Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, perkataan JUTAWAN ini boleh mengundang berbagai persepsi ada yang positif dan tak kurang juga yang negatif. Ramai juga yang merasakan status Jutawan sangat mustahil untuk digapai ibarat mimpi di siang hari. Tidak kurang juga ramai rakan-rakan facebook yang bergambar di harapan rumah dan kereta mewah tanda mereka sudah mencapai impian sebagai seorang jutawan online yang berjaya.
Sekarang ada berbagai cara untuk menjadi jutawan tidak seperti dahulu hanya mengharap kepada bisnis konvensional. Dunia di era siber menjadi jutawan di usia muda bukan mustahil kalau betul perancangannya. Sudah ramai di kalangan kita yang menjadi jutawan senyap dengan berniaga secara online dengan berbagai cara dan kaedah.
Perancangan untuk menjadi jutawan
Perancangan untuk menjadi jutawan mesti jelas bukan sekadar berkata aku buat bisnis untuk jadi jutawan. Berkata-kata tanpa perancangan yang teliti ibarat sepeti lagu kalau aku kaya yang semua hanya KALAU sahaja. Perancangan mesti jelas dan tepat mengikut tempoh waktu yang ditetapkan dan selebihnya kita gabungkan dengan amal, doa dan tawakal. Jangan lupa rajinkan diri membaca buku motivasi untuk jadi kaya kerana orang kaya ini ada rahsia untuk menjadi kaya.
Aku nak bagi contoh cara perancangan untuk menjadi jutawan dari salah satu program affiliate. Bestnya di sini boleh jadi jutawan dengan modal sangat rendah berbanding bisnis konvensional yang perlu modal berjuta untuk dapat keuntungan berjuta. Contoh perancangan adalah menjadi Jutawan eQurban.com.
- Daftar jadi rakan niaga eQurban.com
- Fahami model perniagaan eQurban untuk memudahkan perancangan strategi dan promosi.
- Tetapkan matlamat dan strategi yang jelas :
- Komisen untuk 1 ekor lembu adalah RM105 jadi untuk dapat jumlah komisen terkumpul sebanyak RM1,050,000 mesti dapatkan tempahan 10 ribu ekor lembu.
- Tetapkan tempoh untuk mendapat 10 ribu ekor tempahan contohnya dalam tempoh 2 tahun jadi misi setahun adalah 5000 ekor makna lebih kurang 417 ekor sebulan.
- Untuk mencapai matlamat 417 ekor sebulan selama 24 bulan berturut-turut promosi yang terancang perlu dibuat seperti menggunakan FB ads, Instagram dan tulisan entri di blog. Selain promosi secara online pemasaran secara offline boleh juga dibuat dengan berkongsi dengan kawan-kawan, menyediakan flyers dan bekerjasama dengan NGO dan persatuan yang ramai ahlinya. Jangan lokek untuk keluarkan sedikit modal untuk mencapai matlamat menjadi jutawan.
- Adakah mustahil untuk mendapat tempahan 417 ekor dalam tempoh sebulan? Sudah pasti tidak kerana mengikut Jabatan Statistik Negara, 60 orang bayi dilahirkan setiap jam makna jumlah sebulan lebih kurang 43 ribu orang. Katakan 60% adalah bayi Islam makna 25 ribu bayi Islam dilahirkan setiap bulan. Semua bayi Islam ini perlu di AQIQAHkan jadi inilah peluang kita paling besar membantu keluarga Islam ini menyempurnakan sunat muakkad dan membantu saudara Islam yang daif dan miskin di Kemboja.
- Kalau 417 ekor sebulan agak berat boleh ubah tempoh masa untuk capai komisen RM1juta dari dua tahun kepada tiga tahun.
- Selain mendapat komisen RM1juta anda juga akan dapat berbagai hadiah untuk cabaran eQurban antaranya pakej umrah dan PALING PENTING membantu menyuburkan jiwa Islam keseluruh alam.
Ini sekadar contoh perancangan untuk menjadi jutawan eQurban. Bila dah ada perancangan yang jelas dengan jumlah jualan yang tepat dan tempoh yang tepat baru kita boleh bertindak dengan mudah. Anda boleh gunakan berbagai model bisnis yang lain untuk menjadi jutawan pada usia muda. Yang penting semua strategi untuk menjadi jutawan mesti ditulis di atas kertas dengan jelas sehingga nampak cara untuk dapat RM1 juta pertama.
Pasti anda sedang berusaha untuk menjadi jutawan dengan berbagai projek. Ok sekarang ambil sekeping kertas dan catatkan :
- Pengiraan jualan atau projek secara terperinci untuk mendapat keuntungan RM1juta pertama.
- Tempoh secara tepat untuk mencapai RM1juta pertama.
- Kalau anda masih tidak dapat menulis dua perkara di atas maka impian anda untuk menjadi JUTAWAN masih terlalu jauh dan mungkin anda perlu mencari cara lain untuk mencapai matlamat tersebut.
Tahniah kepada yang sudah ada perancangan yang terperinci untuk menjadi jutawan. Untuk misi jutawan menjadi kenyataan serta dengan amal yang istiqamah seperti bacaan yassin setiap hari selepas subuh, doa pagi & petang, solat sunat dhuha, solat sunat tahajud dan paling penting banyakan MEMBERI.
