Tiga anggota TUDM maut, seorang parah dalam kejadian tembakan

Spread the love

Tiga anggota Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dipercayai maut, manakala seorang lagi cedera parah dalam kejadian tembakan yang berlaku di Kem SKN 330 TUDM CRC, Kota Samarahan pagi tadi, lapor Sinar Harian.

Menurut Sinar, kejadian itu dipercayai berlaku sekitar pukul 7.15 pagi pada Jumaat di Balai Pengawal Handau Skuandron 330 TUDM, Kota Samarahan.

Sumber memetik Sinar berkata, berdasarkan siasatan awal yang dijalankan, kejadian itu melibatkan empat anggota TUDM yang bertugas di balai pengawal tersebut.

“Punca kejadian masih lagi dalam siasatan. Bagaimanapun mengikut laporan awal, tiga anggota maut di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah dan dirawat di Hospital Jantung Kota Samarahan,” katanya kepada Astro AWANI, lapor Sinar Harian.

Mengesahkan kejadian tersebut, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi ketika dihubungi Sinar memaklumnya bahawa pihaknya telah menerima laporan berhubung insiden itu.

”Kita ada terima laporan tersebut dan sedang menyiasat punca kejadian. Mengenai maklumat mangsa masih lagi menunggu laporan penuh.

“Pihak polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kes ini dalam waktu terdekat,” katanya kepada sinar.

Sumber: Sinar Harian/bernama


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!