun dan bernichee.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Nostalgia PRU13 Di Kampung Luat Dan Pertembungan Baru PRU14
hee FBwalking tu. betul tuan. Kena rajin menulis di FB dgn info info yang boleh dikongsi dgn ramai orang. Follower akan dtg dgn sendirinya kan
Betul tu..nak menulis ni kena ikut minat atau niche yang kita lebih pakar. Barulah tak mengarut
Terima kasih banyak-banyak atas perkongsian ini. Ilm ini sangat berguna buat saya, pengguna media sosial yang aktif 🙂
wah pengguna media sosial yang aktif ye. Mesti sellu update yang best best ni kan
Assalamualaikum Tuan..
Terima kasih atas perkongsiannya Tuan..
Cuma saya ni kalau FB agak privasi sikit, hanya yang tertentu saja saya add..juga instagram dan twitter..hanya Blog saja saya public..
Itu lah beza friends dan follower. Friends kita boleh pilih mana yg nak approve tapi follower tak perlu approve. Cara komen tu macam kurang faham je.
Followers boleh tengok sebab aktiviti di Wall kita gk kan kalau kita set public utk update FB..
Takpe, privasi sebegitu pun bagus juga. Jadikan FB sekadar tempat utk bersosial dgn kawan2 terdekat pun ok je kan
Selamat merajin kan diri follow orang femes untuk jadi femes di fb. Pelaburan masa dan tenaga itu perlu untuk jadi sosial media influencer
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Makan Sedap Di KL? Aduh Laparnya! Ini 10 Tempat Best di Kuala Lumpur
Info yang sangat bermanfaat… Semoga anak tuan Denaihati dapat mengikut jejak langkah ayahnya…
Curahan rasa Anuar @ ..Contest SEO : Pakej Fotografi Perkahwinan. Hadiah berjumlah RM30870 untuk dimenangi!
Dah follow ke FB anak saya. Heee kalau belum follow jom follow. Saya tengah didik dia utk uruskan sosial media denaihati di masa hadapan
Curahan rasa Denaihati @ ..Tips mendapat ramai follower Facebook
Saya baru ada 1,600 orang follower, insyaallah boleh diusahakan untuk dapat lebih ramai lagi di masa yang akan datang.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bisnes Tudung Di Bulan Ramadan
Tahniah Tuan Ikhwan Fahmi… Lebih 1000 Follower dikira hebat jugak tu… Follower Facebook saya belum sampai 1000 lagi..
Curahan rasa Anuar @ ..Contest SEO : Pakej Fotografi Perkahwinan. Hadiah berjumlah RM30870 untuk dimenangi!
tuan Fahmi memang aktif di FB. Jadi, dia patut dapat follower yang ramai. saya lak kadang kadang je update status hehe
Comments are closed.