Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pengalaman naik cruise ketika Kembara Musafir New Zealand masih terasa lagi. Terasa kerana kami melalui cuaca yang sangat buruk dengan ombak yang tinggi. Pada mulanya nak tunjuk hero duduk kat deck depan nak merasai berapa tinggi pukulan ombak walaupun pengurus cruise dan buat pengumuman jangan duduk kat depan kepada yang mabuk laut. Akhir tewas dengan badan yang terhuyung hayang balik semula ke tempat duduk di bahagian tengah deck bawah.
Selang beberapa minggu selepas Kembara Musafir New Zealand dapat jemputan daripada Intel Malaysia untuk majlis pelancaran 4th Generation Intel Core Processor di atas Superstar Libra Cruise untuk yang belum baca entri boleh klik SINI. Naik cruise memang satu pengalaman yang berbeza yang mesti dilalui kepada yang suka travel tapi tidak kepada yang fobia laut.
Di Malaysia ada beberapa terminal cruise antaranya di Pelabuhan Klang tetapi untuk pelancaran 4th Generation Intel Core Processor dibuat di Pulau Pinang. Dari Kuala Lumpur kami wakil media naik bas di bawa ke Swettenham Pier Cruise Terminal. Proses nak naik cruise lebih kurang macam naik kapal terbang juga dengan proses check in dan pemeriksaan keselamatan yang ketat. Kad pengenalan diaorang ambik ketika masuk cruise tu ada yang tak puasahati.
Kad Pengenalan kita akan diambil ketika memasuki Cruise dan diganti dengan kad khas. Kad Cruise akan digunakan seperti debit kad untuk semua pembelian di dalam cruise dan kita perlu membuat bayaran di kauter di deck empat sebelum turun dari cruise. Kad yang sama juga digunakan sebagai kunci bilik dan masuk ke lokasi tertentu di dalam cruise.
Superstar Libra Cruise memang menyediakan package belayar satu malam ke lautan antrabangsa. Nilai tiket bergantung kepada jenis bilik yang kita tempat tapi purata daripada RM580 – RM290. Untuk mengetahui jadual dan jenis bilik serta bayaran boleh klik SINI. Kami semua diberi bilik berdua bahagian dalam yang tiada tingkap. Nama pun cruise jadi bilik memang muat-muat untuk dua orang sahaja.
Belayar satu malam dengan Superstar Libra Cruise memang satu pengalaman yang berbeza terutama kepada pasangan yang baru berkahwin kira macam honeymoon lah tak de siapa yang nak ganggu. Kepada keluarga yang nak bawa anak-anak kena pilih waktu yang sesuai dimana ada program khas anak-anak kalau tidak memang membosankan untuk mereka.
Aku sendiri tak tahu nak buat apa setelah makan malam di deck sembilan yang berbumbungkan langit tak kan pulak nak berenang di kolam dengan swimming trunk dikelilingi tetamu yang lain yang sedang makan atau tak kan nak jacuzzi yang terletak disebelah kolam renang. Semua program ikut jadual antaranya pemainan silap mata oleh pakar silap mata dari luar negara .. tu lah aku masuk je dewan di deck lima persembahan pun abis. Ramai yang menghabislan masa di deck sembilan menghirup udara laut yang nyaman ketika belayar ke laut antrabangsa. Kepada yang kaki minum ada mini bar di hadapan deck sepuluh.
Pelancung Cina memang ramai sebab ada casino dan itu pun sebab utama mereka menaiki Superstar Libra Cruise. Ada juga kedai menjual cendermata, jam dan minyak wangi dengan harga tanpa tax. Untuk menghabiskan masa aku lepak kat cafe di deck empat pekena kopi panas sambil melihat live band.
