Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Abang baru kemaskini “biodata Denaihati“ sudi-sudikan membaca. Kali ini Abang nak berkongi tips untuk mengandakan duit, pasti ramai yang suka dengan tajuk begini.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Rezeki Tuhan yang bagi tapi kita kena berusaha untuk mendapatkan sebanyak yang boleh. Lebih seronok apabila rezeki yang kita perolehi boleh digandakan dan bekerja untuk kita. Sebelum ini Abang telah menulis beberapa tips untuk mengandakan duit kita antaranya :
Kali ini Abang nak membawa pembaca kesatu dimesi yang berbeza tetapi maksudnya sama iaitu mengandakan duit dan biar duit bekerja untuk kita. Abang mulakan dengan kisah benar yang berlaku kepada sahabat Abang.
Beberapa hari lepas Abang buat mini open house aidilfitri untuk meraikan rakan-rakan trader. Rumah terbuka yang tidak dirancang tetiba idea datang daripada salah seorang rakan trader yang disambut rakan-rakan yang lain. Sorang sahabat yang datang lewat bawak buah tangan durian bermacam jenis, rasanya nilai lebih RM100. Abang nak bayar balik tapi sahabat tak terima, katanya nak belanja. Bersila kami depan rumah bentang tikar mengadap durian dua plastik. Alhamdulillah sedap, sendawa durian kami.
Terima kasih kepada sahabat Abang kerana belanja kami makan durian. Insyaa Allah pasti dapat pahala kerana belanja kami makan. Bukan itu sahaja khabarnya sahabat Abang dapat rezeki besar, dapat keuntungan bisnisnya lebih RM1,300 tak sampai 24 jam selepas belanja kami durian.
Teringat tazkirah seorang ustaz di surau beberapa bulan lepas, usaha bisnis kena buat semaksima yang boleh digabung dengan memberi pasti Tuhan bagi hasil yang lumayan. Bisnis kalau sekadar jual, jual dan jual belum tentu ada hasilnya.
Semua orang berbisnis sudah tentu nak gandakan modal menjadi untung berganda-ganda selain bantu masyarakat. Teorinya begitu tetapi bukan semua mencapai misi bisnis yang diharapkan. Ramai kawan-kawan bisnis yang sudah belanja beratus, beribu malahan puluh ribu ringgit untuk buat iklan tetapi mungkin 20%, 30%, 40% sahaja yang berjaya dan pasti tidak 100%.
Jadi Abang nak kaitkan kisah kawan Abang yang belanja durian dengan kisah berniaga bergantung hanya pada iklan 100%. Sebenarnya kawan Abang berjaya dalam bisnis kerana dia mengamalkan cara dengan banyak belanja orang makan. Paling best masa belanja tu tak pernah promo pun produk yang dia jual.
Modal bisnis yang kawan Abang buat adalah, bajet iklan yang ada contoh RM100 atau RM1000, 50% guna untukk iklan di FB ads atau Google Adwords atau lain-lain cara iklan dan 50% lagi digunakan untuk belanja orang miskin makan atau belanja kawan-kawan makan atau belanjalah sesiapa yang dia fikir layak.
Sebenarnya tips mengandakan duit cara belanja makan ini bukan sahaja diamalkan oleh sahabat Abang yang sorang ini malahan ramai yang telah berjaya mengguna cara ini.
Jadi kepada rakan usahawan yang selama ini gagal dalam berbagai bisnis walaupun dah belajar dengan berbagi sifu serta sudah mengguna berbagai strategi, cubalah cara ini. Memberi adalah magnet rezeki yang sudah di firmankan oleh ALLAH banyak kali di dalam Al Quran cuma keyakinan kita tiada. Kita lebih mengikut logik akal belanja iklan sekian akan dapat untung sekian.
Siapa yang meminjami (infakkan) Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan.” Al-Baqarah : 245
Kuasa memberi sangat hebat, hanya mereka yang sudah merasai dapat menikmati dan tidak akan berhenti memberi. Kita orang Islam tidak yakin tetapi yang bukan Islam percaya 1000%. Semuga video ini mengubah cara fikir kita.
Selamat mencuba.
