Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dunia digegarkan dengan berita Taufan Pasir atau Superstorm Sandy yang melanda New York yang mengakibatkan kerosakan berbillion dollar dan mengorbankan lebih daripada 50 nyawa yang tidak berdosa. Antara bencana alam terburuk melanda New York di abad 21.
Yahoo tulis dalam websitenya : “STORM LEAVES BEHIND UNTHINKABLE DAMAGE”
Aku kata : “APABILA ALLAH SWT BERBICARA DAN MEMBIARKAN ALAM MENCARI KESIMBANGAN MAKA IA TIDAK AKAN MELIHAT SESIAPA”
Terlalu banyak samseng dunia USA telah lakukan merosakan dunia terutama dunia Islam. Dengan senjata doa sahaja kita dapat melawan dan dengan penuh sabar menunggu akhirnya ALLAH SWT berbicara. Tetapi apabila ALLAH SWT berbicara tiada pilih bulu semua termasuk yang tidak bersalah akan mendapat impaknya.
Pengajaran : Kalau pemimpin Malaysia dan Rakyat terus pertelingkah dalam semua hal hanya kerana pendirian politik yang berbeza sehingga lupa pada ALLAH SWT tidak mustahil ALLAH juga akan berbicara sebagaimana telah berlaku tsunami dan gempa besar di Indonesia, banjir besar di Thailand dan ribut taufan di Filipina. Apabila ALLAH membiarkan alam mencari keseimbangan semua manusia tak kira tua, muda, gagah atau lemah akan dimakan oleh alam.
SUDAHKAH KITA BERSEDIA.
Hayati Firman ALLAH SWT berikut :
“Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf.” – (al-Rum: 41)
Lagi Firman ALLAH SWT :
“Adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan membuat darat menelan kamu, atau mengutus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu, kemudian kamu mendapati tiada wakil bagi kamu? Atau, adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan mengembalikan kamu ke dalamnya pada kali yang kedua, dan Dia mengutuskan kepada kamu angin taufan, dan menenggelamkan kamu kerana ketidak percayaan kamu, kemudian kamu mendapati tiada pendakwa untuk kamu terhadap Kami?” (17:68-69)
dan ALLAH SWT juga ber Firman :
“Adakah mereka berasa aman, orang-orang yang membuat tipu daya yang jahat, bahawa Allah tidak akan membuatkan bumi menelan mereka, atau bahawa azab tidak datang kepada mereka dari arah yang mereka tidak menyedari?” (16:45) dan ”Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan membuat bumi menelan kamu sedang ia bergoncang?” (67:16)
Mungkinkah kita tidak yakin dengan Firman ALLAH SWT seperti berikut :
“Kemudian Kami membukakan pintu-pintu langit dengan air tercurah, dan membuatkan bumi memancarkan mata-mata air, dan air-air bertemu untuk satu urusan yang ditetapkan.” (54:11-12) dan ”Tetapi mereka berpaling; maka Kami mengutuskan kepada mereka Banjir Arim, dan Kami menukarkan kedua-dua kebun mereka dengan dua kebun yang mempunyai hasilan yang pahit, dan cemara, dan di sana sini, sedikit pohon bidara.” (34:16)
113 Comments
tanda kekuasaan Allah untuk orang-orang yang berfikir (ulil albab)
Curahan rasa sohoque @ ..Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Di Astro Oasis Channel 106
Amerika ni sebenarnya penjajah bertopengkan demokrasi, setiap sen keuntungan yang dibuat melalui penjajahan terpaksa dibayar semula melalui hukuman bencana alam.
Curahan rasa luke @ ..BAJET 2013 : PERSEDIAAN MENGHADAPI CUKAI GST
Sebaiknya memang dari setiap bencana alam, kita dapat menarik hikmah daripadanya.
Curahan rasa Hybrid car @ ..Electric Hybrid Vehicles
petanda petanda yang manusia itu sebenarnya hanyalah hamba yg lemah
Curahan rasa Juan @ ..Melihat Statistik Fail Muat Turun Menggunakan Google URL Shortener
mungkin antara makbulnya doa-doa orang yang teranaiya..
Curahan rasa CMRatu @ ..Kelebihan Sabun Beras
QADHA, QADAR ALLAH SWT
Curahan rasa satu persingghan @ ..ANTARA HATI DAN OTAK, ANTARA PERASAAN DAN LOGIKA
THAT WHY KITA MESTI BERINGAT SEBELUM MELAKUKAN SESUATU KERANA SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA BALASANNYA,ANTARA CEPAT DAN LAMBAT SAHAJA..
subhanAllah,,,saya merinding bacanya…pada dasarnya kerusakan di muka bumi adalah salah satu bentuk teguran dari Allah atas kekhilafan kita sendiri..
Curahan rasa Obat Herbal Penyakit Darah Tinggi @ ..Informasi Penyakit Kolesterol
Hanya Allah yang mempunyai kuasa Kun Pa Ya Kun. Subhanallah.
Curahan rasa ismailrich @ ..Lagi rakaman Majlis Khatam Al-Quran 2012
sebagai panduan kepada kita….
Untuk kembali kepadaNya… Kerosakan di atas muka bumi yang dilakukan oleh manusia sendiri mungkin balasan dariNya…
Semoga negara kita Malaysia selamat dan dilindungi Allah S.W.T
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..6 Blog Wajib MB Terjah – Siri 1
satu pengajaran buat semua
Curahan rasa Zarul Umbrella @ ..Sekitar Sessi Penggambaran Video Klip ‘Penyesalan’ (OST Kerat 14)
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Troli Penuh
Allah maha besar…
Curahan rasa anif @ ..Only in China – Wordless Wednesday #59
Amerika angkuh dan banyak binasa kan negara Islam. Amarah mereka dah terbalas akhirnya jua. Suara dan doa mereka didengar yang maha berkuasa.
Curahan rasa Mummy Akmar @ ..Alessandra Ambrosio Menyarungi Fantasi Bra Bernilai USD 2.5 Juta
dunia hanyalah pinjaman sementara. Kerakusan manusia terhadap isi alam menjadikannya sedemikian.
Curahan rasa hatiputera @ ..Kfc zinger double down memang sedap
Comments are closed.