The World’s Most Expensive Cities 2010

Salam 1Malaysia, salah satu hobi aku adalah mengembara keseluruh pelusuk alam ciptaan Allah melihat kejadian alam dan kehidupan manusia yang pelbagai. Aku suka menjejaki kaki ke kampung, desa dan bandar terutama yang terpencil. Setakat ini aku baru sempat mengembara beberapa belas bandar di Asia seperti Bangkok, Jakarta, Phuket, Medan, Jeddah, Bandung, Siem Reap, Pekanbaru, Bandar Sri Bengawan, Hongkong, Bali, Singapore, Padang, Madinah, Macau, Bukit Tinggi, Stoeng Treng, Kowloon, Bogor, Mekah, Doha, Bengkulu, Kracheh, Sungai Golok, Kampung Cham, Batam, Phnom Penh dan lain-lain lagi. Berazam setelah selesai mengerjakan Haji aku akan mula mengembara ke benua Eropa, New Zealand, Afrika dan Amerika.

Kuala Lumpur still the best

Kepada teman-teman yang juga seperti aku suka mengembara di sini aku senaraikan 10 Bandar Raya termahal di dunia.

1. Tokyo, Jepun : Makan di restauran $18, beras $8.47/kg, tiket wayang $22.

2. Oslo, Norway : Makan di restauran $43, beras $5.66/kg, tiket wayang $16.

3. Luanda, Angola : Makan di restauran $47, beras $4.73/kg, tiket wayang $13.

4. Nagoya, Jepun : Makan di restauran $19, beras $9.14/kg, tiket wayang $20.

5. Yokohama, Jepun : Makan di restauran $17.39, beras $6.54/kg, tiket wayang $19.50.

6. Stavanger, Norway : Makan di restauran $18, beras $8.47/kg, tiket wayang $22.

7. Kobe, Jepun : Makan di restauran $16, beras $8.57/kg, tiket wayang $20.

8. Copenhegen, Demark : Makan di restauran $36, beras $4.85/kg, tiket wayang $15.

9. Geneva, Switzerland : Makan di restauran $30, beras $3.81/kg, tiket wayang $16.

10. Zurich, Switzerland : Makan di restauran $25, beras $3.36/kg, tiket wayang $16.

Orang tua kata jauh perjalanan luas pandangan dan pasti timbul rasa keinsafan tapi kalau setakat duduk kat hotel 4-5 star je tak rasa sangat nikmatnya. Firman Allah swt :

Dan apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka, sedangkan orang-orang itu adalah lebih besar kekuatannya dari mereka? Dan tiada sesuatupun yang dapat melemahkan Allah baik di langit maupun di bumi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” QS. Fathir (35) : 44

115 Comments

      1. @Steward John, hoh, kalo camtuh nak jln2 g jepon kne bawak botol air sendiri dari Mas. pastu kalo leh bawak water heater skali incase takde heater kat sane. ngeh2. pastu beli roti banyak2 gak. isk2. payah neh. cuti2 malaysia je lah :mrgreen:
        Curahan rasa huda @ ..QuoteMy Profile

            1. @huda, paling best memang negara sendiri sebab tu aku marah betul kalau tengok atau dengar rakyat malaysia kutuk negara sendiri terutama yg duduk dalam malaysia tak pernah keluar2.

    1. @Fitrihadi.com, Setuju sangat dengan Fitrihadi tu. Dah la tanah pun semakin berkurangan dekat sini.. nak sewa sebilik pun dah mahal sangat.

  1. Expensive cities, tapi salary diorang pun tinggi. Not a big problem lah. Ni, kalau di Malaysia tiket wayang $22, mau pengsan xnak pergi tengok wayang 😛

    1. Ya lah gaji diaorang tinggi. Tu yg jadi takut kalau gaji kita tinggi boleh juga jadi macam tu. Tapi Angola tu tinggi ke gajinya???

    2. @bluecrystaldude, Setuju sangat bro. Bak kata kawan saya yang menetap dekat Australia, sekali makan sana nak mencecah RM30++, baru makan, belum minum.. Tapi gaji sana memang tinggi. Setiap minggu gaji keluar.. Kerja sebagai cashier pun dah ok.. tapi entah la kalau betul ker tak.

      1. @Fitrihadi.com, Kalau dekat Australia tau la sikit2. Ada kawan dah menetap dekat sana. Memang tidak dinafikan barang sana mahal, tapi Gaji agak lumayan berbanding dengan gaji di Malaysia.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!