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
55 Comments
Betul tu!! saya setuju sangat…
Ada seorang rakan di tempat saya bekerja memang suka memberi…
Curahan rasa Anuar @ ..Oswald Justin : Lebih Lumayan Daripada Gaji Seorang Chef
Rakan saya ni duduk sebelah office saya… Setiap kali dia pergi ke Cafe atau lantin pasti dia bawakan sarapan untuk kami….. Hampir setiap pagi dia lakukan perkara yang sama…
Curahan rasa Anuar @ ..Oswald Justin : Lebih Lumayan Daripada Gaji Seorang Chef
Setiap kali raya memang tak pernah miss buat jamuan raya… Ajak semua kawan-kawan dan seluruh kerluarga di tempat saya bekerja…
Curahan rasa Anuar @ ..Oswald Justin : Lebih Lumayan Daripada Gaji Seorang Chef
Lepas tu anak ada pula ada 7 orang… Ada yang sekolah menengah, Sekolah rendah, Pra sekolah dan ada yang duduk di rumah pengasuh… Mana-mana yang terlibat dengan anak-anak dia, contoh cikgu-cikgu sekolah pengasuh dan sebagainya…. Semua dijemput datang ke Jamuan Raya yang mereka sekeluarga buat….
Curahan rasa Anuar @ ..Oswald Justin : Lebih Lumayan Daripada Gaji Seorang Chef
Setiap kali raya macam tu… Sehingga Open House dah jadi macam Kenduri kahwin besar-besaran… Tapi, yang saya tengok mereka sekeluarga tak pernah putus…. Ada sahaja rezeki yang datang…. Rumah semakin lama semakin besar… Itulah kelebihan orang yang suka memberi..
Curahan rasa Anuar @ ..Oswald Justin : Lebih Lumayan Daripada Gaji Seorang Chef
Alhamdulillah..DH dah menyedarkan kita semua..sbnrnya perkara ni dah 1400 tahun lepas dah Allah btau tp biasalah kita ni manusia sering lupa..
Lagi satu, kalau nak sedekah tu kita jgn terlalu mengharap ganjaran yg direct @ dlm masa singkat sbb sbnrnya Allah lebih tahu apa yg kita nak pada masa yg tepat =)
Betul tu… bersedekahlah dengan ikhlas… jangan berharap sebarang balasan pun… umpama tangan kanan memberi, tangan kiri tak tahu apa2..
Curahan rasa anuar @ ..Oswald Justin : Lebih Lumayan Daripada Gaji Seorang Chef
Sebenarnya perihal ini banyak ditekankan di dalam hadis nabi sendiri.. jika kita memberi 1, Allah membalas kepada kita 10..
tapi berapa kerat yang berani memberi banyak?? untuk menggandakan rezeki dengan lebih banyak??
Curahan rasa Syakilla Azam @ ..Mengapa Orang Obesiti Tidak Berasa Kenyang dan Sentiasa Lapar
Teringan semasa zaman Rasulullah S.A.W…
Kesemua sahabat2 nabi cukup dermawan… terutamanya Saidina Abu Bakar R.A yang memberikan semua hartanya ke jalan Allah S.W.T sehingga tiada apa yang tinggal untuk dirinya melainkan pakaian yang dipakai dan…
Curahan rasa anuar @ ..Oswald Justin : Lebih Lumayan Daripada Gaji Seorang Chef
Orang bersedekah memang patut mendapat ganjarannya murah rezeki ..
Hukum alam memang begitu.. Orang yang memberi akan mendapatkan balasan..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Mrhanafi Bina Jenama Sendiri
Setuju dengan tulisan tuan, rezeki tuhan yang anugerahkan kepada hambanya dan kita perlu berusaha mendapatkan sebanyak yang boleh. Sesungguhnya rezeki tuhan itu luas dan tiada batas.
Perkara yang tiada batas paling saya suka kerana ia adalah anugerah Allah paling indah buat umatnya..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Mrhanafi Bina Jenama Sendiri
Memang betul tu DH. Saya ada seorang kawan lama. Buat bisnes dah bertahun-tahun. Bila dia ajak jumpa, tak pernah pun walau sekali dia terima pelawaan untuk saya yang bayar lepas makan. Semua dia yang hulur dulu. Dia ajak saya ke atau saya ajak dia keluar minum, tetap dia yang payung.
Dan itu jadi salah satu sebab perniagaan dia bertambah maju. Sentiasa memberi kepada orang lain.
