Tak ada jiwa untuk menulis blog lagi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Pengalaman di Jabatan Pendaftaran Negara.“, pengalaman Abang dan famili bukan pengalaman orang lain. Kali ini Abang nak berkongsi penulisan blog yang mungkin boleh jadi tips kepada rakan blogger.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Sebagai blogger yang sudah lama dalam industri sejak 2006, Abang selalu mendapat PM daripada rakan blogger untuk dapat nasihat. Antara pesanan yang menarik adalah.

“Lama dah tak menulis blog. camana nak dapat jiwa menulis blog macam dulu-dulu.”

Majoriti blogger begini jadi suam suam kuku apabila terlalu fokus pada buat duit dengan blog. Mereka cuba nak mencontohi blogger-blogger glamour yang buat review sana, buat review sini dengan gambaran pendapatan yang lumayan daripada blog. Memang benar ada blogger yang mendapat pendapatan yang lumayan sehingga bertukar status menjadi pelakon dan usahawan terkenal, tetapi bukan semua bernasib baik seperti itu.

Abang kenal blogger di utara, tengah dan selatan yang tidak terkenal tapi buat lebih banyak banyak duit dengan blog dan paling penting pendapatan mereka istiqomah tidak mengikut musim. Apabila selami jiwa blogger-blogger ini rupanya fokus mereka bukan pada duit tapi duit datang tanpa diundang dengan strategi yang betul. Skill mereka menulis blog dengan betul mengikut kehendak SEO yang ada jiwa bukan robot dan mendakwah ilmu dalam setiap penulisan menyebabkan mereka terus berada dalam industri. Prinsip penulisan blog yang betul menjadi magnet kepada duit kerana banyak syarikat yang memerlukan khidmat mereka tapa perlu diheboh kepada dunia.

Dalam bahasa yang lebih mudah, apabila kita menulis dengan baik sebenarnya ramai yang memerhati bukan sahaja melalui engine carian Google malahan dari rakan industri. Banyak syarikat yang minta Abang cadangkan blog-blog yang bagus mengikut niche keperluan mereka.

Untuk menjawab soalan di atas

Bila ada idea menulis terus catat jangan tunggu sempurna. Amalkan sentiasa menggunakan aplikasi note yang ada pada smartphone anda untuk mencatat idea entri baru atau catat ringkas di status FB yang kemudian boleh dikembangkan dalam penulisan blog.

Blog boleh bekerja untuk kita bila betul caranya.

Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaisell (kedai online kami)

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

131 Comments

  1. bukan nak kata apa.

    seni tu masih belum bertakhta lagi dalam penulisan diorang.

    sebab tu, takde pengikut setia dan tak banyak trafik dan takde orang ingat nama blog diorang.

    Tu pasal, ramai yang dikatakan tak ada jiwa.

    Lagi satu, bila takde “hasil” yang ada nilai, itu yang ramai orang give up dan putus asa.
    Curahan rasa titan @ ..Belajar Buat Blog yang INTERESTING dan Menguntungkan.My Profile

  2. Dulu masa buat blog semata-mata sebab duit, cepat sangat mudah rasa giveup. Ye la dah buat tapi tak ada apa-apa pon, Lama kelamaan baru tersedar dan faham. Tak semua soal duit, tapi kalau dapat tu kira bonus. Sekarang menulis sebab rasa nak kongsi dan inshaallah nak cuba istiqomah walaupun banyak halangan dan kekangan. Thanks abg denaihati yang pemurah kongsi story =)
    Curahan rasa Anim @ ..6 Petua Didik Anak Supaya Mendengar KataMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!