Biodata Perdana Menteri Ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin atas perlantikannya sebagai PM ke-8. Moga beliau dapat menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Negera dan hamba Allah yang bertaqwa.

Sebelum kita ke biodata beliau, mari kita kenal serba sedikit mengenai ayahnya yang merupakan seorang tokoh ulamak di Johor.

Al Allamah Tuan Guru Haji Muhammad Yassin ( 1902 – 1975 )

Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Muhammad Yassin Bin Muhammad dan berasal dari Siak, Sumatera.

Tuan Guru Haji Muhammad Yassin menuntut ilmu sepenuhnya dengan ulama besar Muar iaitu Qadhi Tuan Guru Haji Abu Bakar Bin Haji Hasan al-Muari.

Beliau telah berhasil mengkhatamkan beberapa kitab terkenal di Alam Melayu dibawah pengawasan gurunya itu seperti Faridatul Faraid. Qadhi Tuan Guru Haji Abu Bakar inilah yang banyak mempengaruhi corak pemikiran beliau.

Sebagai seorang ulama dan pendidik yang berwibawa, Tuan Guru Haji Muhammad Yassin telah berjaya melahirkan ramai tokoh-tokoh penting selepasnya. Antaranya ialah Tuan Guru Haji Azman Bin Azhari yang telah mengasaskan Khaujakan Johor.

Baca : Agong Lantik Muhyiddin Yassin Perdana Menteri ke-8

Tuan Guru Haji Muhammad Yassin adalah seorang pendakwah dan guru yang sangat gigih. Sumbangan beliau dalam bidang pendidikan agama khususnya di sekitar Muar jugalah amatlah besar.

Beliau telah mengasaskan dua buah sekolah untuk tujuan penyebaran ilmu kepada anak-anak tempatan. Sekolah tersebut ialah :

  1. Sekolah Menengah Mohd Yassin di Batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar. Sekolah ini adalah merupakan sekolah persendirian yang diasaskan beliau
  2. Sekolah Arab Saadiah di Batu 1 1/2 Jalan Bakri

Beliau meninggal dunia ketika berusia 73 tahun dan dimakamkan di Muar, Johor.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin

Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin lahir pada hari Khamis, 15 Mei 1947 (umur 72) bersamaan dengan 24 Jamadilakhir 1366 Hijrah.

Beliau berasal dari Bandar Maharani, Muar, Johor Darul Ta’zim dan merupakan salah seorang daripada 47 orang anak seorang ulama terkenal di Muar, iaitu Tuan Haji Muhammad Yassin bin Haji Muhammad.

Tan Sri Muhyiddin telah mendirikan rumahtangga pada tanggal 22 September 1972 yang lalu. Hasil daripada perkongsian hidup beliau bersama Puan Sri Datin Paduka Hajjah Noorainee Abdul Rahman, mereka telah dikurniakan 4 orang anak, 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2018 pada 9 Mei 2018, Tan Sri Muhyiddin Yassin calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah bertanding menggunakan tiket Parti Keadilan Rakyat bagi mewakili parti Pakatan Harapan.

Beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Pagoh, negeri Johor Darul Ta’zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang.

Tan Sri Muhyiddin Yassin Merupakan Ahli Parlimen Pagoh, Johor sejak 1978

  • 1970 – Memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Johor Darul Ta’zim (Bahagian Latihan dan Biasiswa)
  • 1971 – Dilantik Bendahari UMNO Muar-Pagoh
  • 1974 – Ketua Pemuda UMNO Pagoh/ Setiausaha pemuda UMNO Johor
  • 1978 – Ahli Parlimen Pagoh.
  • 1982 -Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh
  • 1986 – Menteri Besar Johor ke-13
  • 1985 – Ahli Majlis Tertinggi UMNO
  • 1993 – Menang Naib Presiden UMNO
  • 1996 – Gagal pertahankan jawatan Naib Presiden UMNO
  • 2000 – Menang semula pemilihan Naib Presiden UMNO, undian ketiga tertinggi.
  • 2009 – Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional
  • 2016 – Digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO berikutan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
  • Jun 2016 – Dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO.
  • September 2016 – Antara pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan dilantik sebagai Presiden.
  • 13 Julai 2017 – dilantik sebagai Timbalan Presiden dalam struktur baharu Majlis Presiden Pakatan Harapan.
  • 22 Ogos 2017 – Dilantik Pengerusi Pakatan Harapan Johor
  • 29 Februari 2020 – Diumumkan sebagai Perdana Menteri kelapan

Jawatan Yang Pernah Disandang Oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin (2009-1995)

10 April 2009 – 11 Ogos 2013 – Menteri Pelajaran

26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional

26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 – Timbalan Presiden UMNO

19 Mac 2008 – 9 April 2009 – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

27 Mac 2004 – 18 Mac 2008 – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

15 Disember 1999 – 26 Mac 2004 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

4 Mei 1995 – 14 Disember 1999 – Menteri Belia dan Sukan

Sumber : Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah, Berita Harian


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!