Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terima kasih kepada Intel Malaysia kerana sudi menjemput blog Denaihati, satu-satunya Blog di Malaysia bersama media-media lain ke majlis “Industry SME Roundtable” . Majlis yang dihadiri oleh bos besar Intel Malaysia, SME Bank dan SME Corp bertujuan untuk menjelaskan kedudukan usahawan IKS Malaysia dan melancarkan insentif terbaru dari Intel Malaysia.
Alhamdulillah kehadiran aku sebagai blogger di majlis “Industry SME Roundtable” memberi pendedahan yang baik dan aku telah dijemput untuk menghadiri “SME CEO Forum 2013” anjuran SME Corp dan Business Media International. Terima kasih kepada Pengurus Besar Business Media International yang telah memberi aku pas VIP secara percuma walaupun sepatutnya kena bayar ribuan ringgit. Itulah kehebatannya networking.
Di dalam ke dua-dua majlis ini berbagai informasi terkini usahawan IKS Malaysia telah dikongsikan dan yang paling mengejutkan sekali daripada 645,136 usahawan IKS Malaysia yang berdaftar hanya 27% sahaja yang menggunakan ICT itu pun majoriti hanya menggunakan komputer dan internet untuk urusan biasa bukan untuk pemasaran.
Pelik juga rasa dengan kadar celik ICT yang tinggi di Malaysia dengan berbagai usaha yang dilakukan oleh Kerajaan untuk menjadikan ICT pemudah kehidupan dan bisnis, masih ada 73% usahawan IKS Malaysia masih buta ICT. Kerajaan mensasarkan pada tahun 2020, 41% sumbangan GDP negara adalah daripada IKS berbanding 32% pada tahun 2010. Sasaran ini akan hanya tercapai sekiranya usahawan IKS Malaysia menggunakan ICT sebagai satu sistem dalam bisnis mereka kerana telah banyak terbukti bahawa ICT dapat membantu meningkatkan perolehan sesebuah syarikat IKS.
Usahawab IKS Malaysia terutamanya Usahawan Melayu mesti menerobos sempadan diri, memecahkan kebutaan ICT dengan meneroka kehebatan ICT menggunakan blog, sosial media, sistem pembayaran online dan sistem mobile untuk menembusi pasaran tanpa sempadan bukan sahaja di Malaysia tetapi keseluruh pelusuk dunia yang tercapai oleh kuasa Internet. Jangan kita terus menjadi usahawan Melayu yang hanya mengharap tongkat daripada Kerajaan untuk berjaya dan apabila bantuan habis maka lenyaplah kita daripada dunia bisnis lalu menjadi antara usahawan yang menyalahkan Kerajaan kerana tidak menyediakan bantuan untuk usahawan Bumiputera … sampai bila???
Video contoh Usahawan Kampung yang berjaya menakluk dunia
Program Latihan Usahawan IKS
Kepada usahawan IKS Malaysia jangan malu untuk belajar menggunakan ICT kerana telah terbukti ICT berjaya meningkatkan jenama dan jualan sesebuah syarikat. Contohnya eQurban.com, Little Scarf Collection dan banyak lagi usahawan IKS yang telah berjaya berkembang bukan sahaja di Malaysia malah melangkaui Malaysia dengan kuasa ICT.
eQurban contoh sebuah syarikat yang melangkaui Malaysia pemasaran dan operasinya. Baca kisahnya di FB eQurban.
Kepada Usahawan IKS Malaysia yang nak belajar bagaimana nak maksimakan ICT dalam perniagaan jangan malu jangan segan sila contact Akademi Denaihati Network. Kami menyediakan program khas untuk usahawan IKS Malaysia dengan yuran yang berpatutan dan paling penting akan menjadi mentor sehingga berjaya. Bertindaklah dari sekarang kerana dunia perniagaan bergerak begitu pantas atau anda akan ketinggalan dan terus mengeloh menyesali nasib. Yakinlah usahawan IKS Malaysia khasnya usahawan Melayu boleh menjadi usahawan dunia apabila kita mempunyai jiwa dunia dan tidak menjadi sebahagian daripada 73% ushawan IKS yang buta ICT.
Intel Level Up Your Business
Intel Malaysia dengan kerjasama SME Corp dan SME Bank menyediakan berbagai latihan kepada usahawan IKS Malaysia untuk meningkatkan kemahiran ICT. Bagi menyuntik semangat Intel Malaysia menyediakan insentif khas kepada usahawan IKS Malaysia dengan hadiah RM20,000 untuk meningkatkan sistem IT anda. Kepada semua usahawan IKS sila ambil peluang dan dapatkan maklumat di Intel Level Up.
