Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat-sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali singgah.
Kali ini Abang nak kongsi ilmu bisnis yang ramai orang sudah buat tetapi masih terlalu ramai yang belum tahu. Abang pernah menulis dalam entri “Sifu bisnis yang mengajar Denaihati kata” tentang pentingnya menjadi orang luar biasa untuk berjaya dalam dunia bisnis. Ramai kawan-kawan bila Abang cerita buat bisnis, melabur di pasaran saham atau melabur dalam hartanah akan bagi alasan tak ada modal.
Tahukah anda?
Abang jumpa ramai kawan-kawan yang sudah berjaya sebagai usahawan dan pelabur, dulunya mereka pun tiada modal yang besar puluhan ringgit apatah lagi ratusan ribu. Mereka bermula dengan modal sangat sikit tapi jadi banyak dengan bergerak secara berkumpulan.
Contoh nak beli IPO (saham baru) perlukan RM45K, maka mereka cari 10 kawan yang boleh melabur sorang RM4500. Kemudian untung dibahagi 10, daripada keuntungan ambil 50% untuk diberi kepada semua team. Baki 50% untung dicampur dengan modal untuk beli IPO baru. Modal untuk beli IPO sudah meningkat RM45K + untung 50%. Formula tu diulang-ulang sehingga menjadi ratus-ratus ribu.
Contoh nak beli rumah lelong perlukan RM100K, maka mereka cari 20 kawan yang boleh melabur sorang RM5000. Kemudian untung dibahagi 20, daripada keuntungan ambil 50% untuk diberi kepada semua team. Baki 50% untung dicampur dengan modal untuk beli hartanah baru. Modal untuk belian baru sudah meningkat RM100K + untung 50%. Formula tu diulang-ulang sehingga menjadi ratus-ratus ribu malahan ada yang sudah bernilai berjuta-juta.
Akhir sekali bila sudah cukup modal mereka berpisah dan buat projek sendiri-sendiri tapi tetap duduk semeja ngopi berbincang bisnis yang mereka usahakan. Ini yang dikatakan orang luar biasa dengan idea bisnis luar biasa walaupun modal tak banyak tetap boleh jadikan kejayaan satu kenyataan.
Misi suatu hari duit boleh bekerja untuk kita itulah kebebasan kewangan.
Kalau tak faham Abang minta maaflah ya. Bahasa bisnis ni kadang memang rumit.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Group Denaihati Network (terima kasih kepada 7K yg dah join group)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
41 Comments
Alhamdulillah.. Saya juga merupakan salah seorang yang dah sertai group Denaihati Network di Facebook..
Curahan rasa Anuar @ ..Statistik Calon yang memohon dan menjawab Exam PTD dari tahun 2010 hingga 2016
Banyak yang salah paham dengan konsep bagi hasil, seharusnya ketika bisnis sedang merugi harus paham juga dengan konsep bagi rugi. Hehehehe… Kepercayaan menjadi faktor sangat penting dalam menjalin kerjasama bisnis seperti ini. Btw, sekirenye ade yang berminat kongsi bisnis dengan saye boleh kite diskusikan bersame. 😀
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..8 Manfaat Nutrisi Tambahan Brainking Plus bagi Kesehatan Otak
Masa mula berniaga sudah pasti rugi, untung belum tentu lagi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Mudah Dan Cepat Jadi Kaya Di Zaman Informasi
financial free menjadi buruan setiap orang yg bekerja..tapi tak ramai yang mampu berusaha ke arah tu..doakan saya Tuan
Curahan rasa JMR @ ..Perlu Ke Tak Beli Insuran Perjalanan (Travel Insurance)?
