Kejadian tembakan dan kemalangan di Banting, Selangor

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Banting: Seorang lelaki cedera parah dengan kesan tembakan di beberapa bahagian badan dalam kemalangan di hadapan Sekolah Menengah Telok Datok, dekat sini, tengah hari tadi.

Malah, pelajar sekolah antara beberapa individu dilaporkan cedera akibat kejadian tembakan dan kemalangan babitkan BMW dan Proton Wira di depan SM Telok Datuk, Banting Selangor.

Dalam kejadian tersebut pemandu BMW cedera parah dengan beberapa kesan tembakan di badan.

Polis mengesahkan 3 Pelajar cedera dipercayai dirempuh kenderaan pada bahagian kaki dan leher. Ketiga-tiga mangsa masih dirawat di hospital bagi mengenalpasti kecederaan lanjut – Ketua JSJ Selangor.

Kejadian tembak-menembak berlaku jam 12:45 tengahari apabila sebuah motosikal ditunggang 2 suspek telah mengekori dan melepaskan sekurang-kurangnya 9 das tembakan ke atas sebuah kereta jenis BMW yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu yg merupakan bodyguard kepada kepada seorang lelaki India – Ketua JSJ Selangor.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Azizan Tukiman berkata, ia berdasarkan penemuan sembilan kelongsong peluru di lokasi kejadian.

Siasatan awal mendapati kedua dua mangsa terkena beberapa das tembakan di dada dan beberapa bahagian badan. Semasa mangsa cuba melarikan diri melalui di hadapan sekolah kereta mereka telah merempuh beberapa orang pelajar sekolah menengah dan beberapa buah kereta.

Tiga pelajar cedera berusia 13 dan 18 tahun (tingkatan 1 dan tingkatan 6) Mangsa calar-calar di badan, tangan dan terseliuh kaki. Dilanggar BMW ketika berada di pagar sekolah. Pemandu Wira yang dirempuh juga cedera ringan (pesakit luar di Hospital Banting).

Dua lelaki yang parah ditembak usia 22 (ahli pernigaan) dan 29 tahun (bodyguard) masih dalam keadaan kritikal di HTAR, Klang untuk pembedahan keluarkan peluru.

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!