Baca juga : Malaysia SME E-commerce Bundle Plan – Webshop999.com
Kalau mereka yang cacat boleh kenapa kita tidak …
60 Comments
Mungkin juga mereka sadar pentingnya ICT tapi karena punya asisten atau pegawai yang menguruskan masalah itu jadi mereka malas untuk mempelajarinya
Curahan rasa munir ardi @ ..Hasil Akhir Liga Champion 2013/2014 Barcelona Vs Ajax 4-0 Messi Hattrick
kena wujudkan satu team yang akan menbantu mereka ini untuk belajar
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Minda Kita Mudah Di Brainwash?
saya rasa bukan pasal buta IT tetapi lebih kepada tidak menyedari kepentingan ICT itu sendiri terhadap bisnes, malah jangan terkejut ada bisnes berskala franchise milik melayu, tidak mahu sebut disini masih x guna atau tidak menyedari kepentingan ict utk bisnes besar mereka, sedih tgk begini
Curahan rasa Juan @ ..Cara Pantas Menurunkan Berat Badan
aku rasa blogger macam denai hati ni dah boleh buat satu plan untuk dekat kan diri dengan usahawan IKS ini..kiranya blogger ni jadi orang tengah kepada golongan kurang celik IT ni..kita yang tolong promote..lebih kurang macam mudah.my…mungkin dlm bentuk affiliate pun boleh..takkan dalam bentuk iklan..takkan kita nak tunggu kerajaan je bertindak…kita cari jalan jugak untuk bantu sambil2 kita pun boleh ambik komisyen sikit daripada mereka ini…ataupun blogger boleh jadi pakar runding untuk promote barangan mereka di peringkat yg lebih meluas..amacam ada bran
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Blog sebagai pendapatan sampingan !
Mungkin disebabkan penembusan jalur lebar yang belum benar-benar menyeluruh.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Banyak Untung Jadi Rakyat Malaysia.
ICT memang sangat sangat penting untuk memasarkan jenama dan produk dengan lebih berkesan. Kos pun boleh dikurangkan. Mungkin mereka masih tak memahami impak penggunaan ICT dalam bisnes diorang.
Curahan rasa Joe @ ..Komisyen Ke-34 Dari Jobdirumah
Harapnya, pendedahan angka sebegini dan program sebaik ni dimanfaatkan sepenuhnya oleh IKS.
Curahan rasa hafizmd @ ..Wordless Wednesday #44 ‘Kulit’ Lebih Responsive!
lepas ni kalau yang 73% boost-kan bisnes mereka melalui internet lagi la meletup dia punye bisnes
Curahan rasa Shahrul @ ..Google ada akses untuk kata laluan Wi-Fi pengguna
Banyak inisiatif, dana dan subsidi diberikan namun, ketinggalan tetap ketinggalan walaupun pelbagai program yang kerajaan telah laksanakan seperti MEB baru-baru ini.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Usahawan IKS Ketinggalan Dalam ICT
Memang rugi kita sebagai Bumiputera masih ketinggalan dalam ICT. Semoga kita tidak dalam kolompok mereka yang ketinggalan? Tersangat rugi…jika peluang ynag kerajaan berikan tidak diambil dengan sepenuhnya.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Usahawan IKS Ketinggalan Dalam ICT
ruginya… patutlah tak ramai yang kelihatan di laman network… tiba-tiba timbul semangat nak jadi usahawan pula… hehehe
Curahan rasa yangbaik @ ..Satu pagi di Taman Tasik UTP
Mulakan partime dah mantap baru sepenuh masa. Dunia tanpa sempadan yg perlu ilmu je n usaha tanpa jemu.
rugikan kalau buta ICT… sebab boleh meningkatkan sale!
Curahan rasa nizam ijam @ ..Honda Hybrid Family Road Trip 2013
kebanyakan mereka berasal drpd kwsn pedalaman mungkin tak ramai tahu lagi
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Sponsor Contest Review Klinik Cinta
terdapat banyak paltform disediakan untuk menjadi seorang usahawan , terpulang pada diri sendiri untuk merebut peluang tersebut…
Curahan rasa papa mifz @ ..Sudah Tidak Sabar Hendak Bercuti Ke Johor Bahru
Kerajaan patut beri pendedahan ICt menyeluruh kepada pengusaha IKS di kampung2. Ajar mereka segala jenis ilmu ICT yang boleh meningkatkan bisness mereka. Mereka ni memang perlu dibimbing macam anak- anak di sekolah.
Curahan rasa Fakarepain @ ..( SUPER COOL ) PERDANA MENTERI RUSSIA DAN HOBI DI MASA LAPANG
Pendedahan ICT kepada golongan ini mungkin sedikti terlewat,tetapi jika ada kemahuan dalam 2-3 bulan dah boleh mahir
Curahan rasa wazy @ ..Wordless Wednesday #74
mungkin kesibukan mereka membataskan masa mereka untuk belajar ICT
Curahan rasa kakiblog @ ..Kaji Selidik Tentang Backlink Melalui Blogwalking
Comments are closed.