Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ramai yang tertanya-tanya adakah “Seminar Buat Duit dengan Blog” yang dijadualkan pada 4/5/2013 akan diteruskan kerana bertindih dengan tarikh PRU13 yang akan berlansungkan pada 5/5/2013. Berdasarkan maklumbalas daripada peserta yang sudah membayar hampir semua memohon supaya seminar ditunda kerana majoriti ghairah untuk mengundi.
Untuk memanaskan lagi semangat PRU13 dengan itu pihak penganjur telah menunda “Seminar Buat Duit dengan Blog” seperti berikut :
- Tarikh : 19/5/2013
- Lokasi : Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor
- Masa : 8.30 am – 1.30 pm
Yuran penyertaan masih dikekalkan RM50 sehingga 11/5/2013. Selepas tarikh 11/5 yuran penyertaan adalah RM100.
Ada yang bertanya siapa yang boleh menyertai seminar. Seminar ini bukan hanya untuk Blogger sahaja tetapi terbuka untuk :
- Suri Rumah yang mencari pendapatan sampingan
- Pelajar Sekolah berusia 15 tahun ke atas
- Siswa/Siswi Pusat Pengajian Tinggi Awam dan Swasta
- Penganggur sangat-sangat diwajibkan
- Blogger ensem dan cantik
- Aktivis Sosial Media
- Kakitangan swasta, badan berkanun dan awam
- dan Semua yang berminat menjana pendapatan sampingan secara online
BERMINAT??? Daftar segera di SINI. Tempat terhad hanya untuk 300 peserta pertama.
INSENTIF PESERTA SEMINAR
Berbagai insentif menarik akan disediakan untuk peserta Seminar Buat Duit dengan Blog antaranya :
- Cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah gadget terkini yang menarik seperti iPad mini dan package kembara Kemboja.
- Hadiah istimewa untuk peserta ke 100, 200, 300 dan 400.
- Dan insentif-insentif lain yang akan diumumkan.
RAKAN NIAGA DENAIHATI
Blogger dan Aktivis Sosial media juga diberi peluang untuk menjadi Rakan Niaga Denihati. Pendaftarn percuma dan mendapat link affiliate “Seminar Buat Duit dengan Blog” untuk dipromosi di Blog, Facebook dan Twitter. Setiap peserta seminar yang didaftar melalui link affiliate Rakan Niaga Denaihati akan mendapat komisen RM5. Kepada yang berminat menjadi Rakan Niaga Denaihati sila daftar di SINI.
Insentif Untuk Rakan Niaga Denaihati
- Tambahan komisen RM100 untuk yang mendaftar 10 peserta.
- Tambahan komisen RM200 untuk yang mendaftar 20 peserta.
- Tambahan komisen RM300 untuk yang mendaftar 30 peserta.
- Tambahan komisen RM400 untuk yang mendaftar 40 peserta.
- Mendapat sebuah iPad Mini 16GB untuk yang mendaftar 50 peserta.
Kepada semua yang dah mendaftar menjadi Rakan Niaga Denaihati apa lagi mulakan kempen dan dapatkan insentif yang menarik.
PENAJA
Kepada Syarikat, Usahawan Persendirian dan Rakan Blogger ingin jenama mereka menjadi tatapan ratusan Blogger bolehlah menjadi sebagai PENAJA. Tajaan boleh dibuat dalam bentuk wang tunai, gadget, perkhidmatan dan produk. Semua nama penaja akan disiarkan di blog Denaihati dan di umumkan oleh MC dalam majlis SBDDB. Blog Denaihati akan menyediakan satu ruang advetorial khas untuk penaja yang melebihi nilai RM1000. Kepada penaja yang melebihi RM3000 selain satu ruang advetorial juga disediakan gerai khas untuk mempromosi produk. Yang berminat sila DM Blogger Anarm.
SOALAN
Jika ada sebarang persoalan sila bertanya di SINI (pastikan anda menjadi rakan FB Denaihati).
Semuga SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG akan dapat membantu Rakan Blogger menjadikan Blogger sebagai kerjaya profesional yang bukan sekadar mendapat pulangan lumayan tetapi memberi manafaat kepada seluruh alam.
123 Comments
Terima kasih tuan DH dan DN ubah tarikh ni. Mmg memberi ruang yg cukup utk atur jadual yg tertindih dgn beberapa kerja lain…
Curahan rasa hafizmd @ ..Wordless Wednesday #35 Buat Duit Online Dengan Klikjer!
InsyaAllah nak join kalau sekirannya ada masa dan kosong lagi
Curahan rasa daus hafiz @ ..Dalam ujian Itu tersirat kenikmatan ..
Mungkin ‘wakil’ ambe yg akan pergi…inshaaAllah
Curahan rasa hafizmd @ ..Keputusan Terkini Suku Akhir Kedua Piala FA
wah..boley join ni..InsyaAllah nak join kalau ada kosong lagi
Akan ubah tanda pada kalendar nanti. 🙂
Mesti ubah, nanti terlepas =)
p/s-pasti ramai yg balik kampung mengundi
Curahan rasa hafizmd @ ..Keputusan Terkini Suku Akhir Kedua Piala FA
Ternyata jadwal telah diubah
Curahan rasa Ferry @ ..Pendidikan Untuk Anak
ada tempat lagi ka, rasa macam nak pergi..
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Gambar Memorial Hillsborough 2013 ke-24
ada lagi tempat daftarlah cepat
masih dalam pertimbangan lagi…harap maklum..
Curahan rasa weschairs @ ..E4U – kenderaan peribadi (Hyundai Concept)
Kalau kawe duduk KL, sure pegi punya… apakan daya…
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Of Cats and Kittens: Feral, Stray and Pet Cats
moga dapat beri peluang pada yg x sempat pada tarikh lama tu…
Curahan rasa auc @ ..Sarawak vs Kelantan Piala FA 2013
apa-apa pun terpaksa tunggu jadual final exam dulu sbb ade perubahan jgk dek tarikh pilihanraya. 🙂
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..6 Cara Hack Password Facebook & Twitter
Alhamdulilah Bro DH akur dengan permintaan peserta yang telah membayar yuran ini
Curahan rasa onlajer @ ..Hilux Susah Nak Renew Insurans
Ooo dah berubah yer?kena update cepat2 dalam blog ni..hehe..
Curahan rasa Hafizul @ ..Jadi Anak Yang Baik
Tarikh ditunda SEMOGa semakin banyak yang bergabung
Curahan rasa metrolisa @ ..10 CEO dengan Pendapatan Tertinggi di Dunia
terimakasih atas makluman, tak sabar nak join jumpa disana..harap tiadalah halangan..
Curahan rasa kak baery @ ..NURSING AQEELA – LAGI GLAM
Comments are closed.