Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dunia digegarkan dengan berita Taufan Pasir atau Superstorm Sandy yang melanda New York yang mengakibatkan kerosakan berbillion dollar dan mengorbankan lebih daripada 50 nyawa yang tidak berdosa. Antara bencana alam terburuk melanda New York di abad 21.
Yahoo tulis dalam websitenya : “STORM LEAVES BEHIND UNTHINKABLE DAMAGE”
Aku kata : “APABILA ALLAH SWT BERBICARA DAN MEMBIARKAN ALAM MENCARI KESIMBANGAN MAKA IA TIDAK AKAN MELIHAT SESIAPA”
Terlalu banyak samseng dunia USA telah lakukan merosakan dunia terutama dunia Islam. Dengan senjata doa sahaja kita dapat melawan dan dengan penuh sabar menunggu akhirnya ALLAH SWT berbicara. Tetapi apabila ALLAH SWT berbicara tiada pilih bulu semua termasuk yang tidak bersalah akan mendapat impaknya.
Pengajaran : Kalau pemimpin Malaysia dan Rakyat terus pertelingkah dalam semua hal hanya kerana pendirian politik yang berbeza sehingga lupa pada ALLAH SWT tidak mustahil ALLAH juga akan berbicara sebagaimana telah berlaku tsunami dan gempa besar di Indonesia, banjir besar di Thailand dan ribut taufan di Filipina. Apabila ALLAH membiarkan alam mencari keseimbangan semua manusia tak kira tua, muda, gagah atau lemah akan dimakan oleh alam.
SUDAHKAH KITA BERSEDIA.
Hayati Firman ALLAH SWT berikut :
“Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf.” – (al-Rum: 41)
Lagi Firman ALLAH SWT :
“Adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan membuat darat menelan kamu, atau mengutus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu, kemudian kamu mendapati tiada wakil bagi kamu? Atau, adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan mengembalikan kamu ke dalamnya pada kali yang kedua, dan Dia mengutuskan kepada kamu angin taufan, dan menenggelamkan kamu kerana ketidak percayaan kamu, kemudian kamu mendapati tiada pendakwa untuk kamu terhadap Kami?” (17:68-69)
dan ALLAH SWT juga ber Firman :
“Adakah mereka berasa aman, orang-orang yang membuat tipu daya yang jahat, bahawa Allah tidak akan membuatkan bumi menelan mereka, atau bahawa azab tidak datang kepada mereka dari arah yang mereka tidak menyedari?” (16:45) dan ”Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan membuat bumi menelan kamu sedang ia bergoncang?” (67:16)
Mungkinkah kita tidak yakin dengan Firman ALLAH SWT seperti berikut :
“Kemudian Kami membukakan pintu-pintu langit dengan air tercurah, dan membuatkan bumi memancarkan mata-mata air, dan air-air bertemu untuk satu urusan yang ditetapkan.” (54:11-12) dan ”Tetapi mereka berpaling; maka Kami mengutuskan kepada mereka Banjir Arim, dan Kami menukarkan kedua-dua kebun mereka dengan dua kebun yang mempunyai hasilan yang pahit, dan cemara, dan di sana sini, sedikit pohon bidara.” (34:16)
113 Comments
Setiap bencana yang menimpa pasti ada hikmah didalamnya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Atambua 39 Derajat Celcius | Kehidupan Para Eksodus Timor Leste Pasca Referendum
terutama untuk saudara kita yang menjadi korban
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Atambua 39 Derajat Celcius | Kehidupan Para Eksodus Timor Leste Pasca Referendum
Dan tentunya juga nuat kita sebagai bahan perenungan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Atambua 39 Derajat Celcius | Kehidupan Para Eksodus Timor Leste Pasca Referendum
memang cukup mengerikan dan patut dijadikan panduan
Curahan rasa zool @ ..Safiq Rahim sah menyarung jersi Johor
tak mustahil bencana sebegitu mampu berlaku di Malaysia
Curahan rasa zool @ ..‘Ayah meninggal dirempuh pemandu mabuk’
mengerikan sekali ya kawan. mudah2an tdk terjadi d tempat kita….
Sabar dan tabah menghadapinya, walaupun nyawa yg tidak berdosa akan menjadi mangsanya. Itu adalah lumrah yg terpaksa dihadapi, walupun sukar utk ditelannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Produk Dan Perkhidmatan Secara Percuma Atau Berbayar Yang Inginkan Daripada eizil.com
Kejadian luar biasa ini, tidak dpt dielakkan, Allah lebih mengetahui di atas setiap sesuatu dgn izinNya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Produk Dan Perkhidmatan Secara Percuma Atau Berbayar Yang Inginkan Daripada eizil.com
Di Malaysia, kita harus bersyukur dan byk lakukan amalan kebaikan supaya tidak berlaku malapetaka yg dasyat di negara kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Produk Dan Perkhidmatan Secara Percuma Atau Berbayar Yang Inginkan Daripada eizil.com
Semoga kejadian ini menjadi ikhtibar kepada negara Eropah atau Amerika bahawasannya perlatan canggih di dunia tidak dpt menahan drp ia berlaku.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Produk Dan Perkhidmatan Secara Percuma Atau Berbayar Yang Inginkan Daripada eizil.com
Satu lagi malapetaka yg Allah turunkan, Allah itu Maha Besar lagi berkuasa, utk menguji negara SAM itu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Produk Dan Perkhidmatan Secara Percuma Atau Berbayar Yang Inginkan Daripada eizil.com
sandy memang paling dahsyat dalam menghancurkan sesuatu,,,
Curahan rasa Blogadexme @ ..Download Lagu Afgan – Pesan Cinta
teruk betul kerosakan kali ni. ini juga salah satu cara Allah menegur kita…
Curahan rasa Amirez @ ..Cara Berkesan Hilangkan Sedu Dengan Cepat
Allahuakbar, ini baru sedikit sahaja yang Allah tunjuk di dunia ni..
Curahan rasa khairil @ ..MENGGERUNKAN! Pintu Ke Neraka Ditemui Di Turkmenistan (9 Gambar)
semoga tabah menghadapi apa jua dugaan dari-Nya
Curahan rasa Nana @ ..Keranda ‘Muncul’ Dari Kubur Akibat Taufan Sandy
Subhaanallah Allahu akbar, tidak ada yang Maha Kuasa kecuali Dia
Curahan rasa Dawaihati @ ..Dawaihati.com Mulai Dirilis
Betapa teruknya kesan dari bencana tersebut,Allah Maha Besar,mungkin ini pembalasan terhadap kekejaman pihak Amerika satu ketika dahulu
Curahan rasa wazy @ ..Review : ImanPuri Sdn. Bhd.
Nabi dah pesan pd sahabat2nya dahulu… bila maksiat bermaharajalela, org2 yang tak buat maksiat pun akan terlibat sama…. nauzubillah!
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Haji Akbar 2012 dan kenangan manis pergi haji
Ya Allah teruknya… Allah S.W.T. maha berkuasa.. tu baru sedikit..
Curahan rasa Nurul @ ..November Sudah Datang
Comments are closed.