Alhamdulillah
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Aku nak mintak kerja ni. Pinjam resume kau boleh? Nak tiru untuk mohon kerja
Ada juga usahawan yang buat FB Ads untuk kutip sumbangan pusat tahfiz.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Daftarkan Uber Driver Dapat Komisyen
Ya.. Ada seorang kawan saya… Dulu rakan sekerja saya… Tapi sekarang dah jadi usahawan internet secara Full Time…
Curahan rasa Anuar @ ..Oswald Justin : Lebih Lumayan Daripada Gaji Seorang Chef
Kawan saya tu ada ambil satu sekolah Tahfiz sebagai sekolah angkat… Sebahagian keuntungan perniagaan disalurkan kepada sekolah Tahfiz tersebut…
Curahan rasa Anuar @ ..Oswald Justin : Lebih Lumayan Daripada Gaji Seorang Chef
Memang hebat juga kuasa sedekah ini.. Tak terfikir oleh fikiran kita
Curahan rasa mrhanafi @ ..Stori Kelas Memandu Jadi Kenangan Terindah
betul.. kuasa sedekah dan memberi ni memang kuat. kita je yang tak perasa
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Dunkirk
Betul tu lagi banyak kita memberi lagi banyak kita akan dapat ganjaran semula, heee
Formula mudah.. The More you give the more you get
siapa tak suka gandakan duit. kita selalu lupa yg allah akan gandakan rezeki jika kita bersedekah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Punca RTM Haramkan Lagu Despacito
ya betul!! Dalam Al-Quran pun banyak kali disebut tentang ganjaran untuk orang yang suka bersedekah….
Curahan rasa Anuar @ ..Oswald Justin : Lebih Lumayan Daripada Gaji Seorang Chef
Tips belanja orang makan ni memang sudah terbiasa bagi masyarakat kita. Tak kira lah melayu ,cina india semuanya kalau bersangkut dengan bisnes pasti ada acara makan – makan dekat luar.
Curahan rasa onlajer @ ..Pengalaman Buat Duit dengan Lazada bergitu menyeronokan
Betul, paling senang nak buat baik ialah belanja kawan, belanja keluarga dan belanja bos hehehe.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bayar Hutang Dengan Komisyen Uber
Betul tu . Sedekah beri kita pahala di samping itu kita akan dpt lebih rezeki dari tuhan. Kuasa bersedekah ni mmg ohsem tau
Curahan rasa Ainun Kalisah @ ..Comment on Doktor Kata Gemuk Susah Nak Mengandung, Dah Turun Berat Pun Tak Mengandung Juga… by raihanah
In shaa Allah saya teringin juga nak amalkan sedekah..
Bukan setakat saya.. Orang lain juga
Curahan rasa mrhanafi @ ..Stori Kelas Memandu Jadi Kenangan Terindah
Betul! Nikmat memberi hanya dapat dirasai oleh orang yang suka memberi. Jadi mulakan sekarang…tanamkan sikap suka memberi. Mulakan dahulu dengan jumlah yang sedikit…kemudian boleh ditambah jumlahnya.
Biasakan memberi sedikit dari jumlah pendapatan bulanan untuk sedekah. Mahu memberi setiap hari mungkin susah sikit, jadi beri sekaligus sekali sebulan. Ikut kiraan zakat 2.5% dari jumlah pendapatan bulanan untuk sedekah.
Curahan rasa tukangmasak @ ..SAFA Bakery & Café Menawarkan Aneka Biskut Raya Hasil Tangan Bukan Mesin!
Satu tip yang boleh diterima pakai juga ni.. Boleh juga orang. Orang lain nak mengikutinya nanti.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Stori Kelas Memandu Jadi Kenangan Terindah
Benar, memberi walau pun kecil jumlahnya, tapi dilakukan dengan konsisten pasti besar ganjarannya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Gaji RM10 Ribu Sebulan Dengan Bisnes
Sesiapa yang bersedekah pasti akan mendapat ganjarannya walau dia bukan Islam. Yang bukan Islam selalunya Allah beri ganjaran…semakin kaya, awet muda, kesihatan yang baik, panjang umur dan segala yang baik-baik atas dunia.
Di akhirat nanti lain lah balasanya kerana dia tidak beriman.
Curahan rasa McYanni @ ..8 Panduan Bagaimana Cari Kerja Yang Sesuai
Pernah juga saya ajak kawan nak belanja minum, tapi dia ingat saya ajak buat MLM, jadi dia tak jadi minum sama.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pengalaman Pemandu Uber Kuala Lumpur
Ada jugak yer kawan yang berprasangka macam tu… kesian dekat tuan Ikhwan Fahmi..
Curahan rasa anuar @ ..Oswald Justin : Lebih Lumayan Daripada Gaji Seorang Chef
Teringat kisah penanam durian yang setiap kali musim durian…satu bakul durian mula-mula luruh akan disedekah kepada jemaah masjid. Jemaah kenduri durian selepas solat. Hasilnya…durian dari kebun beliau semuanya berkualiti tinggi dan buah di pokok lebat!
Curahan rasa ahmadyani @ ..Ini Penjelasan Yang Betul Tentang Salah Faham Perniagaan Ebay
Begitulah hebatnya kuasa sedekah orang yang ada kebun durian, mudah mudahan kita boleh mencontohinya juga.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bayar Hutang Dengan Komisyen Uber
Comments are closed.