Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ramai yang tertanya-tanya adakah “Seminar Buat Duit dengan Blog” yang dijadualkan pada 4/5/2013 akan diteruskan kerana bertindih dengan tarikh PRU13 yang akan berlansungkan pada 5/5/2013. Berdasarkan maklumbalas daripada peserta yang sudah membayar hampir semua memohon supaya seminar ditunda kerana majoriti ghairah untuk mengundi.
Untuk memanaskan lagi semangat PRU13 dengan itu pihak penganjur telah menunda “Seminar Buat Duit dengan Blog” seperti berikut :
- Tarikh : 19/5/2013
- Lokasi : Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor
- Masa : 8.30 am – 1.30 pm
Yuran penyertaan masih dikekalkan RM50 sehingga 11/5/2013. Selepas tarikh 11/5 yuran penyertaan adalah RM100.
Ada yang bertanya siapa yang boleh menyertai seminar. Seminar ini bukan hanya untuk Blogger sahaja tetapi terbuka untuk :
- Suri Rumah yang mencari pendapatan sampingan
- Pelajar Sekolah berusia 15 tahun ke atas
- Siswa/Siswi Pusat Pengajian Tinggi Awam dan Swasta
- Penganggur sangat-sangat diwajibkan
- Blogger ensem dan cantik
- Aktivis Sosial Media
- Kakitangan swasta, badan berkanun dan awam
- dan Semua yang berminat menjana pendapatan sampingan secara online
BERMINAT??? Daftar segera di SINI. Tempat terhad hanya untuk 300 peserta pertama.
INSENTIF PESERTA SEMINAR
Berbagai insentif menarik akan disediakan untuk peserta Seminar Buat Duit dengan Blog antaranya :
- Cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah gadget terkini yang menarik seperti iPad mini dan package kembara Kemboja.
- Hadiah istimewa untuk peserta ke 100, 200, 300 dan 400.
- Dan insentif-insentif lain yang akan diumumkan.
RAKAN NIAGA DENAIHATI
Blogger dan Aktivis Sosial media juga diberi peluang untuk menjadi Rakan Niaga Denihati. Pendaftarn percuma dan mendapat link affiliate “Seminar Buat Duit dengan Blog” untuk dipromosi di Blog, Facebook dan Twitter. Setiap peserta seminar yang didaftar melalui link affiliate Rakan Niaga Denaihati akan mendapat komisen RM5. Kepada yang berminat menjadi Rakan Niaga Denaihati sila daftar di SINI.
Insentif Untuk Rakan Niaga Denaihati
- Tambahan komisen RM100 untuk yang mendaftar 10 peserta.
- Tambahan komisen RM200 untuk yang mendaftar 20 peserta.
- Tambahan komisen RM300 untuk yang mendaftar 30 peserta.
- Tambahan komisen RM400 untuk yang mendaftar 40 peserta.
- Mendapat sebuah iPad Mini 16GB untuk yang mendaftar 50 peserta.
Kepada semua yang dah mendaftar menjadi Rakan Niaga Denaihati apa lagi mulakan kempen dan dapatkan insentif yang menarik.
PENAJA
Kepada Syarikat, Usahawan Persendirian dan Rakan Blogger ingin jenama mereka menjadi tatapan ratusan Blogger bolehlah menjadi sebagai PENAJA. Tajaan boleh dibuat dalam bentuk wang tunai, gadget, perkhidmatan dan produk. Semua nama penaja akan disiarkan di blog Denaihati dan di umumkan oleh MC dalam majlis SBDDB. Blog Denaihati akan menyediakan satu ruang advetorial khas untuk penaja yang melebihi nilai RM1000. Kepada penaja yang melebihi RM3000 selain satu ruang advetorial juga disediakan gerai khas untuk mempromosi produk. Yang berminat sila DM Blogger Anarm.
SOALAN
Jika ada sebarang persoalan sila bertanya di SINI (pastikan anda menjadi rakan FB Denaihati).
Semuga SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG akan dapat membantu Rakan Blogger menjadikan Blogger sebagai kerjaya profesional yang bukan sekadar mendapat pulangan lumayan tetapi memberi manafaat kepada seluruh alam.
123 Comments
Sangat berminat. Saya baru je berjinak-jinak untuk bisness online
Curahan rasa Mas @ ..Hormon Tidak Seimbang Punca Masalah Kesihatan
wah jika ada waktu dan duit aku ingin ikut dafar, cuma tempatnya dari Indo lumayan jauh
Curahan rasa BALI @ ..Asyiknya Menyelam dan Memancing di Pantai Padang Bai Bali
yup..kalau minat menulis, InsyaAllah boleh buat duit dgn blog 🙂
Curahan rasa Amir @ ..Cara Orang Malas Buat Duit Dengan Bisnes Kosmetik
Betul, setiap orang jika berminat dan berusaha keras untuk menulis Insya Allah bisa dapet duit dari Blog
Curahan rasa BALI @ ..Asyiknya Menyelam dan Memancing di Pantai Padang Bai Bali
semoga banyak peserta yang join dengan promosi yang baik dari network
Curahan rasa munir ardi @ ..Shena Malsiana harus pulang pada Gala Live Show X-Factor Indonesia tanggal 26 April 2013
orait, noted 😉
nnti nak edit sajelah entri sedia ada
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Wordless Wednesday #66: Hotmail kini dengan paparan baru Outlook, tampak lebih pro
oh ya saya orang Indonesia, apakah blog Indonesia bisa mengikuti ini?
Saya mau ikut. apakah saya boleh di ikut sertakan?
masih bisa mendaftar ya denai hati?
orait gak kalau tunda..bukan selalu dapat peluang mengundi nih, ye tak? 🙂
Semoga banyak memberikan manfaat seminar ini
Curahan rasa safiyhati @ ..Penyebab Nyeri Sakit Dada
cmne nk join ni? tingin sgt nk blajau nk opkos nk jumpe blogger popiler #_# woahhh
Curahan rasa lov @ ..APALAH YANG LOV DOK MEMBEBEL NI?
seminar yang bermanafat untuk semua ..jomlah join
Semoga bisa berjalan dengan lancar seminar ini
Curahan rasa safiyhati @ ..Tips Cara Hidup Sehat
Tarikh final exam sudah tidak clash lagi tapi kene tunggu tarikh presentation final year project pulak huhu… harap2 dapat join kali ini
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..10 Cara Mencari Ketenangan Jiwa
harap harap bole join.. nanti dapat jumpa…
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Jom Menembak
Comments are closed.