Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
Bagi memberi perkhidmatan kepada golongan kurang berkemampuan seperti fakir miskin serta golongan asnaf , Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai membuka sebuah klinik yang diwakafkan hasil kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).
Klinik Pakar Kesihatan USIM yang mula beroperasi sejak bulan April 2014 terletak di Nilai Square memberi peluang kepada masyarakat sekitar mendapatkan perhidmatan daripada pakar-pakar perubatan USIM dengan kadar bayaran berpatutan.
USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd. (UTHSB) ditubuhkan pada 17 Mac 2009 dan mengendalikan Pusat Pakar Kesihatan USIM (PPKU) yang menawarkan perkhidmatan pakar perubatan, pakar pergigian dan rawatan pesakit luar kepada masyarakat di sekitar Nilai.
Pusat ini mempunyai kelebihan dari segi modal insan kerana melibatkan doktor-doktor pakar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Fakulti Pergigian USIMF. la juga dilengkapi dengan peralatan yang berasaskan teknologi terkini.
Apa yang menarik dan terbaik di Klinik Pakar Kesihatan USIM ini adalah dengan adanya tabung Tabarru’. Untuk Tabung Tabarru’ itu tujuannya adalah untuk membiayai kos rawatan bagi golongan asnaf yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Sumber tabung ini diperolehi daripada sumbangan orang ramai dan juga syarikat korporat.
Pusat Pakar Kesihatan USIM (PPKU) menawarkan perkhidmatan yang komprehensif yang merangkumi bidang-bidang berikut:
- Perundingan perubatan, prosedur dan diagnostik
- Perubatan Am & Perubatan Keluarga
- Pakar Perubatan Dalaman
- Pakar Ortopedik
- Perbidanan Dan Sakit Puan (O&G) : klinik antenatal dan postnatal, klinik infertiliti, dan klinik kesihatan wanita.
- Klinik Mata (Oftalmologi)
- Pembedahan : pembedahan am, berkhatan.
- Klinik Telinga, Hidung dan Tekak (ENT)
- Radiologi : ultrasound, x-ray
- Pergigian : diagnosis, tampalan, crown & bridge, periodontik, rawatan akar, pembedahan kecil, rawatan pencegahan, otodontik (braces), prostetik, implan dan pemutihan gigi.
- Farmasi
- Pemeriksaan dan saringan kesihatan
- Ceramah kesihatan
- Perundingan kesihatan Islami
- Kemudahan makmal
- Panel
Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan di klinik USIM tersebut, bolehlah bertemu dengan pegawai khidmat pelanggan di situ. Pemeriksaan kesihatan percuma untuk golongan asnaf dan fakir Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan juga ada diadakan mengikut jadual.
Untuk temujanji dan pertanyaan hubungi mereka di talian 06-8504921
Alamat :
Klinik Pakar Kesihatan USIM
Lot 193-194, Jalan Nilai Square 6
Nilai Square, 71800 Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus
Sila follow Facebook Klinik Pakar Kesihatan USIM untuk maklumat lebih lanjut.
26 Comments
terima kasih udah di share artikel nya sangat menarik like
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
Melihat kegigihan doktor dan jururawat di Malaysia, membuatkan saya bersemangat untuk menulis dalam niche kerjaya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Ebook Percuma Separa Perubatan
inilah yang dikatakana kejar dunia, kejar akhirat..seiringan. semoga pengurusan Klinik Kesihatan USIM terus dikurniakan rezeki yg mencurah atas kerja amal ini.
Curahan rasa JMR @ ..Cara Sediakan Susu Anak Semasa Penerbangan
Khidmat masyarakat cmnie mmg elok diamalkan selalu. Tahniah klinik USIM kerana melakukan kebajikan dengan membantu asnaf. 🙂
Curahan rasa Galaksi Viral @ ..BRITNEY SPEARS THAILAND vs VIETNAM vs PINOY vs KEMBOJA vs LOAS vs MYANMAR. SAPA MENANG?
Alhamdulillah, semakin mudah untuk masyarakat setempat nak dapatkan rawatan terutamanya golongan asnaf. Semoga bermanfaat
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Pengalaman Bersalin Anak Pertama di Hospital Serdang, Terasa Dipotong Hidup-hidup
Alhamdulillah, semakin mudah untuk masyarakat setempat nak dapatkan rawatan terutamanya golongan asnaf
Alhamdulillah… Banyak perkhidmatan yang disediakan oleh klinik Pakar Kesihatan USIM… Semoga dapat memebri kemudahan kepada ramai pesakit…
Curahan rasa Anuar @ ..Ibadah Qurban atau Aqiqah Kambing di Mekah Pada Musim Haji cuma RM500 sahaja!
Comments are closed.