Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, mulai tahun baru 1434H blog ini akan mula memaparkan slot Cerpen. Cerpen bersiri pertama adalah hasil nukilan Rakan Blogger Latifahbee Kay tuan punya blog Puanbee.com. Semuga ada pengajaran disebalik kisah.
“Atuk … sakit atuk .. tak nak .. tak nak atuk ..tolong laaa ..” Jerit si gadis kecil itu. Aku pada ketika itu di hantaui nafsu serakah yang bergelora . Syaitan apakah yang berjaya menghasut aku. Setiap hari ku pandang , ku belai manja gadis kecil itu. Mamanya mengamanahkan gadis kecil itu untuk aku menjaga nya. Tetapi aku pula bertindak kejam terhadapnya.
” Diam .. diam .. jangan melawan , aku sepak kang muka kau.. “ Nada suara ku memberi amaran , perlahan tapi keras. Aku perlakukan gadis kecil itu seperti perempuan sundal.
Satu persatu perkara keji aku lakukan terhadapnya. Setelah selesai , aku memberi ugutan , yang cukup untuk menakutkan seorang gadis kecil berumur 9 tahun itu.
“Jangan beritahu pada siapa-siapa , termasuklah mama kau , kalau aku dapat tahu kau beritahu pada emak kau , aku bunuh kau .. siaplah kau ” Gadis kecil yang ketakutan hanya mampu menganguk kepalanya..
Bulan berganti bulan , perkara terkutuk yang sama belaku berulang kali , berkali-kali sehingga tidak terbilang lagi .. kadang-kadang aku menyesali perbuatan aku , terkadang aku seolah-olah tidak dapat mengawal nafsu serakah aku. Dada aku kosong , tidak berilmu .. tidak juga menunaikan kewajipan aku kepada yang Maha Esa. Tidak hairan lah aku mengikut jejak langkah syaitan durjana. Aku ingin sekali insaf dan bertaubat nasuha. Tetapi setiap kalinya aku kecundang. Umurku tidak panjang lagi.. aku sedar.. sedar akan fitrah manusia biasa. Sampai waktunya aku juga akan di jemput menghadap Ilahi.
********************************
” Kenapa tiba-tiba panas membahang ni ? ” Desir hati kecil aku , tatkala aku nyenyak tidur di dalam penyejuk udara berjenama York. Mustahil penyejuk udara aku tidak berfungsi. Jika ya sekali pun , mustahil panas itu akan panas seperti ini. Tidak pernah di dalam hidupku mengalami panas seperti ini.
Tidak boleh jadi , aku tidak boleh berdiam diri , panas nya keterlaluan bagi aku . Aku membuka mata .. lalu melangkah turun dari katil tempat aku merebahkan badan sebentar tadi. Rasanya hendak pergi bersiram dahulu bagi menyejukkan badan.
“Apa ni ? siapa main api di sini , nak kena betul budak nih .. ada ka main api dalam bilik aku , nak bunuh aku ke ? Desir hati ku meluahkan kemarahan teramat sangat pada gadis kecil itu , ketika melihat api bertompok-tompok di atas lantai berdekatan katil aku.
Api kini semakin menjulang marak , panas membahang mengalah kan satu kampung terbakar , warna api hangat merah membara .. semakin lama api itu semakin dekat menghampiri aku ..
Api itu kelihatan seperti larva gunung berapi merayap menghampiri aku seolah ingin membaham aku .. tidak semena-mena aku di libas oleh ekor api di bahagian badan aku .. berulang kali , sakitnya yang teramat .. susah hendak di perkatakan .. luka akibat di libas bernanah – nanah busuk dan belendir serta merta …
Berlubang-lubang isi badan aku , seolah -olah isi kambing golek yang di panggang di atas bara api . Lantas isi badan aku menjadi cair , mencair dan jatuh di lantai .. sakitnya tidak terperi lagi .. Setelah isi aku hampir terpisah dari tulang , isi tubuh aku kembali pulih seperti sedia kala , namum tidak lama .. isi badan aku kembali di libas dek api yang mengganas itu .
Kemana lagi aku hendak melarikan diri , aku pasrah dan menerima kesakitan demi kesakitan itu. Api itu seolah tidak mahu berenti menyiksa aku , api itu seolah mempunyai dendam kesumat terhadap aku . Kebencian api itu menjadikan aku pasrah. Tidak nampak bahawasanya api itu akan berhenti setakat ini.
Sakitnya …. menitik air mata aku , berderu-deru membasahi pipi aku namun tiada siapa yang menolong aku. Puas aku menjerit meminta tolong .
“ Kemanakah penghuni rumah ini pergi ? ”
” Dimana aku sekarang ini ? kenapa api ini mengejar aku ? Dimana anak aku dan gadis kecil itu ? ”
” Tolong.. tolong … Ya Allah ampunkan aku .. aku bertaubat padamu ya allah .. aku berjanji aku tidak akan buat lagi dosa-dosa terkutuk itu. Terima lah doa daripada insan hina ini.. Aku tahu aku kejam dan zalim ya allah , semoga Allah mengampunkan aku , Aku berjanji tidak akan melakukan perkara terkutuk itu lagi , aku berjanji .. biarlah aku terima balasan di dunia dari azab api neraka mu Ya Allah , Aku tidak sanggup lagi .. sungguh aku tidak sanggup berhadapan dengan azab mu Ya Allah .. “
” Ampun kan aku .. ampunkan aku .. ampunkan aku .. ampunkan aku Ya Allah ..” Aku menjerit tidak ketahuan lagi. Aku tidak sanggup lagi menerima hukuman ini. Perasaan aku telah menjadi kucar kacir. Tubuhku kini telah kusut masai. Aku tidak segagah mana lagi. Aku lemah dan longlai.
