Penetapan Muharam sebagai bulan awal dalam kalendar Hijrah

Spread the love

Berikut merupakan perkongsian Faisal Rahim berkaitan penetapan bulan Muharam sebagai bulan pertama dalam kalendar islam.

Penetapan Muharam sebagai awal tahun Islam ditetapkan oleh Saidina Umar pada tahun ke-17 hijrah. Beliau berbincang dengan sahabat-sahabat yang lain.

Antara cadangan bulan 1 dalam tahun Islam ini ditetapkan pada:

1. Tarikh lahir Nabi SAW.

2. Tarikh Nabi saw diutuskan.

3. Bulan Ramadan.

Kemudian Saidina Umar memilih Muharam sebagai bulan pertama dalam kalender Islam kerana waktu itu para jemaah haji sudah berangkat pulang ke tanah air masing-masing.

Tahun pertama pula ditetapkan pada tahun hijrah untuk memisahkan antara hak dan yang batil.

Bagi yang masih tak tahu, Rasulullah SAW tidak berhijrah pada bulan Muharam seperti yang ramai sangka dan terdapat pada lagu nasyid.

Baginda SAW berhijrah pada bulan Safar dan sampai ke Madinah pada awal bulan Rabiulawal. Nama-nama bulan dah ada. Cuma takde kiraan tahun waktu itu. Begitulah.

Kredit: Faisal Rahim


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!