Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, PRU13 Malaysia Memilih dan Allah yang menentukan. Tak kisahlah apa pandangan sebahagian Rakyat Malaysia terutama penyokong Pakatan Rakyat dengan gerakan “505 Blackout” sebab aku tetap sangat yakin semuanya ketentuan ALLAH SWT kerana tertentu untuk sebab tertentu.
Allah swt berfirman dalam surah Al-Baqarah, 107 yang bermaksud, “Tidakkah kamu tahu, bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu perlindungan dan penolongan selain allah.“. Allah juga berfirman dalam surah Al-Imran, 26 yang maksudnya, ” Katakanlah (Muhamad) : Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki.”
Kita sebagai umat ISLAM mesti yakin dengan ayat-ayat ALLAH yang diturunkan terus kepada Nabi saw dan mesti redha dengan keputusan yang telah diumumkan kerana ini mungkin salah satu cara ALLAH SWT nak menguji keimanan seseorang.
Pasti ramai Rakyat Malaysia yang telah menerima surat dari DS Najib Razak. Kepada yang belum jom baca.
Amir Hassan yang dikasihi,
Kita baru sahaja menempuh satu proses demokrasi yang terbesar dan paling mencabar di negara kita. Di setiap kampung, pekan dan bandar, setiap rakyat telah berdebat, berkempen dan mengundi untuk masa hadapan negara. Saya amat berterima kasih dengan segala usaha yang telah dilakukan oleh semua pihak yang selama ini telah berusaha gigih dan berdiri teguh di samping saya dan parti. Dengan penuh tawaduk saya juga mengucapkan terima kasih kepada para pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada kepimpinan Barisan Nasional untuk terus mentadbir negara.
Saya telah berkhidmat sebagai penjawat awam hampir sepanjang pengalaman kerjaya saya selama ini. Saya masih ingat lagi kali pertama saya dipilih menjadi Ahli Parlimen, kali pertama saya berucap di Parlimen dan kali pertama saya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua jabatan kerajaan. Sepanjang empat tahun yang lalu saya telah diberi peluang pula untuk berkhidmat untuk negara ini di peringkat tertinggi sebagai Perdana Menteri.
Namun pencapaian paling bererti tercatat pada awal pagi Isnin lalu adalah apabila saya diberi mandat oleh rakyat untuk menyempurnakan segala perancangan dan perlaksanaan yang telah saya mulakan sejak empat tahun yang lalu.
Saya merasakan pilihan raya kali ini merupakan yang paling sengit dalam sejarah negara. Sepanjang beberapa minggu kebelakangan ini, begitu banyak pandangan dan hujah-hujah yang berbeza ditawarkan kepada rakyat. Ada yang menyemarakkan semangat, tetapi ada juga yang menimbulkan kemarahan dan prasangka. Kini tempoh pilihan raya telahpun berakhir; tibalah masanya untuk kita kembali ke arah kedamaian dan keharmonian demi Malaysia yang dicintai.
Kerajaan Barisan Nasional akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menolak fahaman ekstrem dan perkauman yang tidak memanfaatkan negara kita. Selain itu, kami juga akan meneruskan usaha untuk meningkatkan amalan konsep kesederhanaan atau wasatiyyah di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Janji saya kepada anda hari ini adalah untuk menjadi Perdana Menteri bagi seluruh rakyat Malaysia – tidak kira agama, bangsa, mahupun ideologi politik anda. Cinta saya terhadap negara kita tidak mampu saya jelaskan dengan kata-kata, dan saya amat bangga serta bersyukur dengan pencapaian Malaysia sehingga ini. Saya percaya, jika kita bekerjasama sebagai satu bangsa negara, insya-Allah kejayaan yang lebih besar lagi akan berada di dalam genggaman kita.
Najib Razak
92 Comments
semua sudah ditetapkan kita cuma kena redho saja.
setiap kejadian memang ketentuan Allah, tetapi keyakinan ini yang sering dilupakan…
setuju kalah atau menang adalah ketentuan Allah. Mana yg buat dgn bersih dan tulus ikhlas mahupun dengan penuh auta, pasti terbalas di akhirat sana
Curahan rasa ieta @ ..PERKONGSIAN DAN IKLAN MEMBANTU BLOGGER MENJANA WANG ONLINE.
Betul tu. Semuanya dah di tetapkan Allah. ada hikmah di sebalik setiap apa yang berlaku.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Hidup Cara Islam
Sama sama kita nantikan apa pembaharuan di masa akan datang.. 🙂
Curahan rasa Nurul @ ..LIVE LIFE LARGE LG’s
Harap nasib rakyat semakin terbela.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Hidup Cara Islam
apa yang penting tanggungjawab dan kepercayaan yang rakyat berikan jangan disia-siakan.
Curahan rasa ivy @ ..MINI GIVEAWAY BY SYIERA & LIENDA
betul tu.. Kena buat supaya rakyat suka.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Hidup Cara Islam
Saya cintakan cara politik Rasulullah S.A.W.
Curahan rasa ieta @ ..CINTA YANG MEMBUNUH
Cara Rasulullah S.A.W. adalah contoh ikutan kepada kita semua.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Hidup Cara Islam
‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.
Curahan rasa Mayra F. Carver @ ..No last blog posts to return.
Surat politik ney. Penuh dengan bahasa kelas tinggi. Aku saja banyak yang gak ngerti maksudnya..
Curahan rasa take the business @ ..You Must Have Assets for Your Life Prosperity
Harap berkhidmat dengan cemerlang dan menepati janji semasa pilihanraya agar rakyat akan menaruh kepercayaan sepenuhnya dimasa akan datang. Teruskan perjuangan demi kebaikan Rakyat dan Negara. Malaysia berbilang kaum hidup aman dan damai akan menjadi contoh dipentas dunia.
terusakn perjuangan yang belum selesai.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Hidup Cara Islam
Tak sabar tunggu pengurangan harga kereta dan brim.. 🙂
Curahan rasa Bidadari @ ..Kebersihan Ibu Hamil
Harap-harap turun yea. Sama-sama berdoa.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Hidup Cara Islam
Comments are closed.