Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pengguna melaporkan bahawa mereka sama sekali tidak boleh menggunakan ketiga-tiga platform ini untuk berkomunikasi.
Pengguna mengatakan mereka mengalami gangguan ketika mengirim pesan menggunakan Messenger, membuat hantaran konten di Facebook, Instagram serta WhatsApp.
Bahkan menurut sejumlah pengguna, aplikasi utama seperti Instagram Stories, direct message, dan button untuk buat hantaran konten baru juga tidak boleh digunakan.
Gangguan ini terjadi pada sekitar petang hari ini (14/4/2019). Sebelum ini, hal yang sama berlaku pada sebulan yang lalu iaitu 14 Mac 2019.
Perkhidmatan Facebook mengalami masalah teknikal, dengan pengguna di Eropah, Malaysia dan beberapa bahagian Amerika Syarikat melaporkan kurangnya akses ke Facebook, Instagram dan Whatsapp.
Laman web downdetector.com, yang menjejaki aduan mengenai ketersediaan laman web dalam talian popular, menyenaraikan ribuan laporan mengenai ketiga-tiga perkhidmatan popular yang dimiliki oleh gergasi teknologi AS.
Moga semua masalah ini akan dipulihkan sepenuhnya tidak lama lagi.
4 Comments
Pengguna media sosial semakin bertambah. Facebook dan Instagram juga banyak dimanfaatkan rancangan hiburan dan perniagaan. Mungkin sudah tiba masanya aplikasi ini perlu dipertingkatkan lagi kemampuannya.
Curahan rasa Ekin Azhari @ ..Keropok Viral Tok Ma Kekalkan Bahan Segar
Hura-hara sekejap masyarakat media sosial bila tak boleh masuk facebook, instagram dan whatsappp. Mungkin sudah tiba masanya mereka menambah kapasiti server dengan keupayaan yang lebih tinggi.
Curahan rasa Sani @ ..Wanita Ini Hasilkan RM10,929.00 Dengan Kaedah Percuma Di Facebook!
dunia semakin ke penghujung, dimana teknologi akan perlahan lahan terhenti. dan kita akan kembali seperti zaman dulu, hatta berperang pun menggunakan pedang dan menunggang kuda
Curahan rasa encikhafiz.my @ ..PRK N27 DUN Rantau Milik Tok Mat
Patut lah Kak Sue cuba nak masuk Fb, Ig n whatsapp tadi tak boleh.. rupanya ada masalah..
Curahan rasa Kak Sue @ ..Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Comments are closed.