Budi Karya Sumardi Disahkan Positif Covid-19

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Seorang menteri iaitu Menteri Perhubungan (Pengangkutan), Budi Karya Sumadi di Indonesia disahkan positif COVID-19.

Menteri tersebut dinyatakan sebagai kes positif ke-76 dan kini dirawat di Rumah Sakit Pusat Angkatan Tentera Darat (RSPAD) Gatot Soebroto di Jakarta.

Pengesahan kes itu dibuat oleh Menteri Sekretaris Negara Indonesia Prof Dr Pratiknodalam satu sidang akhbar yang disiarkan secara langsung stesen televisyen tempatan, malam ini.

“Atas izin (kebenaran) keluarga, (kes ke-76) yang dimaksudkan (adalah) Pak Budi Karya Sumadi (Menteri Perhubungan),” kata Pratikno.

Budi Karya Sumadi yang berusia 63 tahun telah menjawat jawatan sebagai Menteri Perhubungan (Pengangkutan) itu sejak 2016.

Indonesia mencatatkan kes positif pertama pada 2 Mac lepas, jumlah kes setakat hari ini sebanyak 96 kes, dengan lima kes kematian dicatatkan setakat malam semalam.

Sumber: BERNAMA

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!