Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Pengalaman di Jabatan Pendaftaran Negara.“, pengalaman Abang dan famili bukan pengalaman orang lain. Kali ini Abang nak berkongsi penulisan blog yang mungkin boleh jadi tips kepada rakan blogger.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Sebagai blogger yang sudah lama dalam industri sejak 2006, Abang selalu mendapat PM daripada rakan blogger untuk dapat nasihat. Antara pesanan yang menarik adalah.
“Lama dah tak menulis blog. camana nak dapat jiwa menulis blog macam dulu-dulu.”
Majoriti blogger begini jadi suam suam kuku apabila terlalu fokus pada buat duit dengan blog. Mereka cuba nak mencontohi blogger-blogger glamour yang buat review sana, buat review sini dengan gambaran pendapatan yang lumayan daripada blog. Memang benar ada blogger yang mendapat pendapatan yang lumayan sehingga bertukar status menjadi pelakon dan usahawan terkenal, tetapi bukan semua bernasib baik seperti itu.
Abang kenal blogger di utara, tengah dan selatan yang tidak terkenal tapi buat lebih banyak banyak duit dengan blog dan paling penting pendapatan mereka istiqomah tidak mengikut musim. Apabila selami jiwa blogger-blogger ini rupanya fokus mereka bukan pada duit tapi duit datang tanpa diundang dengan strategi yang betul. Skill mereka menulis blog dengan betul mengikut kehendak SEO yang ada jiwa bukan robot dan mendakwah ilmu dalam setiap penulisan menyebabkan mereka terus berada dalam industri. Prinsip penulisan blog yang betul menjadi magnet kepada duit kerana banyak syarikat yang memerlukan khidmat mereka tapa perlu diheboh kepada dunia.
Dalam bahasa yang lebih mudah, apabila kita menulis dengan baik sebenarnya ramai yang memerhati bukan sahaja melalui engine carian Google malahan dari rakan industri. Banyak syarikat yang minta Abang cadangkan blog-blog yang bagus mengikut niche keperluan mereka.
Untuk menjawab soalan di atas
Bila ada idea menulis terus catat jangan tunggu sempurna. Amalkan sentiasa menggunakan aplikasi note yang ada pada smartphone anda untuk mencatat idea entri baru atau catat ringkas di status FB yang kemudian boleh dikembangkan dalam penulisan blog.
Blog boleh bekerja untuk kita bila betul caranya.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaisell (kedai online kami)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
131 Comments
Setuju, kena tulis dari jiwa. Dan abaikan SEO baru tak tersekat menulis.
Curahan rasa azimah mohd zainuddin @ ..Tips Seterika Baju Batik Crepe
Seo dan penulisan boleh digabungkan sekali.. seo dari segi taktikalnya sahaja.. seni meletakkan keyword..
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Tinggal FBAds!!
Cuma jangan meletakkan keyword sebarangan atau keterlaluan sehingga membuatkan pembaca rasa kurang selesa apabila membaca blog kita.
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Tinggal FBAds!!
Gabungkan antara jiwa menulis dan SEO memang mantap. Keduanya perlu seiring.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Belajar Buat Blog Teknik Seo
penulisan memang dengan penuh kejiwaan, sambil itu terapkan teknik SEO agar entri kita berada di kedudukan terbaik. Jika tidak, kita mudah kecewa disebabkan entri kita tidak jumpa di google injin carian.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Belajar Buat Blog Teknik Seo
mungkin semangat turun sebab tgk earnings nuffnang tak bergerak. itu pasal jgn terlalu asyik buat duit online hingga lupa focus utama blogging
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kerja dari Rumah dengan iLancee
Bila sebut pasal earning nuffnang ni memang diakui agak mengecewakan.. kena cari alternatif income yang lain..
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Tinggal FBAds!!
Yalah… ramai yang kata iklan Nuffnang membuat loading blog makin slow dan income ciput.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Belajar Buat Blog Teknik Seo
Mungkin jugak, Earning Nuffnang saya tidak seperti dulu, nak dapat RM50 makan masa 1 tahun.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Belajar Buat Blog Teknik Seo
Betul, bila fokus pada keyword sangat, end up artikel tak publish pun sebab stress, hehe. Lama-kelamaan, hilang idea nak menulis.. Alhamdulillah, bila join kelas blog, baru faham konsep ‘menulis dari jiwa’ tue. Bila tak stress, idea pun laju, Insya Allah..
Curahan rasa Arnie @ ..Kembara Ke Red Rose City dan The Treasury Petra Jordan Di Musim Sejuk
Keyword pun penting tapi jangan terlampau over sangat. Saya pun tak fikir sangat pasal keyword dan ada penuh minat dengan SEO.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Belajar Buat Blog Teknik Seo
Saya pun dah kembali menulis blog semula , lama juga hilang dalam terang
Cuma kena perlu ambil masa untuk konsisten dalam menulis blog
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Semangat Blogging Yang Baru
Banyak manfaatnya jika pandai menulis blog.
Di samping dapat bagi ilmu.
Kita juga dapat ilmu.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Resepi Sambal Tumis Terung Ringkas
kadang-kadang lama tak menulis blog jadi penulisan agak kurang, idea tidak mencurah macam zaman mula-mula berblogging hehe
Curahan rasa pinkbubblegum @ ..Baju Nikah Sedondon Murah Online 2017
Kena rajin menulis balik insyallah akan jadi ok balik.
