Pengguna Lebuhraya Plus Kini Boleh Guna Kad Debit & Kredit Untuk Bayar Tol

Spread the love

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Ramai yang mengeluh akan kekurangan lorong tambah nilai kad Touch ‘n Go (TnG), lebih-lebih lagi pada musim perayaan

Tambahan pula, kekurangan lorong tambah nilai ini telah mengakibatkan masalah kesesakan lalu lintas. Bukan itu sahaja, pengguna lebuh raya juga akan merasa leceh untuk singgah ke stesen petrol semata-mata hanya untuk menambah nilai kad TnG.

Bagaimanapun, masalah ini dapat diselesaikan menerusi sistem PLUS RFID yang membolehkan akaun kad kredit, debit dan e-dompet dipaut terus untuk proses pembayaran tol.

Menerusi laporan Berita Harian, Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata PLUS kini dalam proses menaik taraf infrastruktur membabitkan plaza tol di lebuh raya kendalian bertujuan menawarkan lebih banyak pilihan mod pembayaran buat pengguna.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail

“Justeru, melangkah ke hadapan, kami sedang pada peringkat untuk mewujudkan lebih banyak pilihan pembayaran dengan menjadikan kad debit dan kredit sebagai antara mod pembayaran dengan harapan dapat mengatasi masalah kesesakan di lorong tol,” kata beliau.

6 Kelebihan RFID

Sesudah proses naik taraf tersebut selesai akhir tahun ini, pengguna boleh membuat pembayaran terbuka itu dengan menghubungkan kad kredit, kad debit atau mana-mana e-dompet ke RFID PLUS.

Dengan kemudahan terbaharu itu, pengguna PLUS tidak lagi perlu bersusah payah ke kiosk atau kaunter untuk menambah nilai pada kad TnG selain tidak perlu risau dengan masalah baki tidak mencukupi.

Stiker RFID yang dilekatkan di lampu hadapan kereta.

Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!