Assalamualaikum dan salam 1Dunia, akhirnya keputusan pilihan raya DUN Sarawak 2011 secara rasmi diumumkan oleh SPR pada jam 11.00pm memihak kepada Barisan Nasional dengan menguasai 55 kerusi diikuti DAP 12, PKR 3 dan BEBAS 1. Keputusan ini pasti sudah dijangka oleh DS AnWAR Ibrahim yang telah terbang keluar negara semalam meninggalkan askar-askar PKR.
Barisan Nasional menang 2/3 kerusi tetapi ini adalah merupakan kekalahan paling teruk semenjak pilihan raya diadakan di Sarawak dan merupa kemenangan DAP yang terbanyak. DAP menguasai kerusi bandar-bandar besar manakala Barisan Nasional menguasai kerusi luar bandar. Jumlah undi Barisan juga berkurangan daripada 62.93% kepada 55.24%.
Tiba masa untuk ketua menteri memikirkan plan perubahan kuasa kepada pemimpin Sarawak yang lebih muda yang boleh menyokong rancangan transformasi Malaysia bersama PM DS Najib Razak. Kepada pemimpin yang terpilih esok bermulalah tugas besar bekerja bersama rakyat untuk membangunkan Sarawak menjadi setanding dengan Negeri-negeri di Semenajung.
TAHNIAH BARISAN NASIONAL DAN TAHNIAH JUGA KEPADA PEMIMPIN PAKATAN YANG MENANG. Sudah pasti kombinasi ini akan menguntungkan rakyat.
Untuk mendapat daripada berbagai sumber keputusan dan analisa pilihan raya DUN Sarawak TERKINI terus sahaja @ LIVE 1Malaysia Blog Politik
Kepada blogger yang nak menang hadiah buku terbaru Tun Dr. Mahathir bertajuk “A Doctor in The House” bernilai RM100 mudah sahaja buat entri “Keputusan Pilihan Raya DUN Sarawak 2011″ dan buktikan jumlah trafik yang singgah ke blog anda dengan meninggalkan link entri yang ada screenshot Keywords dan jumlah trafik diruang komen. Blog yang mendapat trafik tertinggi berdasarkan keywords “Keputusan Pilihan Raya DUN Sarawak 2011″ mengikut analisa Google Analytic atau Getclicky atau Nuffnang akan menang hadiah istimewa buku tulisan Tun Dr Mahathir. Contest akan ditutup pada jam 11.59pm 17/4/2011. Ada berani nak join ke??
[ad#nuffnang336]
[ad#Adsense234x60]
60 Comments
Sapapun yang menang, utamakan lah keperluan rakyat dulu…jangan ler dok pentingkan kantung sendiri plak….tu je pesanan rakyat.
Curahan rasa yas @ ..Demam la plak
jentera bn boleh berkempen sampai ke pedalaman sarawak kerana mereka mempunyai asset rakyat seperti helikopter dan sebagainya….terbang je…free..tak seperti opposition…terpaksa bersusah payah pki jalan darat…tahu tahu lah perhubungan ke pedalaman sarawak mcm mane…:-)..(peace)
langsung takde keyword tu masuk :(( entry tu pn ada 47 pageviews je
http://www.ieyra.com/2011/04/keputusan-rasmi-pilihan-raya-dun.html
BN menang seperti yang diduga..aku nak tengok si Taib tu nak bersara bila plak..dalam masa terdekat ni atau 5 tahun lagi..
Curahan rasa titan @ ..Komisen ke 14 dari Paid-to-Promotenet
Dah siap entri. tunggu trafik ^_^v
Curahan rasa hanisaleeya @ ..Keputusan Penuh Pilihanraya Negeri Sarawak 16 April 2011
mcm takde pn org nak serach keyword tu -.- tp post tu ada banyak pageviews.
Tak pernah sampai lagi id sarawak ,agaknye macam mana diorang celebrate kemenangan bn yer
Curahan rasa Razlan @ ..Contoh resume juruteknik komputer
Tahniah buat jentera BN
Curahan rasa wazy @ ..Mempercepat Buffering Video Tanpa Software
Ini cuma pandangan peribadi saya sahaja yer dan mintak jangan disalahtafsirkan.
