Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terima kasih kepada Intel Malaysia kerana sudi menjemput blog Denaihati, satu-satunya Blog di Malaysia bersama media-media lain ke majlis “Industry SME Roundtable” . Majlis yang dihadiri oleh bos besar Intel Malaysia, SME Bank dan SME Corp bertujuan untuk menjelaskan kedudukan usahawan IKS Malaysia dan melancarkan insentif terbaru dari Intel Malaysia.
Alhamdulillah kehadiran aku sebagai blogger di majlis “Industry SME Roundtable” memberi pendedahan yang baik dan aku telah dijemput untuk menghadiri “SME CEO Forum 2013” anjuran SME Corp dan Business Media International. Terima kasih kepada Pengurus Besar Business Media International yang telah memberi aku pas VIP secara percuma walaupun sepatutnya kena bayar ribuan ringgit. Itulah kehebatannya networking.
Di dalam ke dua-dua majlis ini berbagai informasi terkini usahawan IKS Malaysia telah dikongsikan dan yang paling mengejutkan sekali daripada 645,136 usahawan IKS Malaysia yang berdaftar hanya 27% sahaja yang menggunakan ICT itu pun majoriti hanya menggunakan komputer dan internet untuk urusan biasa bukan untuk pemasaran.
Pelik juga rasa dengan kadar celik ICT yang tinggi di Malaysia dengan berbagai usaha yang dilakukan oleh Kerajaan untuk menjadikan ICT pemudah kehidupan dan bisnis, masih ada 73% usahawan IKS Malaysia masih buta ICT. Kerajaan mensasarkan pada tahun 2020, 41% sumbangan GDP negara adalah daripada IKS berbanding 32% pada tahun 2010. Sasaran ini akan hanya tercapai sekiranya usahawan IKS Malaysia menggunakan ICT sebagai satu sistem dalam bisnis mereka kerana telah banyak terbukti bahawa ICT dapat membantu meningkatkan perolehan sesebuah syarikat IKS.
Usahawab IKS Malaysia terutamanya Usahawan Melayu mesti menerobos sempadan diri, memecahkan kebutaan ICT dengan meneroka kehebatan ICT menggunakan blog, sosial media, sistem pembayaran online dan sistem mobile untuk menembusi pasaran tanpa sempadan bukan sahaja di Malaysia tetapi keseluruh pelusuk dunia yang tercapai oleh kuasa Internet. Jangan kita terus menjadi usahawan Melayu yang hanya mengharap tongkat daripada Kerajaan untuk berjaya dan apabila bantuan habis maka lenyaplah kita daripada dunia bisnis lalu menjadi antara usahawan yang menyalahkan Kerajaan kerana tidak menyediakan bantuan untuk usahawan Bumiputera … sampai bila???
Video contoh Usahawan Kampung yang berjaya menakluk dunia
Program Latihan Usahawan IKS
Kepada usahawan IKS Malaysia jangan malu untuk belajar menggunakan ICT kerana telah terbukti ICT berjaya meningkatkan jenama dan jualan sesebuah syarikat. Contohnya eQurban.com, Little Scarf Collection dan banyak lagi usahawan IKS yang telah berjaya berkembang bukan sahaja di Malaysia malah melangkaui Malaysia dengan kuasa ICT.
eQurban contoh sebuah syarikat yang melangkaui Malaysia pemasaran dan operasinya. Baca kisahnya di FB eQurban.
Kepada Usahawan IKS Malaysia yang nak belajar bagaimana nak maksimakan ICT dalam perniagaan jangan malu jangan segan sila contact Akademi Denaihati Network. Kami menyediakan program khas untuk usahawan IKS Malaysia dengan yuran yang berpatutan dan paling penting akan menjadi mentor sehingga berjaya. Bertindaklah dari sekarang kerana dunia perniagaan bergerak begitu pantas atau anda akan ketinggalan dan terus mengeloh menyesali nasib. Yakinlah usahawan IKS Malaysia khasnya usahawan Melayu boleh menjadi usahawan dunia apabila kita mempunyai jiwa dunia dan tidak menjadi sebahagian daripada 73% ushawan IKS yang buta ICT.
