Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tiada apa yang dapat diluahkan melainkan sebak dihati setiap kali membaca kisah tragedi tahan runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa. Begitulah rapuhnya nyawa sekelip mata hilang diambil Allah SWT dengan berbagai cara. Tiada apa yang boleh kita banggakan harta benda dan pangkat tidak dapat menghalang apabila sudah tiba masanya. Kejadian ini adalah peringatan kepada diri kita adakah sudah bersedia?
Terkini Tragedi Tahan Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa sambungan dari entri “Tahan Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat“
1. Operasi yang bermula jam 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada jam 5.05 pagi. Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat – Bharian.com.my
2. Mangsa yang maut terdiri daripada 16 kanak-kanak dan seorang dewasa dikenali sebagai Azrel, Nael, Zaim, Rahimi, Angah, Boboy, Zaid, Abang Farid, Shahrul, Lokman, Riz, Fahad, Aiman, Hazim, Mustakim dan Hasril berusia empat tahun hingga 30-an – Utusan.com.my
3. Mangsa yang terselamat terdiri daripada 9 kanak-kanak dan dewasa dikenali sebagai Khairul, Hairis, Harris, Akmal, Aizat, Alaudin, Irwan, Din dan Syafiq berusia empat tahun hingga 30-an – Bharian.com.my
4. Dua dari sembilan mangsa kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat semalam kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital Ampang dan seorang sedang menjalani pembedahan, menurut seorang pegawai khidmat pelanggan hospital berkenaan hari ini. Enam mangsa yang cedera ditempatkan di wad biasa Hospital Ampang – Bharian.com.my
5. TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh melibatkan anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat. Selain itu Timbalan Perdana Menteri berkata, kos perubatan bagi mangsa yang cedera dan pengebumian mangsa yang meninggal juga akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan – Utusan.com.my
6. Tujuh daripada 16 mangsa yang maut dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding di Hulu Langat hari ini. Kesemua jenazah tujuh mangsa itu dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 2.30 petang. Dua lagi mangsa dikebumikan di Kampung Jenderam Hilir, Dengkil selepas solat Zuhur hari ini, manakala tujuh lagi mangsa lain sudah dituntut ahli keluarga masing-masing dari Hospital Kuala Lumpur.
Klik @ Berita terkini tragedi sedih.
KEPADA BLOGGER DAN PEMBACA YANG BERHASRAT UNTUK MENYUMBANGKAN DERMA IKHLAS KEPADA RUMAH ANAK YATIM AL-TAKWA TERUTAMA YANG DI LUAR KUALA LUMPUR BOLEH MENGHUBUNGI AKU MELALUI CONTACT, PESANAN TWITTER DAN FACEBOOK. SETIAP SUMBANGAN ANDA AKAN KAMI DOUBLE KAN. SEMUGA SUMBANGAN KITA DAPAT MERINGANKAN BEBANAN BERAT YANG SEDANG DILALUI OLEH SEMUA YANG TERLIBAT. KEPADA BLOGGER JOOM KITA BERTINDAK MEMBANTU MANGSA.
[ad#nuffnang336]
36 Comments
salam al-fatihah untuk yg yg yelah pergi…semoga mereka berada di syurga nanti.utk ibubapa salam takziah bt mereka.selalulah berdoa utk mereka.amin
al fatihah kepada mangsa yg terkorban..salam takziah..
Setiap kejadian itu dengan izin Allah. Baik atau buruk yang datang itu bersebab. Kebaikan itu dari Allah. Ia nikmat dan disyukuri. Keburukan itu biasanya bersebab dari kecuaian dan kealpaan manusia. Namun masih ada hikmah yang boleh diambil. Semoga akan datang ia menjadi peringatan.
al-fatihah utk yg terkorban
Al-Fatihah kepada semua mangsa yang meninggal dunia dan takziah kepada keluarga mereka-mereka yang terlibat.
Curahan rasa Sabahan Bloggers Club @ ..Nuffnang blog advertising community
sedih dengan peristiwa ni…
Curahan rasa yusri @ ..Harga Ron 95- RM1 seliter
Ya, betul tu..peristiwa yang sangat menyedihkan…
Curahan rasa KDN @ ..What is acne
takziah diucapkan kepada mereka..hikmah disebalik keadian yng Allah dh aturkan….semoga ruh mereka berada bersama org yang beriman,solihin dan para syuhada’
Curahan rasa Milo Ais @ ..Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rajiu’n – Tanah Runtuh Di Hulu Langat
Semoga menjadi pengajaran buat semua & semoga yang pergi akan mendapat Redha Allah & kepada yang terlibat, sabarkan hati, tabahkan diri semoga anda semua berada dikalangana orang-orang soleh… Amin
Sebak bila terbaca berita ni
Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa yang tekorban
Curahan rasa wazy @ ..XPDC-Ulat Dan Kulat
sedih lihat adik-adik tu semua 🙁
Dari Allah kita datang… Kepada Allah juga kita akan kembali… Al-Fatihah
DAri Allah kita datang kepadaAllah kita kembali… Al-Fatihah untuk mereka yang pergi
Curahan rasa PenaDigital @ ..Tertimbus Di Hulu Langat III Gambar Tidak Disiarkan Di Akhbar oleh Mazidul Akmal Sidik
Al-fatihah kepada mangsa yang terkorban. Semoga ditempat kan dalam kalangan orang yang beriman.
Curahan rasa Hisyam @ ..Adab Mendengar Azan
alfatihah diutuskan buat semua 17 mukmin yg terkorban. panggilan Allah telah sampai kpd mereka dulu. kita yg hidup hendaklah sentiasa berusaha kembali ke jln Allah sblum Allah menjemput kita pulang
Curahan rasa ekspresiruang @ ..The Cut Chair- Dijamin Selamat Untuk Duduk Walaupun Dipotong 3 Kakinya
Terima kasih atas update ini.. Semoga roh mereka yg terkorban ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. Dan harap perkara sebegini takkan berlaku lagi.. 🙁
Curahan rasa Bella Enveeus @ ..Landslide at orphanage
Comments are closed.