Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pengalaman naik cruise ketika Kembara Musafir New Zealand masih terasa lagi. Terasa kerana kami melalui cuaca yang sangat buruk dengan ombak yang tinggi. Pada mulanya nak tunjuk hero duduk kat deck depan nak merasai berapa tinggi pukulan ombak walaupun pengurus cruise dan buat pengumuman jangan duduk kat depan kepada yang mabuk laut. Akhir tewas dengan badan yang terhuyung hayang balik semula ke tempat duduk di bahagian tengah deck bawah.
Selang beberapa minggu selepas Kembara Musafir New Zealand dapat jemputan daripada Intel Malaysia untuk majlis pelancaran 4th Generation Intel Core Processor di atas Superstar Libra Cruise untuk yang belum baca entri boleh klik SINI. Naik cruise memang satu pengalaman yang berbeza yang mesti dilalui kepada yang suka travel tapi tidak kepada yang fobia laut.
Di Malaysia ada beberapa terminal cruise antaranya di Pelabuhan Klang tetapi untuk pelancaran 4th Generation Intel Core Processor dibuat di Pulau Pinang. Dari Kuala Lumpur kami wakil media naik bas di bawa ke Swettenham Pier Cruise Terminal. Proses nak naik cruise lebih kurang macam naik kapal terbang juga dengan proses check in dan pemeriksaan keselamatan yang ketat. Kad pengenalan diaorang ambik ketika masuk cruise tu ada yang tak puasahati.
Kad Pengenalan kita akan diambil ketika memasuki Cruise dan diganti dengan kad khas. Kad Cruise akan digunakan seperti debit kad untuk semua pembelian di dalam cruise dan kita perlu membuat bayaran di kauter di deck empat sebelum turun dari cruise. Kad yang sama juga digunakan sebagai kunci bilik dan masuk ke lokasi tertentu di dalam cruise.
Superstar Libra Cruise memang menyediakan package belayar satu malam ke lautan antrabangsa. Nilai tiket bergantung kepada jenis bilik yang kita tempat tapi purata daripada RM580 – RM290. Untuk mengetahui jadual dan jenis bilik serta bayaran boleh klik SINI. Kami semua diberi bilik berdua bahagian dalam yang tiada tingkap. Nama pun cruise jadi bilik memang muat-muat untuk dua orang sahaja.
Belayar satu malam dengan Superstar Libra Cruise memang satu pengalaman yang berbeza terutama kepada pasangan yang baru berkahwin kira macam honeymoon lah tak de siapa yang nak ganggu. Kepada keluarga yang nak bawa anak-anak kena pilih waktu yang sesuai dimana ada program khas anak-anak kalau tidak memang membosankan untuk mereka.
Aku sendiri tak tahu nak buat apa setelah makan malam di deck sembilan yang berbumbungkan langit tak kan pulak nak berenang di kolam dengan swimming trunk dikelilingi tetamu yang lain yang sedang makan atau tak kan nak jacuzzi yang terletak disebelah kolam renang. Semua program ikut jadual antaranya pemainan silap mata oleh pakar silap mata dari luar negara .. tu lah aku masuk je dewan di deck lima persembahan pun abis. Ramai yang menghabislan masa di deck sembilan menghirup udara laut yang nyaman ketika belayar ke laut antrabangsa. Kepada yang kaki minum ada mini bar di hadapan deck sepuluh.
Pelancung Cina memang ramai sebab ada casino dan itu pun sebab utama mereka menaiki Superstar Libra Cruise. Ada juga kedai menjual cendermata, jam dan minyak wangi dengan harga tanpa tax. Untuk menghabiskan masa aku lepak kat cafe di deck empat pekena kopi panas sambil melihat live band.
Satu lagi isu yang mesti diuruskan ketika booking tiket adalah makanan halal. Tempahan awal untuk makanan halal mesti dibuat ketika nak beli tiket supaya tiada masalah ketika berada atas kapal. Bagus juga bawa biskut untuk standby. Setiap deck memang ada restoran tapi kalau kita beli tiket biasa hanya restoran tertentu sahaja dibenarkan. Kalau nak masuk mana-mana restoran yang kita suka kenalah upgrade tiket kepada Suite yang akan dapat macam-macam kemudahan di dalam bilik dan fasiliti-fasiliti lain. Jangan lupa bawa kompas untuk menentukan kiblat sebab dalam cruise memang tak de tanda kiblat … memang tak boleh pun sebab kapal kan belayar tapi sekarang dah mudah sebab dah ada smartphone yang boleh check arah kiblat.