JUTAWAN di usia muda bukanlah mustahil. Mungkin entri “Bersara awal untuk jadi kaya“boleh dijadikan motivasi kepada semua.
131 Comments
jangan terlalu berharap dunia apa yang ada saat ini syukurilah memang kita wajib berusaha dengan dunia tapi jangan sampai dunia membuat kita melupakan akhirat
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Tips Bersabar (2)
Lepas bace entry ni baru tau ada banyak peluang buat duit rupenye.. Akikah pon ade affiliate program sendiri.. Sekarang ni ramai yg beriklan menggunakan konsep affiliate sbb lagi berkesan.. (Hanya pendapat sy sebagai seorang affiliate.. )
Curahan rasa Haziq @ ..Pembiayaan Peribadi Serendah 4.35%
Betul, apa sahaja yang kita lihat depan mata, semua boleh jadi magnet duit. Tahu cara, ada ilmu, usaha bersungguh-sungguh dan tawakkal pada-Nya, pasti boleh!!!
Curahan rasa myliferia @ ..Tips Menjadi Manusia Yang Produktif & Tak Kesal Dengan Apa Yang Ada
Satu peluang buat mereka yang mahir dalam bidang ini…
Kadangkala kita memang tidak ditakdirkan utk menjadi jutawan kerana ada hikmah disebaliknya. Yakinlah… Allah sentiasa memberikan yg terbaik kerana itulah yg terbaik buat kita.
Curahan rasa BM @ ..Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
Pun betul, tapi tak salah sentiasa berimpian nak jadi jutawan walaupun belum ada rezeki lagi sekarang. Allah nak beri, sekejap jer… Aameen, salam jutawan 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..Bagaimana Sedekah, Infaq & Zakat Boleh Menyucikan Jiwa, Menggandakan Harta?
terima kasih atas tips yang diberikan. memang ramai yg ingin berjaya dlm perniagaannya dan jadi jutawan tapi ramai yg tak mampu meneruskan impian. belajarlah daripada yg sudah berjaya, pengalaman dan ilmu yg mereka berikan sangat berharga utk kita jadikan panduan dlm menjadikan impian suatu realiti . kejayaan sukar utk tercapai tanpa semangat yg kuat, usaha yg gigih dan berterusan dan keinginan utk sentiasa memperbaiki diri. Jgn lupa juga, perbanyakkan sedekah dan doa.
Curahan rasa Kurnia @ ..Pentingnya Protein Berkualiti Tinggi Buat Kesihatan Anda
Bila baca mmg bersemangat.. Bila buat semangat tu mudah luntur.. Huhuhu
Curahan rasa Radzi @ ..Cara Mudah Lulus Ujian Memandu
Amalkan mathurat pagi dan petang, insya Allah, semangat akan terus membara. Salam kejayaan dan kekayaan. Kaya untuk beramal. Best kan dapat jadi jutawan 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..Cara Nak Jadi Orang Yang Sangat BERBAKAT
banyak cara untuk jadi jutawan, tinggal pilih sesuai bidang yang dikuasai dan harus tekun dan pantang menyerah.
baju batik pria
Ada pelbagai cara boleh dilakuan, salah satu adslah tip yang disiarkan di blog ini. Kalau tidsk pun buat seperti apa yang telah dilakukan oleh kebanyakan usahawan yang telah berjaya. Tiru macam mana mereka lakukan?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
Jangan ada 1001 alasan untuk jadi jutawan. Jika ada buang ia jauh-jauh ia ia tiddk menjadi duri dalam daging untuk mencapai kejayaan dalam mengejar jutawan yang hebat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Menyekat Penyebaran Keganasan, Seksual Di Facebook
Ciptakan berberapa tip yang memberi motivasi kepada kita untuk mencapai target yang diingini seperti mahu jadi jutawan berjaya. Barulah mulakan langkah-langkah yang berkesan dan terkini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
Siapa yang tidak mahu jadi jutawan yang mempunyai harta yang bertimbung. Nak aekarang ini ramai yang jadi jutawan diusia muda. Berbisnes di internet adalah jalan yang harus diterokai.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
417 ekor sebulan boleh dicapai jika dibuat dengan cara yang tuan Denaihati sarankan. Semoga ada antara kita yang berjaya nanti menjadi jutawan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
Setiap kejayaan yang dikecapi harus bersama dengan perancangan dan target yang jelas supaya ianya menjadi realiti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
memang harus ada target dan kerja keras dan team work yang sempurna karena memang harus kerja keras
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Tips Bersabar (2)
Kita kena kreatif kan untuk kembangkan bines. Nice sharing. Dan baru faham juga makna sistem affiliate tu
menarik dan tertarik.. kalau promo betul2 dan kena teknik marketingnya. Tak mustahil tue dapat 417 atau lebih sebulan.. 🙂
Curahan rasa effa @ ..Tips Berhenti Merokok Selama lamanya Dengan Cepat dan Mudah
setuju dengan puan, kalau dapat ramai agen yang hasilkan jualan 417 ekor lembu sebulan, tak mustahil dapat capai status jutawan dengan pantas.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Komisyen Affiliate Saya Yang Ketiga
tips yang inspiratif banget. patut dicoba oleh para kawula muda supaya mereka bisa jadi jutawan. Karena gak ada yang gak mungkin
Comments are closed.