Ramai yang pasang impian tapi amat sedikit yang mengejar impian tersebut.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41
Ya… Saya pun berharap dapat menjadi salah seorang yang keluar daripada dunia rate race dan memmpunyai financial freedom satu hari nanti…
Curahan rasa Anuar @ ..Statistik Calon yang memohon dan menjawab Exam PTD dari tahun 2010 hingga 2016
Tuan Ikhwan Fahmi dan rakaniaga di Tim Infokerjaya saya rasa tentu dah terlalu hampir untuk mencapai financial freedom apabila menghasilkan jualan produk yang sentiasa memberangsangkan…
Curahan rasa Anuar @ ..Statistik Calon yang memohon dan menjawab Exam PTD dari tahun 2010 hingga 2016
modal bukan perkara utama bila nak mula bisnes, tapi ilmu dan kemahuan yang kuat yang penting, da orang boleh buat bisnes dengan modal seratus ringgit sahaja, walaupun ramai yang ketawakan dia, tapi hasilnya tengoklah…
Curahan rasa mus @ ..Bisnes Toneexcel Mudah
Ilmu juga termasuk sebagai modal, selain wang, masa dan tenaga. Definisi modal itu amat luas.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bayar Kereta Guna Duit Rumah Sewa
Kalau dapat partner yang betul2 berkomitmen tinggi dalam bisnes itu best juga buat macam ni. Tapi ramai juga yang akan ambil kesempatan. Jadi kalau mencari partner dalam bisnes kena cari yang betul2 jujur.
Ada partner yang jujur, ada yang suka curi duit syarikat atas alasan nak ambil tunggakan gaji.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Mudah Dan Cepat Jadi Kaya Di Zaman Informasi
bagus utk mereka yg jalankan bisnes dari rumah. modal kecil tapi pulangan berlipat ganda
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kerja dari Rumah dengan iLancee
kongsi-kongsi ni ramai yang susah nak join.
kalau ada yang nak join pun nak cari sekepala tu susah
Curahan rasa zool @ ..AFF Futsal : Malaysia bermula dengan menumpaskan Indonesia
Susah nak satukan fahaman kecuali kalau dah sefahaman mudah nak buat dan teruskan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41
Memang best kalau kerja dari rumah benar-benar memberikan pulangan. 🙂 Banyak bisnes sekarang bermula dari rumah, ia merupakan cara untuk kurangkan kos dan juga modal.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..10 Modul Belajar Adsense Untuk Blogger Buat Duit USD
Dari rumah boleh buat dropship, affiliate atau jual barang sendiri, jimat kos sewa premis bisnes.
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Kesilapan Utama Pelaburan Hartanah
Website yang sangat menarik, saya menyukinya. pendatang baru dari Indonesia
mantap informasinya, seperti yang sedang saya alami. 🙂
salam saya newbie indo
Ada usaha ,persefahaman dan juga aku janji inshaallah ia akan jadi apa yang kita harapkan
Curahan rasa onlajer @ ..Boss saya bercerita tentang peluang…
Bila buat bisnes dengan partner kena ada hitam putih, baru ada ikatan yang rasmi sebagai rakan bisnes.
Curahan rasa Ikhwan @ ..10 Kapal Layar Mewah Termahal Di Dunia
Idea yang luar biasa.. buat bisnes secara berkumpulan… In Shaa Allah, saya pun sedang ke arah itu.. doakan yer.
Curahan rasa anuar @ ..Alhamdulillah… Tercapai SATU SASARAN 2017
semoga entri ni jadi pencetus semangat buat mereka yang baru nak start bisnes
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kerja dari Rumah dengan iLancee
semoga mnjd yg terhebat usaha mmg btuh modal mereka yang baru nak start bisnes
Curahan rasa selena @ ..Imbas Kebakaran di Pasar Senen, Arus berikutnya Lintas Menuju Kawasan Ini Tersendat
Memang entri ni buat saya bersemangat untuk buart bisnes online 😀
Curahan rasa Dedaun Comel | Buat Duit Online @ ..Ciri-Ciri Pelaburan Diri Yang Berkesan
Menjadi orang luar biasa walau pun modal tak banyak tapi dapat jadikannya kenyataan. Banyak lagi yang perlu dipelajari dan dikongsi tips bisnis bagi yang kurang modal. Hidup luar biasa.
Ada orang yang hidupnya biasa saja, tapi sumbangan pada masyarakat membuatkan dia dianggap istimewa.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bisnes Jangka Panjang Dan Bisnes Jangka Pendek
Comments are closed.