Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Suatu ketika dahulu, ramai yang pernah berfikir bahawa hidup tanpa wang fizikal adalah agak sukar. Ada pendapat mungkin silap dan mustahil. Apa yang anda perlukan hanya telefon bimbit dengan aplikasi ‘Cashless Payment’ seperti Wechat dan Alipay yang amat digunakan berleluasa di China. Seperti contoh, WeChat Pay daripada Tencent dan Alipay daripada Alibaba membenarkan sesiapa sahaja yang mempunyai akaun bank di China dan telefon pintar untuk membuat bayaran elektronik. Ia telah membuktikan bahawa masa depan China adalah tanpa tunai.
Membeli kuih dan minuman dari gerai di tepi jalan dengan hanya menggunakan aplikasi telefon bimbit?
Dari pasar raya, perkongsian basikal, teksi, penjual jalanan, anda boleh membayar apa sahaja dengan telefon bimbit. Boleh dikatakan masa depan tanpa tunai bukan tanpa kelemahannya tetapi urusniaga digital paling mudah untuk dijejaki daripada pembayaran tunai.
‘Kad plastik’ untuk jual beli
Kad kredit dan kad debit merupakan salah satu daripada transaksi tanpa tunai yang telah digunakan sekian lama. Pelbagai jenis kad kredit dan debit boleh menjadi kegunaan pembeli yang kini digunakan secara berleluasa di Malaysia.
Kad kredit merupakan perkhidmatan dari institut kewangan yang memudahkan pengguna meminjam wang. Tetapi, wang yang dipinjam itu perlu dibayar dalam tempoh tertentu yang telah dipersetujui. Jika tidak, anda akan dikenakan kadar faedah yang tinggi. Di Malaysia, tempoh bayaran balik tersebut ialah 20 hari, dan ini merupakan konsep yang masih tidak difahami ramai.
Bayaran dengan kad kredit bermakna anda tidak perlu membawa wang yang banyak, terutamanya ketika hendak membuat pembayaran dengan jumlah yang besar. Bukan itu sahaja, jika anda menggunakan kad kredit, bayaran yang tinggi boleh dibayar dengan pelan pembayaran ansuran. Namun penggunaan kad kredit seharusnya dikawal agar tidak berlaku sebarang kesulitan pada hari mendatang.
Transaksi guna aplikasi telefon bimbit di Malaysia
Sebagaimana yang kita ketahui, ramai peniaga dan pembeli membuat urusniaga jual beli sama ada atas talian atau di premis perniagaan. Konsepnya adalah pembeli membayar, penjual menerima bayaran dan pembeli menerima barangan daripada penjual.
Bayangkan semua itu berlaku tanpa tunai atau wang fizikal.
Jika sekarang pemindahan wang secara perbankan internet adalah biasa, maka pada masa akan datang ia akan berlaku dengan aplikasi telefon pintar. Semuanya membayar dengan menggunakan telefon pintar. Sebagai contoh, Maybank QRPay (QRPay) adalah salah satu pembayaran tanpa tunai yang membolehkan individu pembeli membuat pembayaran kepada penjual dengan menggunakan kod ‘Quick Response” (QR).
Perkhidmatan yang tersedia di aplikasi Maybank pada akhir tahun 2017 memberikan satu alternatif bagi mereka yang ingin membuat transaksi tanpa tunai.
Transaksi dapat dipantau
Dengan adanya aplikasi seperti ini, peniaga dapat memantau transaksi urusniaga yang berlaku dengan lebih mudah di telefon pintar. Pembeli juga tidak perlu lagi membawa wang fizikal yang banyak ketika keluar berbelanja. Dan sudah tentu dengan aplikasi tersebut, pembayaran akan ditolak terus dari akaun bank anda.
Ada beberapa lagi aplikasi tanpa tunai yang ada di Malaysia seperti MPay dan juga NGO Negaraku yang memberikan kelebihan kepada Ahli-ahli Badan Bukan Berkanun (NGO). Aplikasi telefon bimbit NGO Negaraku ini dibangunkan bagi membentuk kerjasama antara NGO-NGO khususnya dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui jalinan usahasama dan penawaran berkelompok.
Selain daripada penyebaran maklumat, ia juga dapat membuat transaksi tanpa tunai dengan beberapa kemudahan seperti pembayaran bil, tambah nilai kredit telefon dan lain-lain lagi.
Berbanding pada zaman dahulu yang menggunakan sistem barter, kemudian wang komoditi, wang syiling, wang fiat dan kini telah mendapat perhatian untuk sistem cryptocurrency. Budaya baru ini bukan sekadar mengubah sistem malahan budaya kewangan dunia. Masih belum terlambat untuk mempelajari tentang matawang digital yang menjadi tajuk perbualan dunia setiap hari ini.
Walau apapun terjadi, usah lupa tingkatkan pendapatan anda sebaiknya dan gunakan teknologi yang ada untuk tambah nilai sistem kewangan yang anda miliki.