Intel Level Up Your Business
Intel Malaysia dengan kerjasama SME Corp dan SME Bank menyediakan berbagai latihan kepada usahawan IKS Malaysia untuk meningkatkan kemahiran ICT. Bagi menyuntik semangat Intel Malaysia menyediakan insentif khas kepada usahawan IKS Malaysia dengan hadiah RM20,000 untuk meningkatkan sistem IT anda. Kepada semua usahawan IKS sila ambil peluang dan dapatkan maklumat di Intel Level Up.
Baca juga : Malaysia SME E-commerce Bundle Plan – Webshop999.com
Kalau mereka yang cacat boleh kenapa kita tidak …
60 Comments
Dimana ada kemahuaan, disitu ada jalan..
Curahan rasa weschairs @ ..Akhal Teke – Kuda Emas Sebenar
Setiap benda tidak akan datang bergolek, sedikit usaha perlu untuk memecahkan ruyung bagi mendapatkan sagunya.
Curahan rasa JunAina @ ..Perempuan Melayu Ayu…Terakhir Menggayakan Tudung Saji Melayu…Terakhir
Pendedahan perlu kepada mereka yang jadi pemangkin ekonomi negara…
Curahan rasa daddydee @ ..Menulis Untuk Menjemput Rezeki
memang rugi besar tak tau ict ..malu bertanya sesat jalan
satu kerugian yg besar sebenarnya tu…padahal dunia dh jau maju dlm ICT ni..sekarnag kita memerluka sesorang yang berjiwa besar untuk membawa usahawan IKS ke landasan perniagaan yang lebih meluas
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Jiwa-Jiwa Kecil
kenalah mendaftar diri dengan denaihati network….jangan malu untul menimba ilmu…
Dengan bantuan Denaihati Network, saya percaya akan dapat membantu meningkatkan keuntungan pendapatan Usahawan IKS di Malaysia… In Shaa Allah…
Curahan rasa Anuar @ ..Tanam Benih Dahulu, Tuai hasil Kemudian
ICT a.k.a dunia tnpa sempadan..setiap org ptot amik peluang skang ni..
Curahan rasa JMR @ ..Wordless Wednesday:People Nowadays
Peluang perniagaan didalam dunia lebih jauh kerana tidak ada sempadan. Info mengenai produk kita boleh dilihat dihujung dunia. Kalau pemasaran cara konvensional tidak mungkin berlaku dan kosnya pun tinggi.
Rugilah tidak manfaat peluang yang sudah terhidang didepan mata.
Curahan rasa akubiomed @ ..AkuBiomed akan lepak bersama Nuffies di Meeples
menarik kisah rumpai laut tu…laut pun lawa..rasa nak terjun ke sana je..haha
Curahan rasa Bahrain @ ..Berdiam Diri Lebih Baik Dari Berkata-Kata
sebab itulah kita kena tolong mereka.
Curahan rasa titan @ ..Tempahan qurban sempena musim raya haji 2013 – eQurban.com
Rugi tidak mengambil peluang yang terhidang kan? ICT mampu menarik lebih ramai pelanggan…
saya pernah pergi ke seminar industri halal anjuran HDC, rata-rata perserta adalah pakcik makcik yang tak tau langsung pasal ICT, email pun takde padahal mereka ada produk yang bagus. Rugi kat situ.
Curahan rasa tarmizishukri @ ..50 Idea Perniagaan Fotografi Dari Saiful Nang
betul tu… masih ramai usahawan yang ragu2 dengan keupayaan ict. ini kerana ramai dari usahawan iks ini terdiri daripada mereka yang berumur lebih dari 50. Bagi saya anak2 usahawan iks ini memainkan peranan didalam mempromosikan melaui medium ict
sangat rugi mereka kurang arif berkenaan ict. sedangkan ict lah antara lubuk pemasaran paling berkesan di era masa kini.
mereka perlu diberi pendedahan yg sewajarnya utk melangkah lebih maju kehadapan.
Comments are closed.