************************************
“ Ya Allah .. kenapa ni Ayah ? “ kedengaran suara anak aku , mama si gadis kecil itu .
Aku terjaga dari siksaan yang di alami itu. Aku bermimpi rupanya .. Aku melihat sekeliling… Tiada api yang marak lagi .. Tiada apa-apa yang mengekori aku ..Tiada larva yang menjalar di bilik aku .. Aku lihat semula tubuh aku .. Allhamdulillah .. Tubuh aku masih seperti biasa .. berkedut tetapi tidak ada kesan nanah , lubang mahupun calar.
Aku tersenyum memandang anak ku ” tidak ada apa-apa , ayah bermimpi bertemu emak kau “. Aku bersuara menipu .. menipu diri sendiri atau menipu siapa ? aku sendiri keliru ..
Aku keliru hendak memulakan biacara bagaimana dengan anak ku , Aku keliru bagaimana hendak memberi tahu padanya semua kesalahan aku , Aku keliru bagaimana hendak merendahkan ego aku dan meminta maaf serta menghadapi hukuman di atas dunia semula.
Namun yang pasti aku taku menerima hukuman dan azab api neraka. Hendak tak hendak aku harus memohon maaf pada mereka berdua. Aku harus mengakui kesilapan aku. Aku harus menerima hukuman dunia ini. Aku harapkan taubat aku di terima.
Aku inginkan taubat nasuha … namun aku .. perlukan sedikit masa dan ruang.
Bersambung ..
63 Comments
bersengkang mata pula saya membacanya huhu….jalan cerita yang sangat menarik…
Curahan rasa Norizwan @ ..Ya Allah sembuhkan lah Ahmad Adam Syukri
Membacanya membaut hati ini bergetar
Curahan rasa Dawaihati @ ..5 Blog yang sering dikunjungi
Nak sambungan dia… 🙂
Curahan rasa Nurul @ ..iPhone 5 gadget impian
best2…keep it up
Curahan rasa Shahrul @ ..Senarai Pemain Kelantan FA 2013
cerita yang sangat2 best…. penuh dengan pengajaran
Curahan rasa boni kacak @ ..Jom Bantu Dengan Memberi Sumbangan Kepada Saudara-Saudara Kita Di Palestin
semoga pintu taubat akan terbuka buatnya
Curahan rasa Myvitrd @ ..Nuffnang CPUV a.k.a Buffered Earning Mula Berlari-Lari
sEBUAH KISAH SINGKAT YANG MENGANDUNG pengajaran disebalikNYA
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Lengkap Dan Klasemen Liga Champions Matchday Ke-5
Semoga kita semua diberi kesempatan untuk bertaubat sebelum ajal datang menjemput.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Lengkap Dan Klasemen Liga Champions Matchday Ke-5
Ditunggu pencerahan selanjutnya di episod 2
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Lengkap Dan Klasemen Liga Champions Matchday Ke-5
sebuah kisah dengan cerita yang memberikan gambaran dan pandangan bahwa hidup kita bukanlah sekedar menikmati kemewahan, kekayaan, manusia hanyalah titipan Allah dimuka bumi untuk memberi dan berbuat sesuai dengan apa yang diperintahkan-Nya. kekayaan, kemewahan dan harta yang berlimpah tak akan dibawa mati, hanya amal kebaikkan yang akan menentukan tempat kita DISANA. merenungi sejenak dosa dan khilaf yang pernah diperbuat mendekatkan diri dan lebih dekat kepadan-Nya memohon ampun atas segala Dosa dan Khilaf.
Tulisan ini sangat berarti memahami dunia akhirat seperti apa dan bagaimana….
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Anonymous Menyerang Situs Pemerintah Israel
saya baca sampai selesai,,merinding sekali buluk kuduk,,dengan azab itu..ya Allah,,,
Curahan rasa Obat Herbal Penyakit Gagal Ginjal @ ..Informasi Penyakit Infeksi Saluran Kemih
Sebuah cerita yang tentunya akan sarat pelajaran dan hikmah
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..iPhone 5 Gadget Impian
Pelajaran dan berbagai macam hal yang terjadi dalam kehidupan kita memang bisa diambil hikmahnya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..iPhone 5 Gadget Impian
tak sabar tunggu sambungan. tapi walau sekecil mana pon dosa kita, kena gak taubat. jangan la dok tangguh kan.kang makin tinggi saham.hmmm
Curahan rasa arelan @ ..Ku PaNJaTKaN KesYuKuRaN PaDa iLaHi
perjalanan hidup yg sangat menarik dijadikan teladan
Curahan rasa Orang Kampung @ ..Orang Kampung Beli Kereta Ferrari Cash !
Kesian dekat cucu si Atuk.. Inilah akibat sekiranya kita gagal mengawal nafsu dengan minda.. Semoga cerita ini dapat memberi satu pengajaran kepada kita semua..
Supaya berfikir baik buruk sesuatu tindakan, sebelum melakukannya..
Curahan rasa Anuar @ ..Trafik Blog Coretan Anuar Jatuh Merudum
Cerita pengajaran ni, tak sabar nak baca sambungan 😀
Curahan rasa Myra Jay @ ..Hadiah buat peneka dan juga terima kasih M… (“~”)
kisah yang menarik….
menjadi pengajaran kepada kita…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Terkini 3 : Adik Adam Syukri
tak heran banyak hal tak terduga terjadi baik kepada diri kita ataupun saudara kita, itu semua adalah peringatan atas kesalahan yang pernah diperbuat. dari hal itu memohon kepada-Nya ampunan atas dosa yang telah diperbuat
Curahan rasa karakter pendidikan @ ..Di PGB (Panguyuban Guru Bersertifikasi) Ada Pungutan Liar
Comments are closed.