Dunia tanpa sempadan di hujung jari anda.
81 Comments
Kad kredit dan kad debit merupakan salah satu daripada transaksi tanpa tunai yang telah digunakan sekian lama. Dan terus digunakn hingga hari ini
lepas nitak perlu lagi nak keluarkan duit di atm setiap kali nak ke pasaraya. Cukup dengan ada handphone sahaja, scan QR code & urusniaga selesai.
betul tu, dengan adanya aplikasi seperti ini, peniaga dapat memantau transaksi urusniaga yang berlaku dengan lebih mudah di telefon pintar
sekarang ni pun kad debit banyak mmbantu kita. kalau tak nak berghutang kd kredit guna debit shj
makin bannyak teknologi mcm ni muncul makin ramailah hackers bakal muncul.. teruk betul mrk ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
cashless memang mudah, cepat dan xperlu fikir panjang. cuma tidak berapa sesuai untuk org yang berusia.
ye.. golongan muda je yang guna benda ni.. masih belum praktikal lagi la kan
ada je golongan tua yang cekap menguasai teknlogi terkini ni tap itak ramia la kan
trend sedang in, cashless payment.. nak bayar parking pun guna smartfon je kan
sebenarnya lagi mudah dan selamat. tapi bukan untuk semua orang.. yang tua tua ni memang tak la.
yang tua tua tu, yang muda muda la nak kena ajar diorg. Tak de yang tua, takde yang muda eh?
Kalau satu hari nanti teknologi “Cashless Payment” ini digunakan oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk urus niaga di kawasan desa dan pasar-pasar malam, pihak kerajaan terpaksa membenarkan pelajar sekolah menggunakan telefon pintar di sekolah
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Dengan adanya teknologi tanpa tunai ni, adakah satu hari nanti wang kertas sudah tidak diperlukan?
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Cukup mudah. Tak perlu lagi nak keluarkan duit di atm setiap kali nak ke pasaraya. Cukup dengan ada handphone sahaja, scan QR code & urusniaga selesai. Harap dengan teknologi yang semakin canggih ni akan dapat memberikan manfaat kepada semua orang.
Tapi risiko nak kena hack pun tinggi gak. Moga security untuk sistem ini semua diperketatkan lagi.
sebenarnya nak ke mesin atm tu mamng malas. lagi2 kalau jauh dan perlu beratur panjang
betul tu, cukup mudah. Tak perlu lagi nak keluarkan duit di atm setiap kali nak ke pasaraya. terbaeklah
Apa yang anda perlukan hanya telefon bimbit dengan aplikasi ‘Cashless Payment’ seperti Wechat dan Alipay yang amat digunakan berleluasa di China
Dari pasar raya, perkongsian basikal, teksi, penjual jalanan, anda boleh membayar apa sahaja dengan telefon bimbit.
Akhirnya masa depan China juga tanpa tunai. Teknologi menguasai dunia, cashless payment semakin menguasai pasaran ekonomi dunia.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Al-Salwa Ameer
china dan damerika dah start slow slow.. kita bila lagi ya? bagus juga sebanarnya
China bab cashless ni mmg laju. Diorg guna Wechat je buat transfer, takyah susah susah anking online
memang laju je teknologi cashless ni masuk market dan lead. tapi kalu ada issue, masing2 kelam kabut nak tukar password hehe
dunia dah semakin mudah sekarang ini..
semua mahu bergerak pantas..
sebab masa itu sendiri sudah singkat.
ini termasuk juga dalam urusan bisnes dan pembayaran secara elektronik
Curahan rasa mrhanafi @ ..Motivasi Irfan Khairi Terbaik 2018
ye, segalanya nak pantas je kan. Lagi best, sekeping kad, macam2 jenam cashless payment boleh dilakukan
semuanya di hujung jari dan lebih memudahkan kita dalam melakukan tugas harian
pantas pun kena jaga jaga dengan speed trap gak. kang tak pasal rugi akibat nak terlau pantas
Membeli kuih dan minuman dari gerai di tepi jalan dengan hanya menggunakan aplikasi telefon bimbit? ia nya tak mustahil brooo
Selepas bekerja, dan selalu outstation nak tak nak kena juga cashless sebab check in hotel saja dah berapa. Nak bawa cas takkan cukup punya
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Skincare Terbaik Malaysia Yang Paling Berkesan? Ini Cara Ringkas Untuk Buat Pilihan!
betul tu..kalau outstation, memang takleh bw banyak cash.. swipe kad lagi senang kan, terutama untuk check in hotel
semua mahu bergerak pantas..sebab masa itu sendiri sudah singkat. ini termasuk juga dalam urusan bisnes dan pembayaran secara elektronik
Pembeli juga tidak perlu lagi membawa wang fizikal yang banyak ketika keluar berbelanja. Dan sudah tentu dengan aplikasi tersebut, pembayaran akan ditolak terus dari akaun bank anda.
Comments are closed.