Satu lagi isu yang mesti diuruskan ketika booking tiket adalah makanan halal. Tempahan awal untuk makanan halal mesti dibuat ketika nak beli tiket supaya tiada masalah ketika berada atas kapal. Bagus juga bawa biskut untuk standby. Setiap deck memang ada restoran tapi kalau kita beli tiket biasa hanya restoran tertentu sahaja dibenarkan. Kalau nak masuk mana-mana restoran yang kita suka kenalah upgrade tiket kepada Suite yang akan dapat macam-macam kemudahan di dalam bilik dan fasiliti-fasiliti lain. Jangan lupa bawa kompas untuk menentukan kiblat sebab dalam cruise memang tak de tanda kiblat … memang tak boleh pun sebab kapal kan belayar tapi sekarang dah mudah sebab dah ada smartphone yang boleh check arah kiblat.
Satu lagi nak ingatkan kena bawa 2 pin power plug kalau tidak pasti jadi macam aku yang kehabisan bateri handphone dan laptop gara-gara tak bawa. Cruise ada juga sediakan cuma perlu tunjukan kad di kauter tapi masalahnya ramai sangat tak bawa jadi stok habis.
Semalaman belayar dengan Superstar Libra Cruise memang ada kelainan tetapi kalau nak best lagi ambil package 3D2N ke Phucket dan Krabi .. tu lagi best.
43 Comments
wow wee bestnya,harap suatu hari nanti den berpeluang naik cruise…:)
Curahan rasa papa mifz @ ..Model Gula-Gula di Janda Baik
Pengalaman yang menyenangkan bisa menaiki kapal ni…
Curahan rasa Ferry @ ..Penyebab Dan Tanda Autis
Wahh, bestnya naik cruise….
Curahan rasa eyriqazz @ ..Buat Duit dengan Igloo App
harap2 in future adalah orang Islam handle cruise kan. snenag dari segi makanan semua.
Curahan rasa rozuan @ ..ALHAMDULILLAH. DAPAT KERJA TETAP AKHIRNYA.
ini kapal pesiar ya Tuan seronok nian bisa jadi penumpang apalagi kalau bisa ke Krabi, krabi tuh Thailand ya
Curahan rasa munir ardi @ ..Deep Impact Spanyol Vs Italia di Piala Konfederasi 2013
Kalau ada peluang nak duduk depan muncung..nak buat macam cerita Titanic hehehe..
Pengalaman yang sukar dilupakan apabila dapat berada diatas kapal mewah.
Curahan rasa akubiomed @ ..Gambar eksklusif Floria Putrajaya 2013
seronoknya. fyna dulu pernah naik kapal laut TLDM. 4hari 3malam. tapi yang nih lagi mewah ^_^
Curahan rasa fyna @ ..Nama Siapa Hebat
Lepas raya haji saya pulak baik star libra ni..xleh nk buat entry dah sebab denaihati dah buat dulu he he
Curahan rasa weschairs @ ..Kereta Polis Dubai
banyak lagi yg boleh buat entri terutama bahagian dalam tak sempat nak snap foto .. bateri hp abis.
Curahan rasa denaihati @ ..Superstar Libra Cruise pengalaman semalaman
Tuan haji apa kata nanti buat contest Superstar Libra Cruise plak. Dapat sehari package belayar satu malam pun dah okey. Tak pun buat semalam bersama blogger atas Superstar Libra Cruise lagi best 🙂
Curahan rasa ProfHariz @ ..Kenapa Aku Seorang Blogger Malaysia Gagal
wah!!, bestnya dapat naik kapal besar,
Curahan rasa adarain @ ..Powerbank Jenama Pineng
waaa bestnye pengalaman bro denaihati.. harap berpeluang bersama keluarga suatu hari nanti 🙂
Curahan rasa Zuan @ ..Lifejacket Ketakutan
Terkesan dengan Kad Cruise ini yang berfungsi untuk berbagai macam keperluan 🙂
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Google Akan Hapus Blog Dengan Link Porno
waaah.. best ni.. nak kena try sekali dgn wife utk honeymoon yang ke 11 ni..
Curahan rasa sohoque @ ..Wordless Wednesday: Which one are you?
Nak cuba lah.
Curahan rasa Noehas @ ..PIERRE ANDRE SELAMAT BERNIKAH
Comments are closed.