Lama-lama akan ok kembali.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Resepi Sambal Tumis Terung Ringkas
semangat ngeblognya Bang, dengan blogwalking mungkin akan muncul ide lagi, hehehe
Curahan rasa Ali Afif @ ..Puisi Anumu (Foto Julia Montez)
Benar. Saya setuju. Jangan dikejar ganjaran. Beri informasi berguna dulu kepada orang lain. Niat yang satu. Berblog bukan buat duit semata-mata. Berblog untuk berkongsi ilmu, berkongsi cerita.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Penulisan tidak menggambarkan baik atau buruk sesorang
Betul tu.
Berblog untuk bagi manfaat kat pembaca.
Kadang bab lain tu akan datang dengan sendiri.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Resepi Sambal Tumis Terung Ringkas
Setuju sangat-sangat Sobri. Jangan kejar sangat dengan membuat duit dengan blog. Jika tulisan kita ada kualiti, pengiklan yang cari kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Belajar Buat Blog Teknik Seo
Kena banyak membacalah. Baru ada jiwa mahu menulis. Baca buku atau baca tulisan blog orang lain. Pilih jenis buku mengikut niche blog. Dan pilih penulis jika kita suka dengan gaya tulisannya. Tiru gayanya tidak mengapa.
Ya.. betul tu.. teringat kata-kata Irfan Khairi dalam seminar beliau yang pernah saya hadiri suatu masa dulu…
Curahan rasa anuar @ ..Seminar Tajwid Luar Biasa 2017
Berdasarkan Lulu Principle.. kita kena banyak membaca untuk menjadi yg terbaik dalam suatu kawasan…
Curahan rasa anuar @ ..Seminar Tajwid Luar Biasa 2017
Bilangan buku yang perlu kita baca bergantung kepada kita nak jadi yang terbaik dalam kawasan seluas mana?
Curahan rasa anuar @ ..Seminar Tajwid Luar Biasa 2017
Samada dalam kampung/taman yang kita tinggal, daerah, negeri, negara dan sebagainya..
Curahan rasa anuar @ ..Seminar Tajwid Luar Biasa 2017
Lebih kurang prinsip yang sama juga digunakan kepada pelajar di IPT untuk menyiapkan report/Tesis pengajian masing2 mengikut peringkat kelulusan samada Sijil, Diploma, Degree, Master, dan PHD..
Curahan rasa anuar @ ..Seminar Tajwid Luar Biasa 2017
Semakin tinggi tahap kelulusan kita, semakin banyak rujukan yang perlu kita baca untuk menyiapkan laporan projek akhir/tesis..
Curahan rasa anuar @ ..Seminar Tajwid Luar Biasa 2017
Kalau kita fikirkan balik, sebenarnya ia ada perkaitan dengan penulisan blog.. kita nak pembaca blog kita sampai ke peringkat mana?
Membaca dan menulis adalah jawapannya..
Curahan rasa anuar @ ..Seminar Tajwid Luar Biasa 2017
Bila menulis kerana duit dan duit tidak masuk, idea menulis pun terbantut. Kena betulkan niat.
Setuju… betulkan Nawaitu…
Barulah kita rasa ikhlas nak menulis blog..
Curahan rasa anuar @ ..Tak pandai SEO? Takper kita boleh belajar
Anggaplah ganjaran dalam bentuk tu material sebagai bonus… kalau dapat lebih Alhamdulillah… kalau dapat sikit tetap kena bersyukur..
Curahan rasa anuar @ ..Tak pandai SEO? Takper kita boleh belajar
Kena rajin cari idea.
Bila ada idea lepas tu tulis.
insyallah akan ada entri baru.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Dah Malas Nak Buat Jobdirumah
Betul tu. Kadang sempat kadang tak sempat nak menulis sekarang ni.
Bila ada kerja lain, blog jadi terabai.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Dah Malas Nak Buat Jobdirumah
Setuju dengan pandangan saudara. Saya pun cuba menulis blog mengikut kemahiran saya.
Betul tu. Menulis dari pengalaman lagi mudah nak buat dari yang di reka-reka.
Lama-lama akan ada hasilnya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Dah Malas Nak Buat Jobdirumah
betul, kadang-kadang idea datang secara tiba-tiba. Bila tak tulis, semua idea ke laut huhu
Curahan rasa siti hazreen @ ..Hadiah dari Jari Manis
Salah satu cara untuk dapat idea untuk artikel blog ialah membaca blog orang lain.
Lepas baca, hadam dan tulis semula.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pemasaran Emel Lebih Pantas Dari FB Ads
Betul.. saya setuju dengan pendapat tuan Ikhwan Fahmi.. sebab tu kita kena rajin baca blog orang lain
Curahan rasa anuar @ ..Seminar Tajwid Luar Biasa 2017
Ini bagus tapi jangan sampai ada yang copy pasta pulak kan
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..10 Artikel Popular Sepanjang 2016
idea baik yang mesti buat… nak kena rajin-rajinkan baca blog orang lain
Curahan rasa Denaihati @ ..Duit bukan segalanya tetapi segalanya perlukan duit
Terjah blog orang lain akan lebih membuka minda kita untuk tambah ilmu sambil tetapkan tip-tip dan nasihat jika ada.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Belajar Buat Blog Teknik Seo
Comments are closed.