Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Terkini, Surau-surau di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah dan plaza tol di lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah dibuka semula.
Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi berkata, ia selari dengan keputusan Jabatan Agama Islam di kawasan dan negeri yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Jelasnya, pelanggan lebuh raya kini dibenarkan untuk menunaikan solat di surau-surau PLUS di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Johor.
“Begitu juga di Terengganu, surau-surau yang terletak di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) seperti di R&R Perasing, Paka dan Ajil serta di hentian sebelah dan plaza tol lebuh raya tersebut turut dibuka semula.
“Walau bagaimanapun, surau-surau yang terletak di R&R, hentian sebelah dan plaza tol di Negeri Sembilan masih lagi ditutup kepada orang ramai sehingga diberitahu kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru, pelanggan dinasihatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Selain perlu melakukan pendaftaran sama ada melalui aplikasi MySejahtera atau manual serta penjarakan fizikal, pelanggan turut digalakkan menggunakan telekung dan sejadah sendiri kerana ia tidak disediakan buat masa ini.
Dalam masa sama, pelanggan turut dinasihatkan untuk segera beredar meninggalkan surau seusai solat bagi mengurangkan kontak fizikal.
PEMBERITAHUAN
— plusline1800880000 (@plustrafik) November 15, 2020
Alhamdulillah, kemudahan🕌kami kini DIBUKA (kecuali di N9).Terima kasih di atas kerjasama semua pelanggan.Jaga keselamatan diri dan sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan,#KitaJagaKita 💪
Bacaan lanjut di : https://t.co/QQpsKnm5Qn#PLUS_Prihatin #PLUS_Comfort pic.twitter.com/PoLlxHvNFR
Sumber: Bernama
4 Comments
Alhamdulillah…memudahkan mereka yang bergerak ke sana ke mari..
janji patuh sop…inshaAllah dipermudahkan urusan dunia dan akhirat
Curahan rasa Snapbackpacker @ ..Senarai Pulau Pulau Island Hopping Di Pulau Langkawi
Memudahkan musafir. Kalau takut penguna tidak ikut SOP, boleh letak pengawal seorang di situ.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Sesiapa Sahaja Bebas Berniaga Di Wilayah Persekutuan Tapi Hendak Berniaga Apa?
Moga dapat memudahkan pengguna bersolat semasa bermusafir dan bekerja di luar kawasan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Dapatkan 100 Tempahan Sehari Di Shopee
Alhamdulillah sudah dibuka untuk yang musafir sudah tentunya. Yang penting, kita kena ikut SOP yang telah ditetapkan
Curahan rasa Geng Borak @ ..Dulu Gadis Litar, Kini Berniqab. Fara Kongsi Kisah Hijrah Penuh Inspirasi
Comments are closed.