Satu lagi nak ingatkan kena bawa 2 pin power plug kalau tidak pasti jadi macam aku yang kehabisan bateri handphone dan laptop gara-gara tak bawa. Cruise ada juga sediakan cuma perlu tunjukan kad di kauter tapi masalahnya ramai sangat tak bawa jadi stok habis.
Semalaman belayar dengan Superstar Libra Cruise memang ada kelainan tetapi kalau nak best lagi ambil package 3D2N ke Phucket dan Krabi .. tu lagi best.
43 Comments
serius best sgat huhu nanti nak pergi jugak laa
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Sure White Beauty Plus Kolagen
Kapal pesiar sebuah cita-cita yang boleh dimaksudkan daftar keinginan Amin
Curahan rasa metrolisa @ ..Selamat Ulang Tahun untuk Bang Yuliawan Kakakku, Mentor Blogku, Motivatorku
klu sy naik tu mesti terus feeling naik Titanic… hehe
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Gaji kakitangan awam naik lagi 1 Julai ini
#keluar topik lagi
nak jugak cakap lagi yg themes ni dengan paparan pada single post mmg betul2 ohsem!
tahniah tuan DH dan team!
Curahan rasa hafizmd @ ..Senaman Membakar 300 Kalori Pada Waktu Malam!
Akan ada special entri utk theme baru ni bila dh betul2 stabil.
ye, sy pun nak puji layout baru blog ni… bertambah profesional gayanya 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Wordless Wednesday #70: Kereta terkecil di dunia?
Balik penang, setakat tgk dari jauh jer…datang teratak tuan dh…dapat jugak tgk jarak dekat..hihi
pasai apa ek diorang pegang ic? ada penjelasan dari pihak libra tak? just nak tahu =)
thanks bro DH berkongsi pengalaman ni…tp ayat last yg buatkan hati ni lebih terpanggil…
Curahan rasa hafizmd @ ..Senaman Membakar 300 Kalori Pada Waktu Malam!
Teringin nak bawa family naik cruise. Nampak macam seronok pulak. Makan angin atas laut. Hoho
Curahan rasa hafizrahim @ ..DiGi WWWOW Top 50 Blogger of The Year by Nuffnang
eloklah tu bro HR…tunggu musim cuti sekolah…hehe
Curahan rasa hafizmd @ ..Senaman Membakar 300 Kalori Pada Waktu Malam!
wah… terujanya tengok gambar pun jadik
mudah-mudahan nantik kami pula menyusul…
Curahan rasa yangbaik @ ..Kisah semalam yang tertinggal
perghhh siap ada kolem renang lagi tuhhh..kalau dapat duk atas kapal ni memang seronok sakan lahhh..Tuan DH tak cuba main air kolam tu ke?hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Rindu Sangat Kat Awak
kos belayar memang mahal…
Curahan rasa tips @ ..Fitness for Lazy Fit People
termimpi-mimpi naik yatch seperti ini tapi tak apa siapa tahu satu hari tercapai Amin
Curahan rasa munir ardi @ ..Pulau Samalona Surga Tersembunyi di Sulawesi Selatan
bilalah nk smpai kat sini….haha
Pengalaman yang luar biasa untuk menaiki kapal mewah semacam ini
Curahan rasa Ferry @ ..Tips Melatih Anak Puasa
saya pernah merasai berada di atas kapal ni dan perasaannya memang awesome……kad dia tu sampai sekrang saya simpan buat kenangan..ingatkan kena pulang balik rupanya boleh bwk balik..ehehhe
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Pesta Flora – Floria Putrajaya 2013
memang teringin nak rasa percutian camni..tapi klu lepak ajer rasa tak best kan
Kak ina jangan pergi sorang nak best dengan pasangan tapi pstikan bulan penuh heee
Kapan yah? saya bisa naik kapal pesiar mewah seperti itu?
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Alonso Mateo – Bocah 5 Tahun Yang Jadi Style Icon Instagram
Comments are closed.