Teringat zaman kanak-kanak

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tertarik dengan isu yang dibawa oleh Oh! Media di Wall Facebook diaorang. Membaca komen-komen yang berpuluh membuatkan aku teringat zaman kanak-kanak. Zaman yang penuh dengan rasa sedih, perit, gembira, menakutkan dan sebagainya.

Petikan dari wall Facebook Oh! Media : “When I was a kid, I didn’t have a laptop, iPod, Blackberry , PS3, Wifi or iPads. I played outside with friends, bruised my knees, made up stories and played hide and seek. I ate what my mum made. I would think twice before I said “no” to my parents. Life wasn’t hard, it was good & I survived. Kids these days are spoiled. ”

Komen aku mencelah antara berpuluh komen yang lain : “Kalau Malaysia ni kena bencana atau perang boleh ke anak-anak ni survive. Tak ada letrik 2-3jam pun dah komplen.”

Teringat zaman kanak-kanak meredah semak samun, mandi sungai, main permainan tradisional yang hampir lupa namanya, pergi sekolah berjalan kaki sejauh 5 KM dan macam-macam pengalaman lagi lah. Teringat juga bulan Ramadhan ketika kanak-kanak dulu memang tak semewah sekarang.

Kanak-kanak zaman sekarang memang jauh berbeza. Mungkin masa dah berubah.


Spread the love

142 Comments

  1. Yer la.. Baru teringat.. kita ni selalu bandingkan zaman budak sekarang dengan zaman kita, tak nak bandingkan dengan zaman mak bapa kita ker? datuk nenek kita? Mesti dorang tak pernah tahu erti permainan.. manakan tidak, kecik2 rasanya dah mula bekerja..
    Curahan rasa Steward John @ ..Interesting Pearls of WisdomMy Profile

  2. zaman kanak² dulu memang berbeza dengan sekarang…dulu masa sekolah pergi sekolah jalan kaki sorang² pun berani…zaman sekarang mcm² kes jenayah berlaku…anak kena culik…kena ragut.nak basikal pun tak dapat.kalau main pun kat dalam rumah, main dengan adik dan abang.main anak patung…sekarang main game kat dalam telefon.hehehe…rindu zaman kanak²…huhu:-)

  3. zaman kanak2 dulu memang jauh berbeza berbanding sekarang.. sekarang ni, zaman dah maju.. budak2 lahir je terus dapat pegang ipad, galaxy tab, laptop sony vaio, PS3, XBOX.. dulu mana ada.. bila blackout, pasang lilin, bleh main bayang2 kat dinding.. buat bentuk burung la, penguin la.. budak sekarang lilin guna time sambut birthday je kot.. lepas tiup pastu simpan, takpon buang.. hehe..

    rindu btol zaman kanak2.. teringin nak jadi kecik balik.. tambah2 dekat nk raya ni.. siap sedia la nk penuhkan tabung dengan duit raya.. :p
    Curahan rasa Anarm @ ..Kerja-kerja Penyelenggaraan Bekalan KuasaMy Profile

  4. Zaman kanak-kanak dahulu kebanyakkan permainan perlu melibatkan fizikal dan salah saktu faktor dapat menyehatkan tubuh badan. Ibubapa sekarang tidak mengalakkan anak-anak mereka bermain diluar kerana bimbang risiko kemalangan, culik dan sebagainya tapi apa bezakan pada zaman kita kecil dahulu.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!