Pada saya, orang cina memang bijak. Diorang ni kalau bab politik memang tidak terlalu fanatik sangat. Bila berada dalam politik diorang akan ikut kepada pemimpin yang boleh memberi mereka kepercayaan penuh dan bekerja kuat untuk ekonomi yang mereka sumbangkan. Gaduh dan selisih pendapat dalam politik diorang tetap gaduh. Tapi bila diluar bidang politik, diorang ni bersatu padu. Perselisihan pendapat diorang ketepikan sebab diorang ni aktif bepersatuan. Lihat sahaja dibandar2, mesti ada bangunan besar tertera nama Persatuan anak2 polan si polan. Itu kelebihan orang Cina.
Sebagai panduan, Orang melayu kena ambik contoh ini untuk lebih maju macam orang Cina. Ini tidak, hal politik bawak sampai kedai kopi. Itu yang membuatkan segelintir orang melayu rasa tak senang.
Untuk renungan bersama…..
Setuju sangat tu mereka boleh berbeza pendapat dalam hal tertentu tetapi dah bersatu hati dalam hal yg lain. Bagi mereka pemimpin datang dan pergi tetapi bangsa mesti dijaga tak macam kita kalau dah tak sehaluan lansung tiada titik pertemuan. Pasti anak bangsa di masa depan akan merasa akibat gelojoh politik pemimpin melayu.
setuju juga 🙂
kita sudah lama melihat perpaduan orang cina ini dalam berpesatuan,misalnya, kalau kerajaan naikkan harga gula pada hari ini,pasti esok minuman kopi ke teh ke naik 10 sen serentak.sebab mereka ada persatuan yang mempunyai kuasa kuat untuk menentukan kenaikan.mereka ada persatuan restoran dan minuman,dan apa saja barangan yang ada dalam pasaran.dengan berpesatuan juga perniagaan mereka kukuh.setuju betul,jika orang Melayu mempelajari serta mengamalkannya.
apa kata buat satu parti baru bumiputera. semua kaum melayu, dayak, iban, kadazan masuk sini, tak kira agama apa asal bumiputera. cina dan india biar sokong DAP. Bumiputera semua sokong parti baru ni. baru boleh tengok perubahan besar yang nak jadi.
nak merasa kena perintah dengan cina sokong la DAP. belum kena pemerintahan bawah orang cina sedap la berkokok. kalu dah kena dan merasa baru la tahu langit tinggi ke rendah macam apa yang dah terjadi kat melayu singapura.
Tau tak pe tapi soalnya demi politik melayu boleh buat apa saja utk meraih undi
saya dulu duduk kat Kidurong DAP pegang tapi ok je. Malaya dengan Sarawak cara pemikirannya lain ok ^_^V Malaya ni sikit2 nak gaduh itu ini tapi kat Sarawak tak pernah tengok lagi gaduh teruk2.
Curahan rasa hanisaleeya @ ..Keputusan Penuh Pilihanraya Negeri Sarawak 16 April 2011
belum sampai Sarawak lagi… bila nak ke sana
Curahan rasa yangbaik @ ..Pencetak 4 dalam 1 yang berkualiti superb dari Hp
Pernah sampai Miri dan Kuching beberapa kali. Ada niat nak pergi pendalaman tapi belum kesampaian.
memang dah agak yang BN akan menang….tahniah kat BN…:)
Curahan rasa niq @ ..Tingkatkan Traffic Blog Semudah ABC!
Yang menang kena kerja kuat n pasti lepas ni rakyat Sarawak akan dapat byk manafaat.
takpe, kerusi pembangkang dah bertambah
undi popular dah bertambah..
gelombang makin terasa, tunggu nak betul2 membaham je
🙂
Curahan rasa Esempoi @ ..Sangat Menarik… Mari Baca
Pandangan peribadi jangan ambil hati pakatan boleh membaham tapi kena ketepikan AnWar sementara waktu bagi dia selesaikan hal peribadi kemudian masuk balik gelanggang.
Comments are closed.