Projek wakaf pelitup muka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Alhamdulillah pada hari khamis, 12 November, stok pertama Wakaf Pelitup Muka sebanyak 400 kotak telah diambil di Karangkraf.

Jutaan terima kasih kepada semua yang memberi.

Denaihati Netork ingin membeli 1000 kotak pelitup muka (face mask) keluaran Karangkraf Medicare untuk diagih-agihkan ke Madarasah Tahfiz, Sekolah Agama, Rumah Anak Yatim, Rumah Orang Tua, Masjid dan Keluarga Asnaf.

Kami perlukan bantuan dana daripada kalian untuk membeli stok pelitup muka ini.

“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji.”

Jadi, jom rebut peluang wakaf sedekah infaq untuk dana membeli pelitup muka ini. Setiap kali Ustaz, Ustazah, pelajar, anak yatim, orang tua dan keluarga miskin menggunakan selagi tu pahala tak putus-putus kalian dapat.

Denaihati Network sedang mencari dana sebanyak RM21 x 1000 kotak = RM21,000.

Pakej Individu

  1. Infaq satu lot RM10 sahaja
  2. Infaq sekotak RM21
  3. Infaq seikhlas hati

Pakej Bisnes

Kepada syarikat atau usahawan yang infaq 100 kotak akan dapat pakej iklan percuma di rangkaian sosial media Denaihati Network. Sumbangan boleh diwakafkan atas nama sendiri atau mak ayah datuk nenek dan keluarga yang masih hidup ataupun dah meninggal dunia.

Wakaf lebih dari satu lot dialu-alukan. Sahabat-sahabat boleh buat sumbangan ke:

  • Bank : Maybank
  • Nama : Denaihati Resources
  • No. Akaun : 562834616817
  • Nota : Face Mask

Setakat in Jumlah Infaq yang terkumpul: 400 kotak pelitup muka

Semoga Allah SWT memilih Dato Datin Tuan Puan Cik Encik untuk bersedekah wakaf akhirat ini. Aamiin.

Kepada Rumah Anak Yatim, Rumah Orang Tua yang perlukan pelitup muka sila komen di bawah ya.

Kalian kongsikan posting ni pun insyaAllah akan dikira sebagai wakaf amal jariah kita. Terima kasih.

Boleh juga lihat di posting Tuan Haji Amir Hassan

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!