Assalamualaikum dan salam 1Dunia, beberapa hari lagi menjelang Ramadhan 2012 semuga ALLAH SWT pilih kita melalui bulan dengan seribu kerahmatan, keampuanan dan keberkatan. Bukan semua terpilih kerana ada keluarga dan sahabat yang telah pergi sebelum sempat tibanya Ramadhan 2012 seperti Arwah Pak Cik yang terkorban dalam kemalangan hanya beberapa minggu menjelag Ramadhan 2012.
Majlis Raja-Raja telahpun menetapkan bahawa tarikh melihat anak bulan Ramadhan 2012 bagi menentukan permulaan puasa bagi semua umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Khamis, 19 Julai 2012 bersamaan 29 Syaaban 1433 Hijrah.
Sejarah amalan merukyah atau melihat anak bulan Ramadhan telah bermula di Malaysia sejak tahun 1933. Kalau nak baca sejarah boleh review balik entri @ link, bagus juga baca untuk tambah ilmu pengetahuan tak lah pening bila anak tanya nanti.
Tahun ini kita sama-sama azam untuk jadikan Ramadhan 2012 lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini. Jangan lupa buat ulangkaji dengan menghadiri majlis ilmu dan membaca buku untuk memastikan amalan yang kita buat seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Usaha untuk mendapat malam Lailatul Qadar bukan setakat 10 malam terakhir tetapi mesti dimulakan dari semalam tetapi kalau belum bermula belum terlambat, mulakan dari sekarang.
Antara amalan yang baik bulan Ramadhan adalah memberi makan untuk mereka yang berbuka puas jadi kepada yang teringin nak memanjangkan rezeki untuk rezeki yang berlipat kali ganda sila tinggalkan pesanan di contact, insyallah infaq anda akan disumbangkan untuk Tabung Ramadhan Kemboja, Madrasah An Nuur Muar, Madrasah Arab Kluang dan Madrasah As Syakirin Bandar Seri Putera.
Kepada blog yang belum pasang Waktu Solat apalagi joom sebab bila dah pasang nanti mudah nak monitor countdown Waktu Imsak dan Waktu berbuka puasa. Jooom klik Projek Waktu Solat.
Rakyat Malaysia akan mula berpuasa pada 21/7/12.
188 Comments
Bila berpuasa dapat menahan segala nafsu kita drp terus bebas.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa
di samping itu dapat juga diet ekk…
Curahan rasa Nana @ ..Pasangan Bogel Dicekup Berasmara Depan Rumah
Tak sabar nak berpuasa, dpt menahan drp lapar dan dahaga, boleh merasa bagaimana seseorg yg susah hidup dgn tidak makan seharian.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa
Anak2 yg kecil perlu diajar cara berpuasa dengan betul, jika tak berdaya selama sehari cukup sekadar sampai 1/2 hari dulu sbg permulaan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa
ingat masa kecil dulu, satu hari puasa dapat rm1…hehehe…
tapi tu masa kecil, sekarang tak pat ler…
Curahan rasa Nana @ ..Pasangan Bogel Dicekup Berasmara Depan Rumah
Jika berpuasa bukan sekadar lapar dan dahaga,
Tapi perlu mengisi dengan perkara2 yg baik juga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa
Bulan yang ditunggu menjelang tiba,
Bulan Ramadanlah adalah harinya,
Kita akan lapar dan dahaga,
Hanya yg benar2 ikhlas dapat ganjaranya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa
Banyak ganjaran, kelebihan dan keistimewaan pada tiap-tiap malam solat terawih, nak tahu lihat entri saya “Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa”.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa
Hidupka malam2 Ramadan dgn solat terawih dan membaca Al-Quran.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa
Di malam hsri pula kita disunatkan pergi solat terawih.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa
Bila kita bersahur, di siang harinya tidaklah kita lapar sangat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa
Pada pagi sabtu, pasti kita akan bersahur, selamat bersahur. Bersahurlah di akhir2 waktu, itu lebih afdal.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa
Saat berpuasa inilah kita dpt menambahkan amalan kebaikan, supaya Allah mengandakan pahala kita dan menghapuskan segala dosa kita yg telah lalu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa
Mungkin pada Sabtu ni kita start berpuasa,
Oleh itu selamat berpuasa umat Islam semua.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa
Kalau tak ada aral melintang,
Kita akan lihat anak bulan pada khamis petang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa
Salam Ramadhan untuk semua yang beragama islam …..
Curahan rasa Razifredz @ ..Wordless Wednesday @18712
salam ramadhan juga ya…
Curahan rasa Nana @ ..Pasangan Bogel Dicekup Berasmara Depan Rumah
Do tempat saya esok dah mulai puasa
selamat menjalankan puasa bagi semua umat Islam.. 🙂
Curahan rasa Ramzi @ ..Cara membuat Drop Cap / Huruf Besar di Posting Blogger
Comments are closed.