Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Sukan SEA ke 27 akan berlansung pada tarikh 11 – 27 Disember 2013. Myanmar telah dipilih menjadi penganjur SEA Games 2013. Kontinjen Malaysia telah membuat persiapan rapi sejak beberapa tahun lepas dengan matlamat memenangi sekurang-kurangnya 40 emas. Dato’ Wira Aminuddin Embi, Chef de Mission bagi Kontinjen Malaysia akan memastikan bendera Malaysia akan sentiasa berkibar sebanyak yang boleh.
Milo, satu jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia cukup ‘legend’ dari segi minuman dalam kehidupan kita. Milo Malaysia melancarkan inisiatif Kibaran Tenaga Milo, fasa kedua di dalam Kempen Milo Tenaga untuk Juara yang menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk menyatakan ikrar sokongan kepada Kontinjen Malaysia yang kini sedang dalam perjalanan untuk berjuang di Sukan SEA ke 27 di Myanmar.
Pada 6 November 2013, kempen ini dilancarkan secara rasmi oleh Alois Hofbauer, Ketua Serantau Nestle Malaysia dan Singapura bersama Dato’ Wira Aminuddin Embi, Chef de Mission bagi Kontinjen Malaysia di Sukan SEA ini. “Milo Flames of Energy” ini mensasarkan untuk mengumpul sejumlah 2.7 juta tenaga di dalam bentuk “julangan api” sebagai dorongan kepada atlet kita.
Dengan semangat yang membara, tak mustahil lebih dari 3 juta sokongan dari rakyat Malaysia untuk atlet yang akan bertarung di Sukan SEA ke 27 nanti. Caranya mudah sahaja, layari Fuel for Champions dan sebarkan julangan api yang an menyalakan obor maya di situ.
Selain itu, kita juga boleh mempamerkan sokongan dengan menyampaikan ucapan melalui Twitter, facebook atau Instagram dengan menggunakan hashtag rasmi iaitu #MILOforMALAYSIA
Perjalanan yang akan dilalui oleh atlet kita bukannya mudah dan ia amat penting bagi atlet kita untuk mendapat sokongan dan dorongan daripada seluruh negara untuk menyemarakkan semangat mereka. Kejohanan Sukan SEA ke 27 di Myanmar mungkin akan mencabar fizikal dan mental para atlet kita, tetapi mungkin dengan kata-kata semangat yang kita kirimkan kepada mereka akan memberikan tenaga untuk melangkah jauh lagi.
Ayuh sokong Kontinjen Malaysia! Berikan sokongan padu kepada atlet Malaysia untuk kegemilangan negara. Pihak Milo dengan berbesar hati akan menganjurkan aktviti-aktiviti di dalam pasaraya dan pasar raya besar terpilih di seluruh negara.
Untuk mendapatkan berita terkini Sukan SEA ke 27 di Myanmar boleh kunjungi website 27th SEA Games Myanmar. Antara sukan yang pasti menjadi perhatian adalah pasukan Bolasepak Sukan SEA Malaysia adakah dapat mengekalkan piala emas. Kita doakan Harimau Muda dapat mengekalkan pingat emas.
Malaysia sudah meraih emas yang ke 1000 oleh Phoon Eyin sekarang sedang mengumpul emas untuk mengapai matlamat mengumpul jumlah pingat emas Sukan SEA 2013 sebanyak 40. Malaysia Boleh!!!
Live keputusan 27th SEA Games Myanmar @ Twitter
68 Comments
malaysia boleh, mesti boleh.
Curahan rasa encikarman @ ..Port Dickson aku datang
paling suka tengok acara olahraga…
Curahan rasa ema @ ..Jam 2 pagi macam-macam bunyi
Milo memang best tu
Curahan rasa zool @ ..Mampukah Ong Kim Swee membawa perubahan
semoga team Malaysia berjaya mencapai target..kalau melebihi target lagi bagus
MALAYSIA BOLEH!!!!
Curahan rasa cikgu naman @ ..Bisnes Online pilihan cikgunaman dan Income yang cikgunaman impikan dari bisnes online
Semoga SEa Games berjalan dengan lancar dan masing-masing negara menjunjng tinggi akan asas Fair game dan fair play…
Curahan rasa Ferry @ ..Cara Tips Atasi Cemburu Kakak Terhadap Adik
Thanks really awesome article I really like it and also I will share with my friends thanks
mesti sokong!!! walaupun xminat sukan sangat tapi tetap nak menyebok.hahhaa
Curahan rasa Lizz @ ..Penangan Pemasaran Cara Doktor FB
dah lama plak tak minum milo percuma nih. hehe..
Curahan rasa titan @ ..10 minit berharga bersama DTOX Malaysia.
Sudah tentu kita mahu melihat peningkatan kutipan pingat.
Curahan rasa akubiomed @ ..Kereta sport melebihi 12 tahun
harap malaysia btol2 jadi juara kali ini..
Curahan rasa JMR @ ..Komen tak boleh blah di blogpost!!!
Semoga setiap game berlangsung seru dan penuh dengan fair play
Curahan rasa munir ardi @ ..Segala Perbuatan Baik Adalah Sedekah
semoga Malaysia berjaya nanti
Curahan rasa faizalpj @ ..16 Fakta Menarik Tentang Bayi
Minum Milo Anda Bersemangat Juara….
Tapi banyak acara yang merupakan lubuk emas kita tidak dipertandingkan… Harap sewaktu Malaysia menjadi tuan rumah nanti, mampu pertandingan acara bertaraf dunia…
Curahan rasa Bro Framestone @ ..Smashies Burger : Gusti Lengan Sempena Hari Lelaki Sedunia
Milo dan bersukan, mmg sinonim sangat…samada lagu tagline lama atau baru, milo memang dekat dihati rakyat Malaysia amnya
Ayuh Malaysia! Moga sukses di Myanmar!
Curahan rasa hafizmd @ ..Rezeki Duit Blogging Denaihati Network
Harap team bolasepak malaysia dapat pingat emas sukan sea….
Curahan rasa eyriqazz @ ..Curcuma Mangga Cure – Ubat Resdung Terbaik
Comments are closed.